(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Friday, 18 November 2011
England..1 Sweden..0
Majstorovic gagal mengeluarkan kemas bola hasil tandukan Gareth Barry pada minit ke-22 sebelum melantun ke gawang gol sendiri.
Perlawanan itu disaksikan di hadapan 48,876 penonton – jumlah kehadiran paling rendah direkodkan sejak pembinaan semula Wembley pada 2007.
Pada perlawanan itu menyaksikan pengurus England, Fabio Capello melakukan lapan pertukaran pemain daripada skuad yang berjaya menewaskan juara dunia, Sepanyol pada perlawanan persahabatan, pada hari Sabtu (12 November 2011) lalu.
Bagaimanapun Capello amat puas hati dengan kemenangan itu yang menyaksikan England mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang 2011.
Ia turut menyaksikan aksi sulung pemain muda, Jack Rodwell, Kyle Walker dan Phil Jones dalam skuad kebangsaan England.
Menurut pengurus pasukan England, Fabio Capello bahawa kemenangan menewaskan Sweden selepas 43 tahun adalah amat penting sekali. Keupayaan Phil Jones, Kyle Walker dan Jack Rodwell bermain cemerlang sewaktu menentang Sweden yang mempamerkan permainan yang amat tersusun, begitu menyenangkan hati Capello.
Seingat - ingat aku, inilah kali pertama dua bekas pemain Brighton iaitu Gareth Barry dan Bobby Zamora bermain bersama - sama dalam satu pasukan di mana kali terakhir kedua - dua bintang ini bermain bersama - sama adalah sewaktu mewakili pasukan England Bawah Umur 21 Tahun kira - kira sepuluh tahun yang lalu.
Untuk pengetahuan kalian, kali terakhir England mengatasi pasukan Sweden di Wembley adalah pada tahun 1968. England menang 3 - 1 dalam perlawanan persahabatan tersebut.
Senarai Pemain.
England: Joe Hart (Scott Carson 46); Gary Cahill, John Terry, Leighton Baines, Kyle Walker, Phil Jones, Gareth Barry, Stewart Downing, Jack Rodwell (James Milner 58), Theo Walcott (Daniel Sturridge 58), Bobby Zamora (Darren Bent 70).
Sweden: Andreas Isaksson; Martin Olsson, Olof Mellberg (Jonas Olsson 46), Daniel Majstorovic, Mikael Lustig (Christian Wilhelmsson 55), Kim Kallstrom (Svensson 70), Rasmus Elm (Emir Bajrami 87), Pontus Wernbloom, Sebastian Larsson, Zlatan Ibrahimovic (Ola Toivonen 46), Johan Elmander.
Harapan Hanya Bayangan
bagai duri menikam jari
tak tertahan pedih terasa
dalam hati
mengapa kah begini siksa
godaanmu membawa lara
hingga aku jadi merana
menderita
jangan kau menggoda
lepaskan aku bebas
terbang ke angkasa luas
harapan ku hanya bayangan
bagai pungguk rindukan bulan
masa lepas dalam ikatan
penyiksaan...
Jawatan Kosong - Juruwang Sambilan
KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak 1995. Syarikat ini mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :
JURUWANG SAMBILAN
LOKASI : MEDAN LETAK KERETA STESEN KERETAPI KUALA LUMPUR, KEPONG SENTRAL, SG. BULOH, KAJANG, BANGI, TANAH MERAH DAN KULAI
SYARAT KELAYAKAN
a) Berumur 18 tahun ke atas.
b) Kelulusan PMR atau SPM.
c) Warganegara Malaysia.
d) Boleh menulis, membaca dan mengira. Boleh berkomunikasi dengan baik.
e) Sedia berkhidmat di mana-mana lokasi di Medan Letak Kereta di rangkaian KTM Berhad.
FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN
a) Gaji permulaan sebanyak RM 3.00 / jam.
b) Potongan KWSP & SOCSO
c) Lantikan ke jawatan tetap sekiranya terdapat kekosongan.
d) Peluang peningkatan kerjaya di KTMB (Car Park) Sdn. Bhd.
CARA MEMOHON
a) Pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
c) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang diakui sah oleh Pegawai Kerajaan serta gambar berukuran pasport semasa temuduga.
d) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 23hb. November 2011 ke alamat berikut:-
KTMB (Car Park) Sdn. Bhd.,
Tingkat Bawah, Platfom 1, Blok Annexe Selatan,
Bangunan Stesen Keretapi,
Jalan Sultan Hishamudin,
50050 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2273 6419 / 2263 1470
Doa Harian Menurut Hadis & Sunnah (Akhir)
Aku sedang berusaha untuk mendapatkan lain - lain maklumat berguna untuk dikongsi bersama pada masa akan datang.
Tuesday, 15 November 2011
Peraduan Best Nih....
Sunday, 13 November 2011
Hari Pertama Di Bandara Ho Chi Minh
Berikut adalah sebahagian daripada gambar - gambar yang sempat diabadikan pada hari pertama di sini.
