Sunday 15 January 2012

Siaran Langsung Piala FA England

Brighton dan Wrexham akan berusaha untuk mendapat bonus tambahan apabila Persatuan Bolasepak England mengumumkan perlawanan ulangan Pusingan Ketiga Piala FA pada hari Selasa 17 Januari 2012 nanti akan disiarkan secara langsung di televisyen. Perlawanan di Racecourse Ground, Wrexham itu diadakan selepas kedua - dua pasukan seri 1 - 1 dalam perlawanan sebenar Pusingan Ketiga yang berlangsung dua minggu lalu di Stadium Amex.

Yang menariknya, pemenang perlawanan ulangan ini akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Newcastle United dalam Pusingan Keempat Piala FA yang juga akan disiarkan secara langsung di kaca tv dan imbuhan tunai sebanyak £123,500.

Jika Brighton menewaskan Wrexham dalam perlawanan ulangan tersebut, mereka akan menentang Newcastle United di Stadium Amex pada hari Sabtu 28 Januari 2012, dengan saluran ESPN membuat liputan secara langsung.

ESPN juga telah dipilih untuk menyiarkan secara langsung pertemuan di antara Watford menentang Tottenham Hotpsur (pada Jumaat, 27 Januari 2012) dan pertemuan di antara Arsenal menentang Aston Villa pada hari Ahad, 29 Januari 2012.

Saluran ITV1 pula akan menyiarkan perlawanan di antara Liverpool menentang Manchester United secara langsung pada hari Sabtu 28 Januari 2012 dan perlawanan pada hari Ahad 29 Januari 2012 perlawanan di antara Sunderland menentang Middlesbrough.

Perlawanan ulangan di antra Wrexham dan Albion ini khabarnya juga akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO dengan perlawanan akan disiarkan pada hari Rabu 18 Januari 2012 jam 3.15 pagi.

No comments:

Post a Comment