Monday, 2 November 2009

Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Perai

Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah adalah sebuah jambatan yang dibina merentasi Sungai Perai. Ia menghubungkan Perai dengan Butterworth.

Jambatan ini dibina dalam tahun 1967 oleh sebuah firma Austria, Waagner Biro Bruckenbau AG.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah, Yang Di Pertuan Agong Ke Empat telah berkenan untuk merasmikan jambatan ini pada 14 September 1967.


Pengoperasian jambatan pusing ini biasanya dikawal oleh seorang 'signalman' dari Kabin Signal Prai. Ia terbahagi kepada lima turutan iaitu:
1. Unlocking
2. Lifting
3. Swinging
4. Lowering
5. Locking

Secara ringkas jambatan perlulah dibuka kunci. Kemudian jambatan akan terangkat. Selepas itu jambatan akan berputar / berpusing. Seterusnya jambatan akan diturunkan semula. Akhir sekali, jambatan kembali dikunci.

Urutan di atas dilakukan secara otomatik apabila jambatan dikawal dari panel kawalan isyarat menggunakan Suis Kawalan Utama. Setiap urutan akan diikuti dengan pancaran lampu sehingga selesai urutan.

Bagi memenuhi kehendak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, satu set lampu navigasi telah dipasang sebagai tanda amaran kepada pengguna sungai tentang situasi semasa jambatan.

Sunday, 1 November 2009

Lintasan Rata Kerja (Sementara)

Di waktu pembinaan landasan untuk Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar, terdapat beberapa lintasan rata yang dibina buat sementara semata - mata bagi memudahkan kerja - kerja memindahkan tanah atau lain - lain bahan yang diperlukan.

Oleh yang demikian, mari kita lihat secara ringkas tatacara yang perlu dipatuhi oleh seseorang pemandu lokomotif apabila menghampiri lintasan ini.

Mula - mula kita akan melihat papantanda 'AWAS LINTASAN RATA KERJA'
Kemudian kita akan menemui papantanda 'WISEL'
Akhir sekali, tentulah keretapi akan melalui lintasan rata kerja sementara yang dikawal oleh penjaga get

Brighton..3 Hartlepool United..3

Brighton memungut satu mata berharga selepas seri 3 - 3 dengan Hartlepool United di Withdean malam tadi.

Russell Slade membuat tiga perubahan dari senarai yang tewas kepada Oldham minggu lepas. Greame Smith menggantikan Kichel Kuipers sebagai penjaga gol, sementara James Tunnicliffe disenaraikan untuk mengambilalih tepat Adam Virgo. Arron Davies juga kembali bermain di bahagian tengah dan Glenn Murray dinamakan sebagai pemain simpanan.

Gary Dicker terjatuh selepas dihalang oleh pemain Hartlepool

Gol - gol Brighton adalah hasil jaringan Liam Dickinson (minit ke-27) dan Nicky Forster (minit ke-39 dan 48) .

Dengan keputusan tersebut, pasukan Brighton kini menghuni tangga ke 20 liga. Seramai 5,693 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini di mana 129 orang daripadanya adalah penyokong kelab Hartlepool.

Albion: (4-4-2) Smith; Hoyte, Tunnicliffe, Elphick (Virgo 65), El-Abd; Bennett, Crofts, Dicker, A Davies (Cox 65); Forster, Dickinson. Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Navarro, Hart, Murray, Thornhill.