Hasrat Hati
lihat bulan berpagar bintang
yang sedang pancarkan sinarnya
putih kuning lerai dan berderai
berkilau-kilau keemasan
tanda kasih seluruh alam
pilu hatiku tak terkira
selama engkau tak bersinar
tak segan-segan ku memandang
padamu ku kasih sayang
harapan suci ku telah tiba
nan ku rindu bertahun-tahun
kini masanya ku dapatkan
England Bawah 19..1 Denmark Bawah 19..0
Perlawanan persahabatan tersebut diadakan sebagai persediaan bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Eropah Bawah Umur 19 Tahun, tahun 2012 nanti.
Jaringan Rob Hall pada minit ke 80 sudah cukup untuk memisahkan kedua - dua pasukan, walaupun pengurusan pasukan England nampak berpuas hati dengan prestasi pasukan England yang bertarung di hadapan 16,923 orang penyokong.
England: (4-4-2) Ripley (Blackman 59); Flanagan, Chalobah, Wisdon, Bidwell (T Kane 46); Coady (Thorne 46), Barkley, Yennaris (Lascelles 88), Cole (Williams 79); Morgan (Conteh 72), H Kane (Hall 59).
Jawatan Kosong - Juruteknik IT
JURUTEKNIK
Kelayakan
· Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup
· Memiliki Sijil Teknologi Maklumat dalam bidang rangkaian / elektronik dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Kriteria Pemilihan
· Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
· Mempunyai pengetahuan dalam sistem rangkaian komputer serta peralatannya termasuk ‘wireless network’
· Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan sistem CCTV dan peralatannya
· Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah
· Sedia bertugas di luar markas dan melebihi masa kerja termasuk hari cuti umum.
· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
Spesifikasi Tugas
· Memantau, membaikpulih dan menyelenggara peralatan rangkaian data dan komunikasi Syarikat meliputi Wide Area Network (WAN) dan Local Area Network (LAN) bagi CCTV dan Sistem WIFI (Wireless).
· Memasang, menguji dan menyelenggara komponen alat ganti network termasuk kabel Fiber Optik, UTP, faceplate, NIC, interface ports, minor power supply wiring, UPS , Hub, Convertor modem, Router, Switch, Wifi AP, Antenna, Kamera CCTV, DVR/NVR dan lain-lain.
· Bekerjasama dengan Unit Sokongan Teknikal untuk memastikan kerja penyelenggaraan PC, pencetak and peripheral lain disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
· Melapor kepada Penyelia status dan perkembangan terkini operasi harian rangkaian data KTMB bagi mengoptimumkan ketersedian (availability) network dan meminimumkan kegagalan sistem komputer termasuk penggunaan IP, cubaan pencerobohan dan gangguan keselamatan network.
· Berhubung dengan unit Helpdesk ISM untuk menyelesaikan dan mengemaskini laporan kegagalan sistem melalui sistem IT Helpdesk.
· Mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek baru dan peningkatan sistem baru dan sedia ada bagi memastikan sambungan network dijalankan dengan betul mengikut polisi ISM.
· Menjalankan kerja penyelenggaraan preventive and remedial bagi sistem network CCTV dan WIFI mengikut jadual yang telah ditetapkan.
· Memeriksa, menjaga, menyusun, melabel, mengesah dan mengemaskini ketersediaan semua perkakasan alat ganti, unit spare dan stok inventori asset network, CCTV, WIFI dan Server.
· Berhubung, memantau dan memastikan syarikat pembekal, Vendor dan kontraktor yang dilantik oleh KTMB untuk perlaksanaan dan penyerahan projek telah mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
· Monitor, menyelenggara, menguji dan troubleshoot talian data SDH and ENT100, Litar suwa, broadband (Streamyx) dan ISDN dari TimeDotcom & TM untuk memastikan tidak ada gangguan dan kegagalan sistem.
· Mematuhi arahan khas ( special instruction ) oleh Pengurus Besar ISM.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 25 November 2011 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 K.Lumpur.
England..1 Sepanyol..0
Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Ketua Pasukan England, Frank Lampard pada minit ke-49.
Ini merupakan kemenangan pertama England ke atas Sepanyol di Wembley sejak tahun 1968.
Senarai Pemain
England Hart, Glen Johnson, Lescott, Jagielka, Cole, Walcott (Downing 46), Jones (Rodwell 56), Parker (Walker 85), Milner (Adam Johnson 76), Lampard (Barry 56), Bent (Welbeck 63).
Pemain simpanan yang lain: Carson, Baines, Cahill, Terry, Zamora, Sturridge, Stockdale.
Spain Casillas (Reina 46), Arbeloa, Pique, Sergio Ramos (Puyol 74), Jordi Alba, Busquets (Torres 64), Alonso, Xavi (Fabregas 46), Iniesta (Santi Cazorla 74), Silva (Mata 46), Villa.Pemain simpanan yang lain: Valdes, Albiol, Monreal, Llorente, Jesus Navas.
Majlis Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Setiawangsa
Seramai 800 orang anak-anak daripada semua Tabika Parlimen Setiawangsa telah menghadiri majlis yang pertama kali diadakan secara gabungan.
Seperti majlis-majlis penting yang lain di kawasan Parlimen Setiawangsa, YB Dato' Sri Zulhasnan Rafiq selaku Ahli Parlimen Setiawangsa telah sudi hadir merasmikan majlis dan menyampaikan sijil kepada anak-anak.
Syabas kepada KEMAS kerana mampu menjayakan program seumpama ini dan terima kasih kepada pihak Pulapol yang telah memberi kerjasama baik kepada semua yang terlibat dalam acara ini.