Sunday 13 November 2011

Jawatan Kosong - Juruteknik IT

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

JURUTEKNIK

Kelayakan

· Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup

· Memiliki Sijil Teknologi Maklumat dalam bidang rangkaian / elektronik dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan

· Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

· Mempunyai pengetahuan dalam sistem rangkaian komputer serta peralatannya termasuk ‘wireless network’

· Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan sistem CCTV dan peralatannya

· Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah

· Sedia bertugas di luar markas dan melebihi masa kerja termasuk hari cuti umum.

· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.

Spesifikasi Tugas

· Memantau, membaikpulih dan menyelenggara peralatan rangkaian data dan komunikasi Syarikat meliputi Wide Area Network (WAN) dan Local Area Network (LAN) bagi CCTV dan Sistem WIFI (Wireless).

· Memasang, menguji dan menyelenggara komponen alat ganti network termasuk kabel Fiber Optik, UTP, faceplate, NIC, interface ports, minor power supply wiring, UPS , Hub, Convertor modem, Router, Switch, Wifi AP, Antenna, Kamera CCTV, DVR/NVR dan lain-lain.

· Bekerjasama dengan Unit Sokongan Teknikal untuk memastikan kerja penyelenggaraan PC, pencetak and peripheral lain disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

· Melapor kepada Penyelia status dan perkembangan terkini operasi harian rangkaian data KTMB bagi mengoptimumkan ketersedian (availability) network dan meminimumkan kegagalan sistem komputer termasuk penggunaan IP, cubaan pencerobohan dan gangguan keselamatan network.

· Berhubung dengan unit Helpdesk ISM untuk menyelesaikan dan mengemaskini laporan kegagalan sistem melalui sistem IT Helpdesk.

· Mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek baru dan peningkatan sistem baru dan sedia ada bagi memastikan sambungan network dijalankan dengan betul mengikut polisi ISM.

· Menjalankan kerja penyelenggaraan preventive and remedial bagi sistem network CCTV dan WIFI mengikut jadual yang telah ditetapkan.

· Memeriksa, menjaga, menyusun, melabel, mengesah dan mengemaskini ketersediaan semua perkakasan alat ganti, unit spare dan stok inventori asset network, CCTV, WIFI dan Server.

· Berhubung, memantau dan memastikan syarikat pembekal, Vendor dan kontraktor yang dilantik oleh KTMB untuk perlaksanaan dan penyerahan projek telah mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

· Monitor, menyelenggara, menguji dan troubleshoot talian data SDH and ENT100, Litar suwa, broadband (Streamyx) dan ISDN dari TimeDotcom & TM untuk memastikan tidak ada gangguan dan kegagalan sistem.

· Mematuhi arahan khas ( special instruction ) oleh Pengurus Besar ISM.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 25 November 2011 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar

Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad

Jalan Sultan Hishamuddin

50621 K.Lumpur.

No comments:

Post a Comment