England kurang bernasib baik sewaktu memulakan kempen Piala Dunia 2010 ini. Keputusan seri 1 - 1 ketika menentang Amerika Syarikat di Stadium Royal Bofakeng, Rustenburg sekadar memperlihatkan mutu bolasepak England semakin menurun.
Aku berpendapat, corak permainan pasukan England tidaklah begitu baik tetapi harus diingat prestasi bolasepak Amerika Syarikat semakin memuncak selepas menjadi naib johan Piala Konfederasi tahun sudah.
Kehadiran Gareth Barry dalam perlawanan kedua menentang Algeria pada 18 Jun nanti sekurang - kurangnya mampu mengembalikan prestasi baik pasukan England.
England memang tidak punyai peluang untuk menjulang Piala Dunia 2010 ini, tetapi aku tetap menyokong pasukan ini sekadar untuk suka - suka. Malaysia tetap No. 1!