Thursday, 12 May 2011

Syukurlah...

Syukur Alhamdulillah.... akhirnya hujan turun di Ibukota Kuala Lumpur setelah cuaca panas melanda sejak seminggu yang lalu.

Bukan manusia sahaja yang tertunggu-tunggu akan hujan, tetapi tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga sentiasa berdoa agar hujan turun segera.

Aku dikhabarkan bahawa cuaca panas di Semenanjung Malaysia ketika ini adalah akibat taufan yang melanda negara Filipina baru-baru ini.

Apapun yang terjadi, aku bersyukur kerana hujan turun juga akhirnya. Doa para muslimin dan muslimat telah dimakbulkan oleh Allah swt.

Cepat - Cepat, Jangan Terlambat

Kepada kalian-kalian yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan keretapi pada masa cuti sekolah nanti, cepat-cepatlah mendapatkan tiket sebelum ianya habis dijual.

Aku dimaklumkan bahawa tiket-tiket sedang laris dijual ibarat macam goreng pisang panas dan tak mustahil ianya akan habis dalam sedikit masa lagi.

Kalian jangan harap untuk mendapatkan tiket di saat-saat akhir kerana minda penduduk negara ini sudah mula berubah dengan menggunakan perkhidmatan keretapi untuk pergi ke mana-mana destinasi. Ramai daripada mereka yang telah merancang perjalanan dan mendapatkan tiket lebih awal kerana merasakan bahawa perkhidmatan keretapi sudah semakin baik, samada dari segi masa perjalanan yang sudah semakin tepat mahupun keselesaan di dalam koc.

Aku tumpang gembira dengan perkembangan sebegini. Aku sendiri dapat melihat bagaimana perkhidmatan ETS dan Shuttle sudah mula mendapat perhatian dari orang ramai. Dengan tambang pengangkutan awam yang lain seperti bas sudah hampir sama dengan tambang keretapi, rasanya lebih ramai penduduk Malaysia/Singapura memilih untuk menaiki keretapi kalau mahu ke mana-mana.

Syabas dan tahniah buat semua kakitangan KTMB kerana usaha mereka yang berterusan untuk mempromosi Perkhidmatan Antarabandar tidak sia-sia dan aku berdoa agar KTMB akan kembali beroleh keuntungan seperti masa-masa dulu.

Jake Ke Separuh Akhir Kejohanan Eropah

Jake Forster-Caskey membantu pasukan England Bawah 17 tahun mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Eropah, selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah, Croatia semalam.

Pemain tengah Brighton & Hove Albion itu beraksi sepenuh masa perlawanan yang turut membawa 'The Young Lions' layak untuk beraksi pada Kejohanan Bawah Umur 17 Tahun FIFA yang dijadualkan berlangsung di Mexico pada bulan hadapan.

Setelah seri 2-2 dengan Perancis dan tewas 0-2 kepada Denmark dalam perlawanan terdahulu, kemenangan amat diperlukan oleh England untuk mara ke peringkat separuh akhir, sambil mengharapkan Perancis akan kehilangan mata sewaktu menentang Denmark.

England akan berhadapan dengan Belanda pada perlawanan separuh akhir malam ini, yang mana pasukan dipimpin oleh pengurus, John Peacock kelihatan bersedia untuk mengekalkan gelaran Juara Eropah yang dimenangi pada tahun lepas.

Godaan Rindu

DATANG KENANGAN MENGGANGGU DI HATI

MENGENANG MALANG HARAPANNYA JIWA

INGAT PADA JANJI BERSAMA BAHAGIA

YANG KITA JALIN BERSAMA

TAPI MALANG HARAPANKU MUSNAH

GELISAH HATI PENUHLAH KECEWA

TINGGALLAH KENANGAN TINGGALLAH IMPIAN

KEMBANG HILANG DIGENGGAMAN

PUAS AKU CUBA NAK MELUPAKAN

TAPI WAJAHMU TERBAYANG DALAM KENANGAN

SUNGGUH SIKSANYA GODAANNYA RINDU

JIKA BERPISAH HATIKU TERHARU

KAU JAUH PANDANGAN

BILA KU KENANGKAN

RINDU GANGGU PERASAAN

Hari Kelapan Di Puerto Princesa

Hari kelapan di Bandaraya Puerto Princesa bermula dengan mengembara sekitar pusat bandar dengan menaiki 'Jeepney'. Aku bernasib baik sebab dapat menaiki sebuah jeepney yang kebetulan bergerak menuju ke sebuah bengkel untuk dibaikpulih.

