Saturday, 13 March 2010

Sukya 2010 - Hari Pertama Di Kuala Terengganu

Setelah berhari - hari membuat persiapan, hari yang dinanti tiba jua akhirnya. Awal pagi tadi (13 Mac 2010) kira - kira jam 5.00 pagi, semua penghuni Bait Al - Amin telah dikejutkan. Mereka sengaja dikejutkan awal untuk membersihkan diri sebelum berangkat ke Terengganu Bagi menyertai SUKYA 2010.

Puteri - puteri Bait Al - Amin sedang menunggu ketibaan bas. Begitu juga dengan putera - putera ini.
Bas dah tiba......
Selepas bacaan doa, anak - anak pun mula menaiki bas.
Berbaris untuk menaiki bas.
Suasana gembira sewaktu bas mula bergerak meninggalkan Bait Al - Amin pada jam 07.30 pagi. Ayah Lan sibuk menguruskan itu ini melayan segala kemahuan dan kerenah anak - anaknya.
Jam 09,00 pagi, bas tiba di R & R Selat Pagar. Masa untuk berehat dan menikmati sarapan pagi. Menu untuk pagi ini adalah nasi lemak, sambal bilis, telur rebus, timun, sausage goreng, nugget goreng, sandwich sardin dan nescafe 'o'.
Eh... Linda pun ada?
Gambar oleh seorang jurugambar amatur menunjukkan Ayah Lan sedang menikmati sarapan pagi dengan 'orang kuat' beliau.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Sempat dua orang mamat ni ke Taman Permainan R&R Selat Pagar.
Ayah Lan sedang mengagihkan plastik kepada semua peserta bagi digunakan sewaktu kecemasan (muntah bila pening....)
Singgah sebentar di Kawasan Rehat Titiwangsa pada jam 12.00 tengahari. Bertemu dengan beberapa lagi buah bas yang membawa anak - anak yatim dan miskin untuk menyertai SUKYA 2010.
Pemandu bas (Pakcik Usop) sedang berbual dengan rakan - rakan pemandunya.
Antara gerai yang terdapat di Kawasan Rehat Titiwangsa ini.
Jam 1.00 tengahari, bas tiba dan berhenti di Bukit Bunga. Tetapi pada kali ini bas berhenti agak lama sedikit bagi memberi laluan para penumpang mengerjakan Solat dan makan tengahari.
Selepas berehat hampir 1 jam, bas bergerak semua...
TIBA - TIBA....
.. bas berhenti di Masjid Kampung Gemuruh kerana ada seseorang yang bagi tahu nak pergi buang air.

Inilah bas yang kami sewa.
Akhirnya kami tiba juga di tempat penginapan iaitu di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Kuala Terengganu pada jam 5.15 petang.
Syukurlah, semuanya selamat
Hari ini adalah hari rehat kerana acara pembukaan rasmi akan berlangsung petang ini (14 Mac 2010).

Tuesday, 9 March 2010

Colchester United..0 Brighton..0

Pasukan Brighton berjaya memungut satu lagi mata berharga dalam Liga Coca Cola Bahagian Satu ini selepas seri 0 - 0 dengan Colchester United di Stadium Weston Homes Community sebentar tadi.

Pengurus Pasukan Gus Poyet tidak membuat sebarang pertukaran pada kesebelasan utama pagi ini. Beliau masih menaruh harapan terhadap pemain - pemainnya yang menang ketika menentang Exeter City minggu sudah.

Terdapat pertukaran di kalangan pemain simpanan di mana penjaga gol muda Mitch Walker kembali disenaraikan mengambil alih tempat Michel Kuipers yang mengalami kecederaan sewaktu berlatih.

Sungguhpun begitu, masih belum ada ruang buat pemain yang baru dipinjam dari kelab Stoke City, Diego Arismendi (pemain antarabangsa Uruguay), yang terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk beraksi buat pertama kali bersama pasukan Brighton.Dengan keputusan ini, kedudukan pasukan Brighton dalam liga semakin kukuh dengan menduduki tangga ke - 17 dengan berbekalkan 37 mata.

Perlawanan ini yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lepas ditunda ke awal pagi ini bagi membolehkan ianya disiarkan secara langsung menerusi siaran tv Sky Sports (boleh tengok juga melalui skysports streaming). Seramai 3,914 telah hadir menyaksikan perlawanan yang membosankan ini.

Seterusnya Brighton akan menentang Swindon Town di Stadium Withdean hari Sabtu ini (13 Mac 2010) jam 3 petang.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Dicker, LuaLua (Holroyd 63); Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), McNulty, Carole, Forster, Hoyte, Hart.

Monday, 8 March 2010

Sukan Peyatim


Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin Bait Al - Amin akan mengambil bahagian dalam Sukan Anak - Anak Yatim Malaysia (SUKYA) di Stadium Tertutup Kuala Terengganu bermula hujung minggu ini.

Insyallah jika semuanya berjalan lancar, aku akan turut ke sana bagi membantu Ayah Lan dan Abi menguruskan keperluan anak - anak Bait Al - Amin tu.

Sukan dua tahun sekali itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim).

Keretapi Negeri Sabah

Akhbar Xinhua di China melaporkan tentang ketibaan dua buah lokomotif dan 8 buah koc bagi kegunaan Jabatan Keretapi Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
Aku kurang pasti apakah kelas atau jenis lokomotif tersebut. Yang aku ketahui ianya dibuat oleh Ziyang Locomotive.

Gambar oleh laman web rasmi Kerajaan China