Saturday, 7 January 2012

Negeri Sembilan Julang Piala Sumbangsih

Negeri Sembilan memulakan kempen bolasepak musim 2012 dengan memenangi Perlawanan Sumbangsih menewaskan Kelantan 2 - 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil seterusnya merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negeri itu.

Pasukan Kelantan terlebih dahulu yang menjaringkan gol menerusi penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-19.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-30.

Gol kemenangan Negeri Sembilan juga menerusi Effa Owona pada minit ke-63 dengan satu tandukan cantik menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Dengan kemenangan ini juga, Negeri Sembilan menjadi pasukan yang keempatbelas merangkul Piala Sumbangsih sejak tahun 1985. Lain - lain pasukan yang pernah memenangi gelaran ini adalah Selangor sebanyak lapan kali, Kuala Lumpur dan Perak (3 kali), Pahang, Kedah dan Perlis (2 kali) serta Johor, Terengganu, Sarawak, Singapura Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ (sekali).

Piala Sumbangsih edisi tahun ini menemukan pemenang Piala Malaysia (Negeri Sembilan) dan pemenang Liga Super (Kelantan).

Thursday, 5 January 2012

Biodata Koc Biru (Blue Coach)

Berikut adalah serba sedikit biodata tentang Koc Biru yang sedang hangat diperkatakan oleh para pengguna Tren Antarabandar sektor Tumpat - Woodlands - Tumpat.


Moga kalian mendapat manafaat daripada perkongsian ini.

Brighton Dalam Usaha Merebut Piala FA England

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk buat pengurusan pasukan Brighton & Hove Albion dengan perlawanan – perlawanan merebut piala dalam beberapa pertandingan kalah singkir yang melibatkan kelab – kelab bolasepak yang mengambil bahagian di England dan Wales.



Bermula dengan perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA antara pasukan utama Brighton menentang Wrexham di Stadium Amex pada hari Sabtu 7 Januari 2012.



Ini diikuti dengan Pusingan Kedua Piala FA Wanita antara pasukan wanita Brighton menentang Millwall Lionesses di Stadium Withdean pada hari Ahad 8 Januari 2012.



Perlawanan seterusnya adalah melibatkan pasukan belia Brighton menentang West Ham United di tempat lawan pada hari Rabu, 11 Januari 2012 dalam perlawanan Pusingan Keempat Piala FA Remaja. Dalam perlawanan Pusingan Ketiga, Brighton mengalahkan Aston Villa 1 – 0.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan kemeriahan bolasepak di England terutamanya dalam perebutan Piala FA selain daripada hangatnya pertarungan dalam Liga Perdana Inggeris.

Harapan aku agar suatu masa nanti Malaysia juga mempunyai satu liga yang tersusun seperti di England.

Dengan kehadiran negara Singapura dan kelab dari Kampuchea dalam kempen Piala FA musim ini, aku berhasrat untuk melihat agar mutu bolasepak di negara ini akan semakin meningkat dan kembali disegani di rantau Asia.

Penjadualan Semula Tren Komuter

Mulai 1hb Januari 2012, perkhidmatan KTM Komuter telah diseragamkan kepada kekerapan 30 minit untuk laluan Rawang – Seremban - Rawang dan Batu Caves - Pelabuhan Klang – Batu Caves setiap hari sepanjang tempoh perkhidmatan (dari tren pertama hingga ke tren terakhir). Manakala perkhidmatan Komuter Shuttle antara Seremban - Sungai Gadut - Seremban diwujudkan dengan kekerapan juga setiap 30 minit. Bagi laluan Rawang - Tanjung Malim - Rawang, perkhidmatan tren dikekalkan seperti sedia ada. Penjadualan ini adalah merupakan langkah sementara sehingga bulan Februari 2012.

Aku sedia maklum tentang perubahan ini kerana banyak set – set komuter yang perlu diselenggara dengan sebaik mungkin bagi menghadapi Perayaan Thaipusam pada awal Februari nanti. Seperti selalu, perkhidmatan tren komuter akan dilarikan sepanjang hari pada masa sambutan diadakan terutamanya bagi laluan Sentul – Batu Caves - Sentul. Jadi sebagai persediaan awal, set – set perlu dibaikpulih agar perkhidmatan tren tidak terganggu.

