Thursday 5 January 2012

Penjadualan Semula Tren Komuter

Mulai 1hb Januari 2012, perkhidmatan KTM Komuter telah diseragamkan kepada kekerapan 30 minit untuk laluan Rawang – Seremban - Rawang dan Batu Caves - Pelabuhan Klang – Batu Caves setiap hari sepanjang tempoh perkhidmatan (dari tren pertama hingga ke tren terakhir). Manakala perkhidmatan Komuter Shuttle antara Seremban - Sungai Gadut - Seremban diwujudkan dengan kekerapan juga setiap 30 minit. Bagi laluan Rawang - Tanjung Malim - Rawang, perkhidmatan tren dikekalkan seperti sedia ada. Penjadualan ini adalah merupakan langkah sementara sehingga bulan Februari 2012.

Aku sedia maklum tentang perubahan ini kerana banyak set – set komuter yang perlu diselenggara dengan sebaik mungkin bagi menghadapi Perayaan Thaipusam pada awal Februari nanti. Seperti selalu, perkhidmatan tren komuter akan dilarikan sepanjang hari pada masa sambutan diadakan terutamanya bagi laluan Sentul – Batu Caves - Sentul. Jadi sebagai persediaan awal, set – set perlu dibaikpulih agar perkhidmatan tren tidak terganggu.

Selain daripada itu, penjadualan semula tren komuter ini aku agak adalah untuk mengelakkan laluan sesak di waktu puncak di beberapa buah stesen besar terutamanya Stesen Sentral Kuala Lumpur, Tanjung Malim, Rawang dan Seremban. Kerapkali juga sewaktu aku menaiki komuter, pemandu yang bertugas mengumumkan bahawa tren komuter terpaksa berhenti seketika sehingga menunggu isyarat laluan bebas daripada Pusat Kawalan Trafik (CTC) Kuala Lumpur.

Aku sokong apa juga penambahbaikan yang dilakukan oleh SBU Komuter asalkan pengguna KTM Komuter akan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Memang tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi kalau majoriti penumpang KTM Komuter gembira sewaktu menaiki tren komuter, itu merupakan satu kejayaan besar buat SBU Komuter.

No comments:

Post a Comment