Sunday 1 January 2012

Coventry City..2 Brighton..0

Permulaan tahun baru yang mengecewakan. Itulah ungkapan yang dapat aku luahkan apabila Brighton tewas 0 - 2 kepada Coventry City di Ricoh Arena, Coventry sebentar tadi.

Jaringan oleh Gary McSheffrey pada minit ke-34 dan Lukas Jutkiewicz minit ke-54 sekadar memberitahu kepada pasukan Brighton bahawa saingan di dalam Liga Kejuaraan ini tidak sama dengan liga bawahan yang lain.

Bagi pasukan yang mempunyai dana terhad seperti Brighton, kekalahan seperti ini harus diterima dengan hati terbuka.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 0 -3 di Reading pada malam 'Boxing Day' dengan Craig Noone, Alan Navarro dan Billy Paynter kembali dalam senarai utama malam ini.

Noone dan Paynter masing - masing mengambil tempat Kazenga LuaLua dan Will Buckley, sementara Navarro menggantikan Liam Bridcutt yang digantung satu perlawanan kerana telah mengutip lima kad kuning sepanjang musim ini.

Sementara itu, pemain tengah berusia 17 tahun Jake Forster-Caskey tersenarai sebagai pemain simpanan berdasarkan prestasinya yang baik bersama pasukan simpanan Brighton musim ini.

Seramai 14,158 penonton berbayar telah hadir ke Ricoh Arena untuk menyaksikan perlawanan yang menarik ini. 1,306 daripadanya adalah penyokong setia pasukan Brighton.

Dengan kekalahan ini, Brighton menghuni tangga ke empatbelas Liga Kejuaraan dengan mengumpulkan 32 mata daripada 23 perlawanan, turun empat anak tangga dari minggu lepas.

Berikut adalah kedudukan dalam Liga Kejuaraan pada 1 Januari 2012.

Aksi seterusnya adalah menentang Southampton di laman sendiri pada 2 Januari 2012.

KESEBELASAN UTAMA

Coventry City: (4-4-2) Murphy; Christie, Keogh, Cranie, Wood; Bell, Deegan, Thomas, McSheffery, Baker; Jutkiewicz. Pemain simpanan yang lain: Dunn (GK), Hussey, McPhake, Jeffers, Bigirimana.

Brighton: (3-5-2) Ankergren; El-Abd, Greer, Dunk; Taricco (Buckley 60), Navarro, Sparrow, Harley (Forster-Caskey 67), Noone (LuaLua 60); Mackail-Smith, Paynter. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hall.

No comments:

Post a Comment