(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Friday, 17 December 2010
Mutiara Kata
Stesen Keretapi Kalumpang
Stesen Keretapi Kalumpang terletak di Km 309.0 (TP 191/20 atau Batu 192) Landasan Ibu. Berkedudukan di utara stesen ini adalah Stesen Tanjung Malim dan di sebelah selatannya pula adalah Stesen Kerling.
Secara amnya stesen ini terletak di Kampung Sungai Serian, Kalumpang bukannya di tengah-tengah bandar atau pekan seperti stesen – stesen yang lain.
Dahulunya stesen ini mempunyai dua buah platform iaitu Platform 1 sepanjang 378 kaki di sebelah kanan dan Platform 2 juga sepanjang 378 kaki di sebelah kiri landasan. Panjang landasan gelungnya pula adalah 1111 kaki yang berkemampuan untuk menampung 44 unit gerabak.
Walau bagaimanapun, mulai 13 Mei 2002, landasan gelung dan sisian stesen ini dibongkar untuk kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Rawang – Ipoh. Mulai tarikh yang sama, semua perselisihan tren tidak dibenarkan di stesen ini.
Akhirnya pada 4 September 2002, Stesen Kalumpang ini telah ditutup sepenuhnya untuk operasi tren.
Stesen Kalumpang yang baru (atau aku lebih suka namakan sebagai Kabin Kalumpang) telah dibuka untuk operasi tren pada 28 Mac 2007.
Tiada peninggalan yang dapat aku rakamkan sewaktu aku berkunjung ke sana baru – baru ini. Cuma yang tinggal hanya beberapa batang pokok pisang peninggalan gang-gang yang pernah menetap di situ.
Pada hari ini tren - tren hanya melalui Kabin Kalumpang tanpa ramai yang tahu betapa pernah suatu ketika dahulu wujudnya sebuah stesen keretapi yang penting.Thursday, 16 December 2010
Bimbang
BIMBANG
HATI BIMBANG SELALU
BILA BERJAUHAN
KU MERINDUKAN MU
HATI RISAU
DENGAR RAYU LAGU
KU PANGGIL NAMA MU
ANGIN LALU
SAMPAIKANLAH PADANYA
HATI INI TAMBAH PILU
BILA HUJAN TENGAH MALAM
MENGENANG KAU TIADA
BERLINANG AIR MATA
KEMBALILAH SAYANG
HATI KU TAK SENANG
JANGAN DIBIARKAN
Pas Harian
Jika kalian membeli Pas Harian ini, kalian bebas untuk menggunakan mana - mana perkhidmatan KTM Komuter samada bagi Sektor Seremban hingga ke Tanjung Malim mahupun Sektor Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
Contohnya macam ni. Andai aku tinggal di Seremban, aku akan naik tren komuter di Stesen Seremban dan turun di Stesen Kuala Lumpur untuk bersarapan pagi. Kemudian selepas bersarapan, aku naik lagi tren komuter dan turun di Stesen Batu Caves untuk melawat Gua Batu Caves. Dah puas naik Gua Batu Caves, aku turun dan naik tren komuter untuk membeli belah di Subang Jaya. Lepas habis shopping di Subang Jaya, aku naik lagi tren komuter untuk pergi ke Tanjung Malim. Aku selalu pergi ke Pasar Malam Tanjung Malim yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Akhirnya aku balik ke Seremban semula. Semua itu dengan hanya perlu membeli satu tiket yang berharga RM 12.00.
Pada awal mula perkhidmatan KTM Komuter, Pas Harian ini dikenali sebagai Tiket Mana-Mana yang dijual pada harga RM5.00 untuk orang dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak.
Kemudian ianya ditukar menjadi Tiket Kembara dan harganya dinaikkan menjadi RM10.00 untuk dewasa. Malangnya aku tak berapa ingat ada lagi beberapa nama tiket ini sebelum ia dikenali dengan nama sekarang.