Menurut pemandu jeepney itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Thomas, kehadiran tricycle yang begitu banyak menjadikan kehidupan pemandu-pemandu jeepney semakin terhimpit. Jumlah jeepney sudah semakin berkurangan dan ini memang jelas di pandangan sepanjang aku berada di sini.

Sebuah landrover yang diubahsuai menjadi teksi
Gambar sebuah hotel yang baru
Kedai - kedai moden sudah semakin banyak
Sederet motor scrambler di pinggir jalanraya
Rumah kedai yang khabarnya dihuni oleh penduduk dari kampung
Seorang tuan punya tricycle sedang mencuci tricycle sebelum memulakan business
Honda ada juga membuka cawangan di Pulau Palawan ini
Sebuah pasaraya yang baru dibuka
Pasaraya tersebut dikenali dengan nama Budget - Home Depot
Kedai yang berwarna hijau itu adalah sebuah kedai menjual cenderahati
WWF juga ada pejabatnya di sini
Ini pula Pejabat Bekalan Air Bandaraya Puerto Princesa
Metrobank ini ibarat Bank Pertanian di Malaysia
Sebuah cawangan Bank Nasional Filipina, yang setaraf dengan Bank Negara Malaysia
Akhirnya aku tiba di bengkel untuk membaiki jeepney itu. Terima kasih kepada Mr Thomas kerana membawa aku merayau-rayau di sekitar Bandaraya Puerto Princesa. Untuk balik semula ke bilik penginapan, aku jalan kaki aje.

Jumpa lagi......

Wednesday, 11 May 2011

Tak Tahu Nak Kata Apa.......

Aku termangu seketika bila ada orang kirimkan gambar ini pada aku sebentar tadi. Aku jadi sebak tiba-tiba. Aku tak sangka orang yang aku sayang selama ini (walaupun rasanya dia masih menyimpan kemarahannya pada aku), ingat pada aku.

Mungkin kalian tak tahu mengapa aku menulis begitu. Tapi hanya aku, dia dan Allah yang mengetahui apa sebenarnya yang tersurat dan tersirat di hati masing-masing.

Memanglah dah lama benar dia tak bercakap dengan aku, tapi gambar terbaru yang aku terima ini membuatkan aku tertanya-tanya....

Biarlah... hanya dia sahaja yang tahu akan jawapannya...

Jom Naik Komuter Percuma!!!!

Destinasi baru untuk anda.

Laluan Komuter antara Seremban - Senawang - Sungai Gadut akan dibuka secara rasmi mulai 14 Mei 2011.

Orang ramai berpeluang untuk menaiki tren komuter secara percuma bagi laluan tersebut mulai 14 Mei 2o11 sehingga 20 Mei 2011. Ingat... naik percuma hanya dari Seremban ke Senawang atau Sungai Gadut pergi balik dan Senawang ke Sungai Gadut pergi balik aje. Untuk perjalanan dari Seremban ke lain-lain stesen atau perhentian, kena bayar tambang la.

Kalian jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba pelbagai kemudahan yang disediakan di kedua-dua stesen baru tersebut.

Jadual Waktu Baru dan Jadual Tambang ETS

Berikut adalah jadual perjalanan dan senarai tambang ETS yang baru.

