(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Monday, 31 December 2012
Hanya dia ku rindu
lama sudah dikau ku nanti
lama sudah dikau ku cari
namun kita belum bertemu
hanya sekali di tahun lalu
entah mengapa hatiku ini
sejak bersua dengan mu dewi
selalu saja dikau ku kenang
namamu tak luput dari ingatan
oh angin nan lalu
bawakanlah beritaku
katakanlah padanya
hanya dia ku rindu
pada Tuhan Yang Maha Esa
pada Mu doa ku pinta
agar tercapai hasrat di dada
diakan jadi kepunyaan hamba...
Stesen Keretapi Gua Musang Yang Baru
Pada kesempatan yang sama sewaktu aku berkunjung ke Gua Musang, aku telah dapat melihat sendiri Stesen keretapi Gua Musang yang baru.
Stesen yang baru ini terletak jauh sedikit daripada pusat bandar Gua Musang dan lebih tepat lagi ianya terletak dalam kawasan Bandar Baru Gua Musang.
Walaupun kelihatan ianya masih belum sempurna terutama dari segi kemudahan seperti tempat letak kereta, namun bagi aku yang lain dah mencukupi.
Stesen ini terletak di KM 321.0 dari Stesen Gemas. Ia mempunyai satu landasan utama dan satu landasan gelong. Terdapat satu platform yang panjangnya mampu untuk mengisi semua jajaran sesebuah tren ekspres.
Kemudahan kantin dan tandas juga disediakan. Yang lain-lain itu seperti Pejabat Operasi Tren, Bilik Orang Kenamaan, Bilik Semboyan dan Komunikasi dan sebagainya telah ada malah sudahpun beroperasi.
Aku kongsikan bersama kalian sebahagian daripada gambar - gambar yang sempat aku rakamkan sebelum aku meniki tren untuk balik ke kota Bahru.
Papantanda menunjukkan arah Stesen Keretapi Gua Musang
Sayup - sayup kelihatan Stesen Keretapi Gua Musang yang lama
Jalan masuk ke stesen yang baru ini agak berdebu
Pintu masuk utama ke stesen
Ruang menanti
Sedikit maklumat tentang pelancongan di Gua Musang
Pelancongan Keretapi
Peta Negeri Kelantan
Cuma maklumat dalam peta ini yang perlu diperbaiki. Ianya menunjukkan lokasi stesen yang lama. Sedangkan stesen yang baru ini terletak betul - betul di hadapan Pejabat Kesihatan Gua Musang
Jadual Perjalanan Tren
Kantin
Bilik Pengurus Stesen
Akuarium yang dibawa dari stesen lama
Begitulah adanya Stesen Keretapi Gua Muasang yang baru. Setelah terbengkalai lama, akhirnya ianya dapat disiapkan. Bila dah siap, ianya tertangguh dari digunakan kerana berbagai masalah.
Walau bagaimanapun, stesen ini mula beroperasi sepenuhnya mulai 30 Mac 2012.
Pasar Minggu Gua Musang
Sudah menjadi kelaziman di mana-mana tempat
pasti ada satu hari dijadikan Pasar Minggu. Di Gua Musang, Pasar Minggu
diadakan pada pagi hari Jumaat. Ini kerana hari Jumaat adalah hari minggu bagi
Negeri Kelantan Darul Naim.
Seperti di lain-lain pasar minggu, di sinilah
tempatnya para peniaga akan berkumpul beramai-ramai menjual pelbagai barang
keperluan untuk dipilih dan dibeli oleh penduduk sekitar. Tidak terkecuali
dengan Pasar Minggu Gua Musang ini. Semuanya ada tersedia untuk dipilih oleh
para pengunjung yang datang dari sekitar Gua Musang dan kawasan-kawasan yang
berhampiran. Orang luar seperti aku juga ramai kelihatan termasuk juga dengan
pelancong dari negara asing.
Sebelum aku
merayau-rayau di sekitar kawasan pasar minggu ini, aku bersarapan pagi berupa
roti canai dan teh tarik. Sedap juga roti canai yang aku makan.....mmmm tambah
lagi tiga kepinglah.
Sesudah menikmati sarapan yang begitu
menyelerakan, aku memulakan pencarian. Ada banyak barang untuk dilihat, dipilih
dan dibeli samada untuk keperluan ataupun sebagai cenderahati. Aku singgah di
sebuah kedai menjual pakaian. Boleh tahan harganya. Aku beli empat helai baju T
dengan harga RM10 sehelai.
Kemudian aku tertarik
dengan sebuah gerai yang menjual mini murtabak. Tertarik dengan cara pembuatan
dan rupabentuk murtabak itu, lantas aku membelinya. Malangnya murtabak itu
rasanya agak manis sedikit dan tidak sesuai dengan aku yang suka makan makanan
yang agak pedas.
Selepas itu aku meneruskan lagi pusing-pusing
di sekitar kawasan pasar minggu. Tiba-tiba kasut yang aku pakai terkoyak. Jadi
aku pun mencari gerai yang menjual kasut dan membeli kasut baru (yang hampir
sama buatannya dengan kasut aku yang dah koyak) dengan harga Cuma RM15
sepasang. Kira ok lah tu.
Seronok juga dapat datang ke pasar minggu ni.
Ada juga benda yang dapat aku beli untuk dijadikan kenang – kenangan. Selain
daripada itu, ikan basah, daging lembu, ayam, sayur – sayuran, buah – buahan,
pinggan mangkuk dan pakaian juga ada dijual di sini.
Setelah hampir dua
jam di pasar minggu, aku pun berjalan kaki balik ke tempat penginapan yang
letaknya lebih kurang dua kilometer dari tapak pasar minggu. Semasa balik aku
sempat melihat masjid ini...
Stesen minyak ini...
Pintu gerbang ini...
Perpustakaan ini...
KESEDAR...
Melalui jambatan ini...
Dapat lihat ini...
Menyaksikan kerja-kerja mendirikan pagar...
Melihat kedai-kedai
ditutup kerana cuti hari minggu...
Dan yang dibuka
hanyalah hotel tempat aku menginap!
Rasa penat hilang bila timbul rasa seronok
melihat negeri orang. Apapun aku terpaksa berkemas untuk pulang kerana aku
hanya ada masa dua jam sebelum tren berlepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)