Saturday, 12 December 2009

Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.

-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir". Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu Baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:
Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:
Maksudnya: sesungguhnya Nabi sallallahu' alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain daari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat - sahabatnua penghafaz - penghafaz al-Quran.
-diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Relkar Dalam Perkhidmatan KTM

Dalam menarik lebih ramai penumpang, KTM telah memperkenalkan perkhidmatan relkar. Perkhidmatan tren ringkas ini telah dimulakan di beberapa landasan, terutamanya bagi sektor - sektor yang pendek.

KTM memulakan perkhidmatan relkar diesel pada 30 Ogos 1958 selepas penerimaan 12 unit relkar dari Syarikat Commonwealth Engineering of Australia.

Pada 1 April 1967, KTM telah melancarkan perkhidmatan Tren Rengkas antara Kuala Lumpur dengan Singapura, dalam usaha untuk menyaingi pengangkutan jalan raya. Perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang di luar dugaan. (Adalah dipercayai perkhidmatan Ekspres Rakyat bermula dengan tren rengkas ini).

Relkar ini dikenali sebagai relkar Kelas 271 dengan nombor yang diperuntukan adalah 271.01 hingga 271.12. Nama - nama relkar adalah seperti berikut:
271.01 Hang Tuah
271.02 Hang Jebat
271.03 Hang Kasturi
271.04 Hang Lekir
271.05 Hang Lekiu (Terbakar di Tanjung Malim)
271.06 Hang Nadim
271.07 Badang (juga menggunakan nama Sri Udani)
271.08 Sri Udani (juga menggunakan nama Tun Biajid)
271.09 Dato Sagor
271.10 Selampit
271.11 Tun Telani
271.12 Tun Biajid (juga menggunakan nama Badang)

Relkar Kelas 271 ini beratnya 33 tan dan mempunyai kelajuan maksimum 60 batu sejam. Susunan kerusi untuk tiga koc relkar ini adalah 12 tempat duduk untuk penumpang kelas 2 dan 40 tempat duduk untuk penumpang kelas 3. Manakala untuk koc yang lain, ianya dilengkapi dengan 56 tempat duduk untuk penumpang kelas 3.

Dalam tahun 1966, KTM menerima lima belas lagi relkar, 10 unit dari Hitachi manakala selebihnya daripada KSK. Relkar ini dikenali sebagai relkar Kelas 281 dan diperuntukkan nombor 281.01 sehingga 281.15.

Nombor dan nama relkar Kelas 281 adalah seperti di bawah:
281.01 Tun Kudu
281.02 Tun Hamzah
281.03 Tun Tahir
281.04 Tun Hassan (Berlanggar di Layang-Layang)
(Pada 23 April 1968 jam 6.21 petang, Tren Rengkas 281.04 (Tren No. 15) dari Kuala Lumpur telah berlanggar dengan Tren Campur No. 88 dari Singapura. Kejadian ini berlaku di Stesen Layang-Layang, Johor)
281.05 Tun Mamat
281.06 Tun Mai
281.07 Tun Mutahir
281.08 Tun Fatimah
281.09 Tun Teja
281.10 Dato' Bahaman (Tun Rahman)
281.11 To' Janggut
281.12 Dol Said
281.13 Indera Gajah
281.14 Puteri Sa'adong
281.15 Seri Lanang

Relkar Kelas 281 ini diperolehi hasil daripada Rancangan Bantuan Teknik Rancangan Colombo (Plan Colombo). Berat relkar ini adalah 34 tan dan mempunyai kelajuan maksimum 60 batu sejam. Semua koc relkar ini mempunyai 12 tempat duduk kelas 2 dan 44 tempat duduk kelas 3.

Terdapat sebuah lagi relkar yang diperolehi dari Jepun pada 14 Ogos 1965 yang dikenali sebagai Relkar Kelas 282 dan diperuntukan nombor 282.01. Relkar diesel ini yang berharga RM300,000 adalah hadiah daripada kerajaan Jepun juga dibawah Rancangan Bantuan Teknik Rancangan Colombo.

