Saturday 7 January 2012

Negeri Sembilan Julang Piala Sumbangsih

Negeri Sembilan memulakan kempen bolasepak musim 2012 dengan memenangi Perlawanan Sumbangsih menewaskan Kelantan 2 - 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil seterusnya merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negeri itu.

Pasukan Kelantan terlebih dahulu yang menjaringkan gol menerusi penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-19.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-30.

Gol kemenangan Negeri Sembilan juga menerusi Effa Owona pada minit ke-63 dengan satu tandukan cantik menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Dengan kemenangan ini juga, Negeri Sembilan menjadi pasukan yang keempatbelas merangkul Piala Sumbangsih sejak tahun 1985. Lain - lain pasukan yang pernah memenangi gelaran ini adalah Selangor sebanyak lapan kali, Kuala Lumpur dan Perak (3 kali), Pahang, Kedah dan Perlis (2 kali) serta Johor, Terengganu, Sarawak, Singapura Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ (sekali).

Piala Sumbangsih edisi tahun ini menemukan pemenang Piala Malaysia (Negeri Sembilan) dan pemenang Liga Super (Kelantan).

No comments:

Post a Comment