Sunday 13 November 2011

Majlis Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Setiawangsa

Bertempat di Dewan Bankuet, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 12 November 2011, telah diadakan Majlis Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Setiawangsa.

Seramai 800 orang anak-anak daripada semua Tabika Parlimen Setiawangsa telah menghadiri majlis yang pertama kali diadakan secara gabungan.

Seperti majlis-majlis penting yang lain di kawasan Parlimen Setiawangsa, YB Dato' Sri Zulhasnan Rafiq selaku Ahli Parlimen Setiawangsa telah sudi hadir merasmikan majlis dan menyampaikan sijil kepada anak-anak.

Dato' Sri Zulhasnan Rafiq sedang merasmikan majlis.
Berbagai persembahan dari anak-anak tabika telah dipertontonkan kepada hadirin yang dianggarkan melebihi 2,000 orang itu. Antaranya adalah persembahan nasyid, gerakrama dan koir.

Persembahan tarian
Selain daripada menyampaian sijil kepada anak-anak yang berusia lima dan enam tahun, hadiah juga diberikan kepada anak-anak yang cemerlang.

Sebahagian daripada penerima Anugerah Pelajar Cemerlang bergambar bersama VIP dan guru-guru.
Sesungguhnya majlis ini telah berlangsung dengan jayanya walaupun pada awalnya hujan lebat turun yang sedikit mengganggu kehadiran para ibu bapa dan penjaga anak-anak tersebut.

Syabas kepada KEMAS kerana mampu menjayakan program seumpama ini dan terima kasih kepada pihak Pulapol yang telah memberi kerjasama baik kepada semua yang terlibat dalam acara ini.

No comments:

Post a Comment