Wednesday, 6 July 2011

Info Kelab Brighton & Hove Albion

Kepada kalian yang ingin mengetahui maklumat terkini tentang pasukan Brighton & Hove Albion, sila klik pada logo di bawah.

Kelab ini akan mengharungi Liga Kejuaraan pada musim 2011/12 dan jika ada rezeki, akan bermain dalam Liga Perdana Inggeris pada musim berikutnya.

Sambutan Hari Ulang Tahun Kak Ngah

Pada 1 Julai 2011, Kak Ngah Tipah dikejutkan dengan kehadiran kawan - kawannya yang membawa sebiji kek hari ulang tahun.

Dengan penuh terharu, Kak Ngah memotong kek sempena ulang tahun ke 45 beliau
Sebahagian yang hadir pada pagi itu
Macam sedap aje kek cheese tu....
Jom makan ....
Cenderahati dari anak - anak
Selamat Hari Ulang Tahun Yang Ke 45 Kak Ngah!

Kenduri Kat Rumah Kak Ngah Serendah

Pada 30 Jun 2011 yang lalu, aku dan keluarga berkunjung ke rumah Kak Ngah Tipah di Serendah. Beliau akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil khas untuk arwah suaminya yang tercinta dan sempena Hari Ulang Tahun Yang Ke 45.

Kak Ngah (baju kuning) sedang menyambut kehadiran tetamu
Sebahagian tetamu jemputan yang memenuhi tiap ruang
Kat dapur pun ada orang jugakkkkkk?
Kak Ngah dan Ustazah yang memimpin majlis serta kawan - kawan
Kak Ngah sedang membungkus lauk pauk untuk diberikan kepada tetamu yang ingin nak bawa balik juadah yang berlebihan
Dah menjadi adat selepas kenduri, pinggan mangkuk kena cuci
Selesailah sudah Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di rumah Kak Ngah tu. Semua yang hadir adalah kaum wanita. Aku sorang aje yang lelaki.... he he he

Jadual Perjalanan Tren

Mulai 1 Julai 2011, KTMB telah mengeluarkan jadual perjalanan tren penumpang yang baru. Ini selaras dengan penutupan Stesen Singapura dan Stesen Bukit Timah serta menjadikan Stesen Woodlands sebagai stesen pengganti untuk para penumpang yang ingin ke berkunjung ke Singapura.

Berikut adalah jadual perjalanan tersebut:

1. Perkhidmatan Tren Penumpang Pantai Barat

2. Perkhidmatan Tren Penumpang Pantai Timur

Lepas ni kalian yang minat dengan keretapi bolehlah meninjau sekitar Stesen Kempas Bharu dan Stesen Plentong kerana khabarnya koc - koc penumpang ada disimpan di situ. Koc - koc E & O telah dikesan disimpan di Stesen Plentong baru - baru ini oleh seorang kawan yang tinggal di kawasan berhampiran stesen tersebut.

Bolasepak Piala Dunia Wanita 2011

England mengalahkan Jepun 2 - 0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B awal pagi tadi. Dengan kemenangan ini, England mengumpul 7 mata dari tiga perlawanan dan mengungguli Kumpulan B. Terdahulu daripada ini, England seri dengan Mexico 1 - 1 dan menewaskan New Zealand 2 - 1.

Perlawanan England seterusnya adalah dalam peringkat suku akhir menentang Perancis, pada 9 Julai 2011.

Menanti Panggilanmu

MENANTI PANGGILANMU

Setiap hari ku menanti panggilan mu... sayang
Menanti dengan kerinduan
Masa berlalu ku rasakan bagai mimpi
Namun hati ku masih hampa...
Ingin ku dengar suara manja dari mu
Bisikan mesra yang menawan
Ingin ku bicara mencurah perasaan
Hasrat ku yang lama terpendam
Usahlah diri ku kau lupa
Ku nanti ku rindu suara mu
Ku tunggu panggilan dari mu
bilakah kan terjadi
Mengapa kau membisu...
Debarnya hati ku menanti
Panggilan mu... sayang
Menantikan khabar dari mu
Sedetik lalu hati ku kian merasa rindu
Tak sabar ingin ku bicara
Walaupun wajah mu tak dapat ku tatapi
Suara mu menghibur hati ku
Namun kini panggilan mu masih ku nanti
Entahkan bilakan terjadi