Nombor dan nama relkar tersebut adalah seperti dibawah:
281.01 Tun Perak


Memasak

Anda gemar memasak? Aku gemar memasak. Apa jua jenis juadah, pasti akan aku cuba memasaknya sendiri. Bukan nak bangga diri, tapi mungkin aku ada sedikit kemahiran dan bakat yang tersembunyi dalam bidang ini.

Sarapan Pagi - Mee GorengMenyediakan sambal sotongSambal sotong sedia untuk dihidang Rendang ayamMenyediakan masak lemak kobisMasak lemak kobis, dah tinggal separuh Menggoreng ikan dan ayamIkan goreng garing, sedap dimakan bersama nasi yang panas Sambal belacan Pencuci mulut - tembikai

Memasak adalah suatu kerja yang memenatkan, tetapi rasa penat itu akan hilang dengan sendiri apabila masakan yang kita masak habis dimakan.

Masa Dulu - Dulu

Gambar di bawah sekadar mengimbas kembali kepada perangai para penumpang keretapi di akhir tahun 70'an dan awal tahun 80'an dulu.


Berebut - rebut menaiki Tren Sumpitan Emas
Penumpang - penumpang berebut - rebut untuk menaiki keretapi tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Mungkin anda tidak percaya yang gambar di atas dirakamkan di Malaysia, lebih tepat lagi di Sektor Pantai Timur.

Tetapi kini segalanya telah berubah. Disiplin para penumpang sudah semakin baik walaupun masih ada lagi penumpang yang menaiki tren tanpa tiket atau tanpa tiket yang sah.

Perhentian Kampung Dato Harun

Dahulu...........
Lokasi Perhentian MAHA Lama

Perkhidmatan Relkar sewaktu pameran MAHA diadakan.

Sekarang...
Lokasi Perhentian Kampung Dato Harun

Signboard

Pintu Masuk

Kawasan Perhentian

Gambar Lama Lokomotif

Lokomotif 20117 sedang melalui Jambatan Guillemard dengan gerabak membawa arang batu.

Lagi lokomotif Kelas 20 membawa arang batu di Pantai Timur

Lokomotif 21209 di Yad Atur Brickfields

Ketibaan Lokomotif Kelas 23 di Pelabuhan Klang

Brighton..1 Colchester United..2

Brighton tewas 1 - 2 kepada Colchester United dalam perlawanan Liga 1 Coca Cola yang berlangsung awal pagi tadi di Stadium Withdean.

Gol tunggal Brighton adalah hasil jaringan Nicky Forster di minit ke-42 separuh masa pertama.

Albion: (4-4-2) Brezovan; Hoyte (Dickinson 64), Tunnicliffe, Elphick, El-Abd (McNulty 16); Crofts, Dicker, Navarro (Cox 78), Bennett; Murray, Forster. Pemain Simpanan Yang Lain: Pelling (GK), McNulty, Whing, Virgo, Hart.

Wednesday, 9 December 2009

Exeter City..0 Brighton..1

Pada 5 Disember 2009 yang lepas, pasukan Brighton telah bertandang ke St James Park, Exeter untuk menentang pasukan tuan rumah Exeter City dalam perlawanan Liga 1 Coca Cola.

Pasukan Brighton telah menang 1 - o hasil jaringan Andrew Croft dalam minit kecederaan separuh masa kedua, di hadapan penonton seramai 5,456 orang.

Peter Brezovan membuat debut bersama pasukan Brighton sebagai penjaga gol. Dua lagi penjaga gol, Graeme Smith mengalami demam manakala Michel Kuipers masih dalam kecederaan. Josh Pelling menjadi penjaga gol simpanan. Jamie Smith tersenarai sebagai pemain simpanan.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kekal di tangga ke 20 liga.

Albion: (4-4-2) Brezovan; Hoyte, Tunnicliffe, Elphick, El-Abd; Crofts, Dicker (McNulty 87), Navarro, Bennett; Murray (Dickinson 63), Forster (Cox 90+4). Pemain simpanan yang lain: Pelling (GK), Whing, Virgo, J Smith.

Unit Keselamatan KTM Berhad

Dipaparkan keterangan tentang logo Unit Keselamatan KTM Berhad.

Semoga anda dapat menambahkan sedikit pengetahuan tentang Unit Keselamatan KTM Berhad.