Selain daripada itu, penjadualan semula tren komuter ini aku agak adalah untuk mengelakkan laluan sesak di waktu puncak di beberapa buah stesen besar terutamanya Stesen Sentral Kuala Lumpur, Tanjung Malim, Rawang dan Seremban. Kerapkali juga sewaktu aku menaiki komuter, pemandu yang bertugas mengumumkan bahawa tren komuter terpaksa berhenti seketika sehingga menunggu isyarat laluan bebas daripada Pusat Kawalan Trafik (CTC) Kuala Lumpur.

Aku sokong apa juga penambahbaikan yang dilakukan oleh SBU Komuter asalkan pengguna KTM Komuter akan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Memang tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi kalau majoriti penumpang KTM Komuter gembira sewaktu menaiki tren komuter, itu merupakan satu kejayaan besar buat SBU Komuter.

Hanya Padamu

Hanya padamu
Terbuka hatiku yang dilanda sepi
Kerna dirimu
Aku menjadi seorang perindu

Hanya cintamu
Yang dapat membalut luka di hatiku
Hanya kasihmu
Yang dapat kembalikan kebahgiaan

Sekian lama ku sengsara
Mengharap kau menghapuskan duka
Biarkan sekadar untuk sementara
Sebelumku pejamkan mata

Hanya padamu
Ku serahkan segala cintaku ini
Hanya dirimu
Yang dapat memadamkan rindu ini

Wednesday, 4 January 2012

Narrow Gauge Ballast Regulator

Knox Kershaw has delivered a metre-gauge KNG 800 Ballast Regulator to Malaysia.

The US firm has previously built standard and broad gauge machines, but this is its first designed specifically for narrow gauge railways.

Available for 914, 1000, and 1067 mm gauges, the 18 tonne KNG 800 can be loaded into a container for easy transport between sites.

Offered in gauges of 36 inches, one meter, and 42 inches, the KNG 800 is a powerful track dressing machine for narrow gauge applications. It is equipped with a one pass type plow, reversible side wings, and a broom attachment, all within a width of 9 feet. A 240-horsepower engine is standard, as is a shift-on-the-go six-speed powershift transmission.

The large cab affords great visibility and is provided with joysticks controls, comfortable seat with mechanical suspension, and air conditioning. Ballast wings are constructed of T-1 steel and feature breakaway cylinder mounting to minimize potential damage. Articulated template doors are available and provide excellent control while dressing the shoulder.

Dipetik daripada http://www.railwaygazette.com

* Aku tak pasti untuk syarikat mana 'Ballast Regulator' ini diserahkan. Tapi yang pasti ianya akan digunakan dalam projek - projek landasan berkembar elektrifikasi yang sedang rancak dijalankan.

Tuesday, 3 January 2012

Sebuah Janji Tak Beerti

baru semalam ku rasakan
hangatnya cinta kau ucapkan
suaramu masih bergema
di hatiku

baru sekejap ku hayati
seungkap kata-kata suci
terlerai sukma didakap sepi
bagaikan bermimpi

aku dihempas badai mengganas
sepantas itu kau berlalu
aku masih terdampar di sini
engkau hanyut dibawa arus
lebur bersama sebuah janji
lalu menyaksikan aku kelemasan

baru sekarang ku insafi
sebuah janji tak beerti
biarku susur pantai yang sepi
biar ku sendiri

Tiket RM1 Setiap 1HB

Ramai yang bertanya pada aku tentang Tiket RM1 Setiap 1HB. Seperti yang aku tulis baru - baru ni, promosi tersebut telah pun berakhir pada Disember 2011. Namun ada yang tak tahu tentang kewujudan promosi khas untuk wargamas, golongan oku dan pelajar sekolah yang memakai pakaian seragam.

Berikut aku siarkan iklan kepada promosi tersebut....
Kalian di luar sana yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, pekalah sikit tentang promosi - promosi yang sering diadakan. Tapi sekiranya kalian menggunakan perkhidmatan komuter ini sekali sekala, tak payahlah nak tanya itu dan ini pada aku. Aku sekadar menyampaikan apa yang aku tahu aje....

