Sunday, 27 March 2011

Brighton Terus Mengganas!!!

Brighton & Hove Albion terus mengganas. Itulah yang dapat aku laungkan apabila pasukan kesayangan aku ini menang satu demi satu perlawanan yang dilaluinya.

Berikut adalah keputusan perlawanan-perlawanan yang dilalui;

08 Mac 2011 Brentford..0 Brighton..1
12 Mac 2011 Brighton..2 Tranmere Rovers..0
19 Mac 2011 Oldham Athletic..0 Brighton..1
22 Mac 2011 Brighton..1 Notts County..0
26 Mac 2011 Swindown Town..1 Brighton..2

Mencatat lima kemenangan berturut-turut adalah sesuatu yang amat jarang dapat dilakukan oleh pasukan Brighton dan kejayaan seperti ini dianggap manis setelah menghuni tangga terbawah dalam liga beberapa tahun kebelakangan ini.

Pasukan Brighton kini mengetuai Liga 1 nPower dengan mengumpul 80 mata daripada 37 perlawanan, jauh meninggalkan pasukan di tangga kedua iaitu Huddersfield Town yang memungut 67 mata daripada 38 perlawanan.

Lawan Brighton seterusnya adalah Dagendam & Redbridge yang akan menjadi tuan rumah di Stadium London Borough of Barking and Dagenham dalam perlawanan yang akan berlangsung pada hari Selasa, 29 Mac 2011.

GO BRIGHTON GO!

Hello

Salam buat semua.

Apa khabar kalian semua? Harap semuanya ok. Akhirnya aku sampai semula di tanah air tercinta setelah hampir tiga minggu di perantauan.

Sekarang ini aku berada di Kota Kinabalu sebelum pulang ke Kuala Lumpur pagi esok dan mula masuk semula ke pejabat pada pagi Selasa.

Untuk malam ini, aku siarkan gambar-gambar menarik yang sempat aku rakamkan sepanjang tiga minggu aku berada di Bandaraya Puerto Princesa, Pulau Palawan, Filipina.


Kesibukan jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Puerto Princesa
Salah sebuah masjid yang terdapat di Puerto Princesa
Antara orang Islam yang berniaga di sebuah kedai menjual cenderahati
Dalam perjalanan menuju ke Underground River National Park
Sampai di Underground River National Park
Banyak lagi gambar-gambar menarik dan cerita pahit manis sewaktu di perantauan akan aku coretkan selepas ini.

Maraming Salamat....