Hari ini ianya ditukar lagi namanya menjadi Pas Harian, tetapi fungsinya masih sama iaitu memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia ataupun pelancong asing menjelajah ke mana-mana tempat yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter. Bagi aku, ini adalah satu lagi khidmat masyarakat daripada kerajaan untuk semua rakyat terutama yang berpendapatan rendah untuk membawa keluarga bersiar-siar sambil menaiki keretapi. Ianya menjimatkan dan kalian akan berasa selesa sepanjang hari walaupun terpaksa turun naik keretapi sepanjang satu hari.
Terima kasih KTM Komuter!!!Lawatan Ke Kilang Kopi
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, datanglah sendiri ke bengkel ini yang terletak tidak jauh dari Pekan Baling, Kedah.
Perhentian Komuter Batu Kentonmen
Pada 16 Mei 2010 sewaktu membicarakan tajuk Stesen dan Perhentian (Bahagian 6), aku telah menulis serba sedikit tentang semua stesen dan perhentian di atas kecuali Perhentian Batu Kentomen.
Pada kesempatan ini aku akan memperkenalkan pula Perhentian Batu Kentonmen kepada kalian bagi melengkapkan gambaran kalian tentang jajaran Cawangan Batu Caves yang sebelumnya hanya dikenali sebagai laluan tren simen ke Sisian PHS Batu Caves.
Perhentian Batu Kentonmen terletak di KM 3.550. Sebelum perhentian ini adalah Stesen Sentul (KM 1.386) dan selepas perhentian ini adalah Perhentian Kampung Batu (KM 4.500). Perhentian ini diwujudkan sewaktu Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Sentul - Batu Caves.
Pemandangan dari simpang masuk ke kawasan perhentian
Gambaran dari kawasan meletak kenderaan
Menuju ke pintu masuk utama perhentian
Papantanda Perhentian Batu Kentonmen
Persekitaran perhentian yang bersih dan teratur
Jika menaiki tren komuter menuju ke Batu Caves, sebelum tiba di perhentian ini kalian akan dapat melihat satu sisian buntu yang dibina bagi membolehkan tren beroperasi di Sisian Depoh Batu Kentonmen
Tuesday, 14 December 2010
sesejuk malam ini
Perkhidmatan ETS
Perkhidmatan ETS itu pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Tren ETS Ekspres dan Tren ETS Transit (lebih kurang sama macam perkhidmatan ERL).
Perkhidmatan Ekspres dan Transit ini diadakan setiap hari termasuk pada hari cuti.
Sesungguhnya Kerajaan Malaysia telah berbelanja dengan begitu besar sekali untuk menyediakan kemudahan awam kepada rakyat Malaysia.
Kita patut bangga dengan apa yang ada di negara ini.
Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram
Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
Keputusan Perlawanan Pasukan Brighton & Hove Albion
Tapi, aku ambil masa yang singkat ini untuk mengemaskini apa yang terlintas di kotak fikiran aku ini.
20 November 2010 - Brighton..2 Bristol Rovers..2 (Liga 1 nPower)
23 November 2010 - Southampton..0 Brighton..0 (Liga 1 nPower)
27 November 2010 - Brighton..1 FC United of Manchester..1 (Piala FA Pusingan Kedua)
08 Disember 2010 - FC United of Manchester..0 Brighton..4 (Piala FA Pusingan Kedua - Ulangan)
11 Disember 2010 - Huddersfield Town..2 Brighton..1 (Liga 1 nPower)
Kini Brighton sedang mendahalui Liga 1 nPower dengan mengutip 36 mata daripada 19 perlawanan. Pasukan di tangga kedua adalah Sheffield Wednesday yang mengutip 33 mata daripada 20 perlawanan.
Perlawanan seterusnya dalam Liga 1 nPower adalah menentang Notts County di Stadium Withdean pada 17 Disember 2010.
Sementara itu, Brighton juga telah layak ke Pusingan Ketiga Piala FA England menentang pasukan Portsmouth di Stadium Withdean pada 8 Januari 2011.