Brighton..3 Southampton..0

Brighton membuat permulaan yang baik dalam tahun 2012 apabila dua jaringan Matt Sparrow dan satu lagi daripada Jake Forster-Caskey membantu Brighton menang 3 - 0 ke atas pendahulu Liga Kejuaraan, Southampton di Stadium Amex malam tadi.

Dengan ketiadaan sepuluh pemain utama akibat kecederaan atau penggantungan, pengurus Brighton Gus Poyet terpaksa menurunkan pemain belia dan melihat barisan pemain mudanya menyinar di separuh masa kedua untuk mengutip tiga mata penuh.

Brighton mendahului 1 - 0 pada minit ke-66 menerusi Forster-Caskey, diikuti oleh dua jaringan Matt Sparrow di minit ke-77 dan minit ke-85.

Gus Poyet membuat enam perubahan terhadap pasukan yang tewas 0 - 2 di Coventry pada Sabtu lepas dengan Jake Forster-Caskey membuat penampilan pertama bersama pasukan utama Brighton dan Peter Brezovan mengambil tugas menjaga gawang.

Forster-Casker yang membuat tiga penampilan sebagai pemain simpanan sebelum ini turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama mengambil tempat Ryan Harley. Liam Bridcutt, Kazenga LuaLua dan Will Buckley juga tersenarai dalam kesebelasan utama mengambil tempat Alan Navarro (digantung perlawanan), Craig Noone (cedera) dan Billy Paynter.

Steve Cook yang dipinjam oleh Bournemouth turut dipanggil balik untuk menguatkan barisan utama mengambil tempat Lewis Dunk, yang direhatkan juga kerana digantung perlawanan, sementara Brezovan membuat penampilan pertama dalam liga sejak April 2011; Casper Ankergren diletakkan sebagai penjaga gol simpanan.

Dalam pada itu, Vicente Rodriguez disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Seramai 20,773 orang penonton telah membanjiri Stadium Amex dengan 2,422 daripadanya adalah penyokong pasukan Southampton.

Dengan kemenangan ini, Brighton naik satu anak tangga ke tempat ke-13 Liga Kejuaraan dengan mengutip 35 mata daripada 25 perlawanan.

Aksi seterusnya pasukan Brighton adalah menentang Wrexham pada 7 Januari 2012 di Stadium Amex. Perlawanan ini adalah salah satu perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA England. Manakala perlawanan liga seterusnya adalah pada 14 Januari 2012 menentang Bristol City, juga di Stadium Amex

KESEBELASAN UTAMA

Brighton: (4-3-3) Brezovan; Cook, El-Abd, Greer, Taricco (Hall 53); Bridcutt, Forster-Caskey, Sparrow; Buckley, Mackail-Smith, LuaLua (Harley 84). Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), Paynter, Rodriguez.

Southampton: (4-4-2) Davis; Richardson, Martin, Hooiveld, Harding (Fox 40); Lallana (Reeves 73), Connolly, Cork, Hammond; Do Prado (Forte 60), Lambert. Pemain simpanan yang lain: Bialkowski (GK), Holmes.

Sunday, 1 January 2012

Bukan Senang Nak Senang

Benarlah kata ramai orang, bukan senang nak senang tapi bukan susah nak susah.

Itulah yang aku lalui hari ini. Awal pagi aku dah naik LRT menuju ke Sentral KL. Setibanya aku di Kaunter KTM Komuter, aku minta Pas Harian. Dengan penuh sopan dan senyuman, petugas itu memaklumkan bahawa dah lama Pas Harian ditamatkan penjualannya. Beliau menawarkan tiket pergi balik untuk aku gunakan ke Seremban. Tapi aku menolak dengan alasan aku dah punyai Kad 'Touch N Go'.

Di belakang aku ada sepasang wargamas yang aku kira selalu menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Pasangan ini minta dua keping tiket RM1 kerana hari ini adalah 1HB. Untuk pengetahuan kalian, KTM Komuter ada menawarkan tiket ke mana-mana destinasi dengan harga cuma RM 1 kepada wargamas, golongan OKU dan anak-anak yang memakai pakaian seragam sekolah. Malang sungguh pasangan itu kerana Tiket RM1 Setiap 1HB itu pun telah ditamatkan penjualannya.

