Monday, 2 November 2009

Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Perai

Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah adalah sebuah jambatan yang dibina merentasi Sungai Perai. Ia menghubungkan Perai dengan Butterworth.

Jambatan ini dibina dalam tahun 1967 oleh sebuah firma Austria, Waagner Biro Bruckenbau AG.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah, Yang Di Pertuan Agong Ke Empat telah berkenan untuk merasmikan jambatan ini pada 14 September 1967.


Pengoperasian jambatan pusing ini biasanya dikawal oleh seorang 'signalman' dari Kabin Signal Prai. Ia terbahagi kepada lima turutan iaitu:
1. Unlocking
2. Lifting
3. Swinging
4. Lowering
5. Locking

Secara ringkas jambatan perlulah dibuka kunci. Kemudian jambatan akan terangkat. Selepas itu jambatan akan berputar / berpusing. Seterusnya jambatan akan diturunkan semula. Akhir sekali, jambatan kembali dikunci.

Urutan di atas dilakukan secara otomatik apabila jambatan dikawal dari panel kawalan isyarat menggunakan Suis Kawalan Utama. Setiap urutan akan diikuti dengan pancaran lampu sehingga selesai urutan.

Bagi memenuhi kehendak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, satu set lampu navigasi telah dipasang sebagai tanda amaran kepada pengguna sungai tentang situasi semasa jambatan.

No comments:

Post a Comment