Sunday 27 March 2011

Brighton Terus Mengganas!!!

Brighton & Hove Albion terus mengganas. Itulah yang dapat aku laungkan apabila pasukan kesayangan aku ini menang satu demi satu perlawanan yang dilaluinya.

Berikut adalah keputusan perlawanan-perlawanan yang dilalui;

08 Mac 2011 Brentford..0 Brighton..1
12 Mac 2011 Brighton..2 Tranmere Rovers..0
19 Mac 2011 Oldham Athletic..0 Brighton..1
22 Mac 2011 Brighton..1 Notts County..0
26 Mac 2011 Swindown Town..1 Brighton..2

Mencatat lima kemenangan berturut-turut adalah sesuatu yang amat jarang dapat dilakukan oleh pasukan Brighton dan kejayaan seperti ini dianggap manis setelah menghuni tangga terbawah dalam liga beberapa tahun kebelakangan ini.

Pasukan Brighton kini mengetuai Liga 1 nPower dengan mengumpul 80 mata daripada 37 perlawanan, jauh meninggalkan pasukan di tangga kedua iaitu Huddersfield Town yang memungut 67 mata daripada 38 perlawanan.

Lawan Brighton seterusnya adalah Dagendam & Redbridge yang akan menjadi tuan rumah di Stadium London Borough of Barking and Dagenham dalam perlawanan yang akan berlangsung pada hari Selasa, 29 Mac 2011.

GO BRIGHTON GO!

No comments:

Post a Comment