Puas aku menoleh kiri dan kanan aku kalau - kalau ada notis atau poster yang memaklumkan tentang pembatalan beberapa promosi oleh KTM Komuter. Cuma yang aku terpandang hanyalah sekeping poster yang memaklumkan tentang perkhidmatan tambahan tren komuter sempena Tahun Baru 2012.

Habis tu, apa yang ada sekarang di KTM Komuter? Entahlah, aku sendiri kurang periksa sebab aku bukan suka nak cari kesalahan orang cuma aku terkilan kerana tiada makluman tentang tiadanya Pas Harian dan Tiket RM1 Setiap 1HB.

Pihak - pihak yang berkenaan tolong ambil maklum. Apa terjadi kalau pengguna yang memerlukan Pas Harian atau Tiket RM 1 Setiap 1HB itu wargamas atau wanita yang membawa anak? Tentu menyusahkan mereka. Bila dah menyusahkan mereka, pastinya mereka akan menjauhkan diri dari menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Jika dah ramai tak mahu menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, siapa yang harus disalahkan?

Bukan senang nak senang, tapi bila dah senang jangan lupa kepada insan - insan yang menyokong anda selama ini.....

Pergi Tanpa Kata

wahai adikku
mengapa pergi jauh dariku
tidak kah engkau nanti merindu
pada diriku

mengapa dinda
kau pergi tanpa sepatah kata
tidak kah dikau kan menderita
dilamun duka

ku menanti
setiap hari
daku merindu
sepenuhnya hati

jangan kau pergi
meninggalkan aku sendiri
temankan hatiku nan sepi
di kala sunyi....

Coventry City..2 Brighton..0

Permulaan tahun baru yang mengecewakan. Itulah ungkapan yang dapat aku luahkan apabila Brighton tewas 0 - 2 kepada Coventry City di Ricoh Arena, Coventry sebentar tadi.

Jaringan oleh Gary McSheffrey pada minit ke-34 dan Lukas Jutkiewicz minit ke-54 sekadar memberitahu kepada pasukan Brighton bahawa saingan di dalam Liga Kejuaraan ini tidak sama dengan liga bawahan yang lain.

Bagi pasukan yang mempunyai dana terhad seperti Brighton, kekalahan seperti ini harus diterima dengan hati terbuka.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 0 -3 di Reading pada malam 'Boxing Day' dengan Craig Noone, Alan Navarro dan Billy Paynter kembali dalam senarai utama malam ini.

Noone dan Paynter masing - masing mengambil tempat Kazenga LuaLua dan Will Buckley, sementara Navarro menggantikan Liam Bridcutt yang digantung satu perlawanan kerana telah mengutip lima kad kuning sepanjang musim ini.

Sementara itu, pemain tengah berusia 17 tahun Jake Forster-Caskey tersenarai sebagai pemain simpanan berdasarkan prestasinya yang baik bersama pasukan simpanan Brighton musim ini.

Seramai 14,158 penonton berbayar telah hadir ke Ricoh Arena untuk menyaksikan perlawanan yang menarik ini. 1,306 daripadanya adalah penyokong setia pasukan Brighton.

Dengan kekalahan ini, Brighton menghuni tangga ke empatbelas Liga Kejuaraan dengan mengumpulkan 32 mata daripada 23 perlawanan, turun empat anak tangga dari minggu lepas.

Berikut adalah kedudukan dalam Liga Kejuaraan pada 1 Januari 2012.

Aksi seterusnya adalah menentang Southampton di laman sendiri pada 2 Januari 2012.

KESEBELASAN UTAMA

Coventry City: (4-4-2) Murphy; Christie, Keogh, Cranie, Wood; Bell, Deegan, Thomas, McSheffery, Baker; Jutkiewicz. Pemain simpanan yang lain: Dunn (GK), Hussey, McPhake, Jeffers, Bigirimana.

Brighton: (3-5-2) Ankergren; El-Abd, Greer, Dunk; Taricco (Buckley 60), Navarro, Sparrow, Harley (Forster-Caskey 67), Noone (LuaLua 60); Mackail-Smith, Paynter. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hall.

Selamat Tahun Baru 2012

Aku dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pengunjung blog ini, dengan harapan agar hidup kita semua akan diberkati Allah, dilimpahi dengan rezeki yang halal, dijauhi daripada bala bencana dan diberikan kesenangan / kemudahan dalam apa jua bidang yang kita kerjakan...

Amin....