(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Saturday, 21 January 2012
ADILA
Di atas dasar minat dan menyedari tidak adanya satu arkib yang khusus untuk kita mendengar semula kiriman - kiriman pengirim ke rancangan ini, maka terdetiklah idea untuk sama - sama berkongsi koleksi ADILA yang juga merupakan salah satu dari rancangan terbitan Radio Klasik Nasional.
Kisah kenangan yang dipaparkan melalui ADILA ini adalah merupakan asam-garam dan pengajaran yang baik kepada seluruh masyarakat. Perkongsian pengalaman dan kisah benar yang betul - betul terjadi tidak dapat dinafikan lagi.
Ianya kadang - kadang menyentuh perasaan dan kadang - kadang melucukan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kini ADILA boleh didengari setiap masa. Cuba kalian klik pada logo di bawah untuk mendengar ADILA 24 JAM!
Selamat Mendengar moga terhibur walau di mana jua kalian berada.......
Hadith Pilihan
Abdul rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.
Electric Train Service
Thursday, 19 January 2012
Brighton Ke Pusingan Keempat Piala FA England
Sungguhpun begitu, Wrexham yang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Andrew Morrell pada minit ke-23. Ashley Barnes menyamakan kedudukan 1 - 1 buat Brighton pada minit ke-76.
Wrexham yang diundi untuk memulakan sepakan penalti tersentak apabila sepakan penalti pertama oleh Dean Keates ditampan oleh penjaga gol Brighton, Peter Brezovan.
Ini memberi kelebihan kepada Brighton apabila menyempurnakan semua sepakan penalti yang dimulakan oleh Ashely Barnes, Matthew Sparrow, Liam Bridcutt, Inigo Calderon dan Craig Mackail-Smith. Manakala sepakan penalti untuk Wrexham pula disempurnakan oleh Joe Clarke, Johnny Hunt, Neil Ashton dan Glenn Littles.
Pengurus Brighton, Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang menewaskan Bristol City pada hari Sabtu lepas.
Craig Mackail-Smith yang pulih dari kecederaan mata bergandingan dengan Will Hoskins - yang menggantikan Ashley Barnes - dan Will Buckley di bahagian serangan.
Di bahagian tengah, Jake Forster-Caskey yang tercedera digantikan dengan Alan Navarro, sementara Grant Hall bergandingan dengan Lewis Dunk di bahagian pertahanan; Adam El-Abd yang mengalami kecederaan belakang, tidak ikut serta ke Wrexham.
Penonton pada hari ini sekitar 8,316 orang dapat menyaksikan satu pertemuan yang menarik dengan pasukan Wrexham seharusnya diberikan kredit atas persembahan yang cemerlang. Namun begitu kegagalan Dean Keates menyempurnakan sepakan penalti telah memberikan Brighton kemenangan dan seteruskan tempat di Pusingan Keempat Piala FA England menentang Newcastle United di Stadium Amex pada 28 Januari 2012.
Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah perlawanan Liga Kejuaraan menentang Peterborugh United di London Road pada hari Sabtu, 21 Januari 2012.
KESEBELASAN UTAMA
Wrexham: (4-4-2) Joslain Mayebi (GK); Curtis Obeng, Mark Creighton, Nathaniel Knight-Percival, Neil Ashton; Adrian Cieslewicz, Jay Harris, Joe Clarke, Jamie Tolley (Dean Keates 100); Danny Wright (Glen Little 58), Andrew Morrell (Johnny Hunt 104). Pemain simpanan yang lain: Chris Maxwell (GK), Clowes Clowes, Obi Anorou.
Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Grant Hall, Lewis Dunk, Romain Vincelot; Liam Bridcutt, Alan Navarro (Ashley Barnes 65), Matthew Sparrow; Will Hoskins (Torbjorn Agdestein 65), Craig Mackail-Smith, Will Buckley. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Ben Sampayo, Ryan Harley, Anton Rodgers, Yaser Kasim.
Sunday, 15 January 2012
Pantai Batu 8 Teluk Kemang, Port Dickson
Walaupun kami tiba agak lewat (kira - kira jam 2 petang), orang ramai masih memenuhi ruang - ruang kosng yang ada di sepanjang pantai. Aku dan keluarga bernasib baik kerana mendapat satu ruang yang teduh di bawah sepohon pokok yang rendang.
Keseronokan dan kepuasan terpancar di muka kami sekeluarga sepanjang perjalanan balik itu. Alhamdulillah... kalau ada rezeki kami bercadang untuk berkunjung ke Melaka pula pada cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti...