Jadual Perjalanan ETS Arah Utara

Jadual Perjalanan ETS Arah Selatan

Senarai Tambang ETS

Hari Ketujuh Di Puerto Princesa

Awan mendung menyelubungi sekitar Bandaraya Puerto Princesa pada pagi itu. Cuaca agak sejuk dan aku harus berhati-hati untuk mengelak daripada terkena hujan.

Hari ini juga aku melihat bendera negara Filipina dinaikkan sepenuhnya setelah beberapa hari dikibarkan separuh tiang tanda berkabung di atas kematian salah seorang jemaah menterinya
Awal pagi aku melihat kedai makanan segera Jollibee sudah mula dipenuhi pelanggannya
Suasana tenang dan damai sewaktu aku melalui sebuah taman di pinggir bandaraya
Sebuah tugu menghiasi laman sebuah rumah
Lagak seekor ayam jantan
Trycycle warna biru yang menarik perhatian aku
Bangunan baru yang banyak didirikan di kawasan pinggir bandaraya
Nampak seperti tak ramai orang yang melalui kawasan ini kerana ianya terletak agak jauh dari pusat bandaraya
Sebuah lagi bangunan yang baru
Kawasan yang aku lalui ini dipenuhi dengan banyak bangunan-bangunan baru
Ini bukan tempat untuk menari, tetapi tempat untuk melaga ayam
Salah sebuah restoran makanan segera
Di sebelah petang, aku menghabiskan masa bercerita tentang kisah silam bersama Janet di rumahnya. Banyak yang aku bualkan sehingga tak sedar hari dah malam.

Akhirnya aku balik ke tempat penginapan kira-kira jam 1 pagi setelah mencuci mata ke beberapa kawasan 'panas' bersama Janet!

Hari Keenam Di Puerto Princesa

Hari keenam di Bandaraya Puerto Princesa bermula dengan baik. Cuaca mendung setelah hujan ketika menjelang subuh, membuatkan aku teruja untuk keluar awal.

Suasana pagi di hadapan hotel penginapan
Menuju ke satu kawasan yang agak sunyi
Satu kawasan perkampungan nelayan
Satu perkampungan Islam
Teringat kat Malaysia bila terlihat sepohon gajus yang lebat berbuah
Aku tiba di Masjidil Akhdar untuk projek jiwa murni
Ahli jawatankuasa masjid
Ruang dalam masjid
Ruang mimbar yang serba kekurangan
Pengerusi masjid turut serta mengecat
Tak jemu-jemu pengerusi masjid mengecat mencantikan lagi masjid
Tak sedar dia sewaktu aku ambil gambar ini
Satu-satunya penunjuk masuk waktu yang ada di masjid ini
Tanda yang usang kelihatan cantik selepas dicat semula
Sebahagian kawan-kawan aku yang turut serta dalam projek jiwa murni ini
Bersiap-siap sebelum masuk waktu sholat zohor
Makan tengahari selepas sholat
Ruang sembahyang nampak cantik selepas dicat dengan warna putih dan hijau
Sumbangan ikhlas tak lupa buat semua
Masjid nampak cantik selepas dicat semula dan beberapa pengubahsuaian dilakukan
AJK masjid sedang membahagi-bahagikan sumbangan yang diperolehi untuk empat masjid yang berhampiran
Sebuah gerai menjual barangan dapur termasuk arang
Anak-anak yang ada di perkampungan Islam tersebut
Meter air yang kelihatan di hadapan masjid
Meter eletrik yang terletak berhadapan masjid
Aku rasa sedih bila mengenangkan keadaan sebuah masjid di perkampungan ini. Kalau di tempat kita, ianya sama seperti sebuah surau. Aku berdoa agar masjid ini akan terus digunakan oleh penduduk Islam yang tinggal di persekitaran masjid. Moga agama Islam akan terus berkembang di bumi Pulau Palawan.

Menjelang petang, aku segera kembali semula ke tempat penginapan kerana cuaca sudah berubah mendung. Aku tak mahu kena hujan lagi. Sebelum sampai di bilik, aku singgah sebentar membeli air kelapa untuk mengalas perut malam nanti.