Arang... Intan.....
dah tentu ramai yang sanggup mati
berkorban untuk mendapatkan intan
tapi kalau yang datang itu arang
belum tentu ramai orang yang akan datang menyambut
mulia sangatkah intan itu?
hina pulakah arang yang hitam?
intan... kalau jatuh ke tanah, berderai lah ia
arang pula.. jatuhlah ke mana saja, tetap akan dikutip
harga intan terletak kepada bentuknya
harga arang pula terletak pada kualitinya
tanpa arang, intan tak mampu dibeli
tanpa arang, ada manusia yang tak boleh hidup tanpanya
intan, tak ada tak apa
adanya intan, lebih menyusahkan
baiklah arang daripada intan
macam hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
biarlah hujan batu di negeri sendiri.....
Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2011
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, biarpun Perak mempunyai pelbagai produk pelancongan bertaraf dunia, namun kekurangan dalam mempromosikannya tidak akan membantu perkembangan industri berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan negeri melihat industri tersebut mempunyai potensi besar dan mahu ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Turut mendapat penghargaan pada malam tersebut adalah Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi Kategori Pengangkutan Terbaik.
Siaran Langsung Piala FA England
Yang menariknya, pemenang perlawanan ulangan ini akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Newcastle United dalam Pusingan Keempat Piala FA yang juga akan disiarkan secara langsung di kaca tv dan imbuhan tunai sebanyak £123,500.
Jika Brighton menewaskan Wrexham dalam perlawanan ulangan tersebut, mereka akan menentang Newcastle United di Stadium Amex pada hari Sabtu 28 Januari 2012, dengan saluran ESPN membuat liputan secara langsung.
ESPN juga telah dipilih untuk menyiarkan secara langsung pertemuan di antara Watford menentang Tottenham Hotpsur (pada Jumaat, 27 Januari 2012) dan pertemuan di antara Arsenal menentang Aston Villa pada hari Ahad, 29 Januari 2012.
Saluran ITV1 pula akan menyiarkan perlawanan di antara Liverpool menentang Manchester United secara langsung pada hari Sabtu 28 Januari 2012 dan perlawanan pada hari Ahad 29 Januari 2012 perlawanan di antara Sunderland menentang Middlesbrough.
Perlawanan ulangan di antra Wrexham dan Albion ini khabarnya juga akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO dengan perlawanan akan disiarkan pada hari Rabu 18 Januari 2012 jam 3.15 pagi.
Brighton..2 Bristol City..0
Brighton mencatat kemenangan 2 - 0 ke atas Bristol City dalam perlawanan Liga Kejuaraan yang berlangsung di Stadium Amex malam tadi.
Gol jaringan Inigo Calderon pada minit ke-37 dan Will Buckley pada minit ke-73 sudah cukup untuk memberikan satu lagi kemenangan kepada Brighton untuk meneruskan saingan liga.
Pengurus Brighton Gus Poyet membuat empat pertukaran dari barisan yang seri 1 - 1 ketika menentang Wrexham dalam Pusingan Ketiga Piala FA England pada Sabtu lepas, dengan Lewis Dunk kembali disenaraikan dalama kesebelasan utama.
Pemain tengah itu kembali beraksi selepas menjalani penggantungan dua perlawanan; beliau memulakan permainan bersama Adam El-Abd di bahagian pertahanan. Sementara Romain Vincelot beraksi di bahagian pertahanan kiri mengambil tempat Ben Sampayo.
Perlawanan yang menarik ini disaksikan oleh 20,398 orang peminat bolasepak dengan 2,152 daripadanya adalah penyokong setia pasukan Bristol City.
Dengan kemenangan ini, Brighton kekal di tangga keduabelas liga mengutip 38 mata daripada 26 perlawanan. Southampton dan West Han United masih di depan dengan 50 mata, diikuti Cardiff City (46 mata), Middlesbrough (45 mata), Reading dan Hull City (42 mata), Birmingham City dan Derby County (40 mata) serta Blackpool City, Burnley dan Leeds United (39 mata).
Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa 17 Januari 2012 di Racecourse Ground menentang Wrexham dalam perlawanan ulangan Pusingan Ketiga Piala FA England. Ini diikuti dengan perlawanan liga pada hari Sabtu 21 Januari 2012 juga di tempat lawan iaitu di London Road menentang Peterborugh United.
KESEBELASAN UTAMA
Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan, Inigo Calderon (Capt), Lewis Dunk, Adam El-Abd, Romain Vincelot; Liam Bridcutt, Matthew Sparrow, Jake Forster-Caskey (Alan Navarro 28); Will Buckley, Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith (Will Hoskins 24). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Rodriguez Vicente, Grant Hall.
Bristol City: (4-4-2) David James; Richard Foster, Lewin Nyatanga, Louis Carey, Ryan McGivern; Marvin Elliot (Kalifa Cisse 70), Neil Kilkenny (Brett Pitman 77), Cole Skuse, Martyn Woolford (Yannick Bolasie 61); Chris Wood, Nicky Maynard. Pemain simpanan yang lain: Dean Gerken (GK), James Wilson.