Saturday 24 July 2010

Belanda..1 England..0

England tewas 0 - 1 kepada Belanda dalam perlawanan kedua Kumpulan A Kejohanan Bolasepak Eropah Bawah Umur 19 Tahun yang sedang berlangsung di Perancis.

Dalam satu perlawanan kumpulan yang sama, Perancis mengalahkan Austria 5 - 0.

Friday 23 July 2010

Perkhidmatan Tren Komuter Sentul - Batu Caves - Sentul

Untuk makluman, orang ramai dipelawa untuk menaiki tren KTM Komuter bagi laluan Sentul ke Batu Caves dan Batu Caves ke Sentul secara PERCUMA ulangi PERCUMA mulai 29 Julai 2010 sehingga 4 Ogos 2010.

Bagi kedua-dua arah perjalanan, Tren Komuter tersebut akan berhenti di Stesen Batu Kentonmen, Kampung Batu dan Taman Wahyu selain Sentul dan Batu Caves.

Pelancaran Tren Pertama dari Sentul menuju ke Batu Caves ini akan diadakan pada 29 Julai 2010 jam 6.35 pagi.

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

Islam memandang berat tentang kekeluargaan kerana keluarga adalah unit masyarakat kecil yang menjadi titik permulaan ke arah pembentukan mesyarakat yang lebih besar dan seterusnya sebuah negara yang aman dan harmoni.

Rumah tangga yang dibentuk di atas tapak yang kukuh, kesan baiknya akan menyerap ke dalam masyarakat seluruhnya. Asas pertalian sesebuah keluarga adalah bermula daripada pasangan suami isteri seterusnya melahirkan zuriat dan keturunan bersambungan semakin ramai dan menjadi penyambung generasi pewaris keluarga dan masyarakat.

Keindahan kesinambungan warisan kehidupan manusia ini telah disebut oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa dijadikan untukmu daripada dirimu itu berpasang-pasangan supaya kamu hidup tenang dengannya dan dijadikan di antara kamu berdua kesayangan dan kerahmatan. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi bukti iaitu tentang kebesaran Allah bagi yang mahu berfikir".
(bersambung)

Sunderland..1 Brighton..1

Brighton & Hove Albion mempamerkan persembahan yang paling cemerlang setakat ini apabila mengikat pasukan Sunderland 1 - 1 dalam siri perlawanan persahabatan di Stadio Municipal de Albufeira, Portugal.

Pasukan Brighton diberikan penghormatan berdiri oleh semua penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut sewaktu meninggalkan padang. Brighton boleh berbangga dengan persembahan mereka semalam yang menunjukkan mereka adalah sebuah pasukan yang terbaik.

Gus Poyet memulakan perlawanan dengan menurunkan barisan terkuat termasuk tujuh pemain yang baru dibeli musim ini. Gol pasukan Brighton adalah hasil sepakan penalti oleh Glenn Murray pada minit ke-42. Manakala gol penyamaan buat pasukan Sunderland hadir pada minit ke-87 jaringan Frazier Campbell.

Albion: (4-4-2) Poke; Inigo Calderon (El-Abd 88), Elphick, Gordon Greer, Marcos Painter; Elliott Bennett (Filipe Morais 75), Navarro, Radostin Kishishev (Gary Dicker 69), Sparrow (Battipiedi 83); Glenn Murray, Ashley Barnes (Baz 83). Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Jamie Smith, Hall, Cook, Hart, Holroyd.

Tuesday 20 July 2010

Sejenak Di Bait Al - Amin, Parit

Dah lama aku tak berkunjung ke Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin Bait Al - Amin yang terletak berhampiran dengan pekan Parit. Selalunya aku paling busuk pun dalam sebulan, mesti sekali aku jenguk teratak ini. Tapi sejak akhir - akhir ini kerana 'jiwa kacau', aku dah jarang ke situ.

Banyak kerja yang harus dilakukan. Antaranya membaiki katil yang roboh ini.... menebang pokok yang menghalang parkir rumah jiran...
dan mendirikan papan tanda yang telah disambung 'kakinya'.
Bagi yang berkemahiran elektronik, mesin basuh yang rosak ini telah dapat dibaiki.
Begitu juga dengan plug yang rosak ini telah dapat dibaiki, tambah satu lagi.
Membaiki pintu masuk utama ke dewan makan
Pokok rambutan rebah menyembah bumi
Menggantikan bendera yang usang. Tak perlu nak tunggu Bulan Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan untuk mengibarkan bendera yang baru!
Akhir sekali membawa pulang sebuah kotak yang sarat berisi dengan cadar dan sarung bantal untuk dicuci.Demikian lah ceritanya sejenak aku di Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin Bait Al - Amin, Parit pagi tadi. Alhamdulillah, banyak kerja yang telah dapat disudahkan dengan baik.

Ada masa akan aku singgah lagi ke sini. Insyallah...

Khas Buat Lailawati

Lirik Laila Nama Mu Teratas - Search

Nama mu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cinta ku yang lalu

Harum tubuhmu memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmu diterbangkan bayu
Melambaiku pergi

( 1 )
Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam

( 2 )
Hanya namamu Laila kekasihku Laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa

( ulang 2, 1 )
* entah di mana laila berada sekarang... jika masih ada, aku mendoakan agar hidupnya sentiasa dalam kebahagiaan, namun jika dia sudah tiada di muka bumi ini, aku berdoa agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solehin....

Lagi Perlawanan Persahabatan

Kesebelasan Brighton & Hove Albion akan menentang Kingstonian di Kingsmeadow pada hari Jumaat, 23 Julai 2010, sepakmula jam 7.45 malam.

Pasukan ini dibentuk daripada pemain skuad utama yang tidak turut serta ke Portugal dan pemain-pemain pelapis tahun satu dan dua.

Pasukan yang sama juga akan menentang Eastbourne Town pada hari Selasa, 27 Julai 2010, sepakmula juga pada jam 7.45 malam.

Kemudian dalam minggu akhir perlawanan persabatan sebelum liga bermula, pasukan simpanan Brighton akan mempertahanan Trofi Roy Hayden dengan menentang pasukan Whitehawk.

Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Culver Road, pada hari Selasa, 3 Ogos 2010, sepakmula pada jam 7.45 malam

EMU Kelas 81


SET

CABIN/TRAILER

CAB 1

TRAILER

CAB 2

EMU 01

C8101

T8101

C8102

EMU 02

C8103

T8102

C8104

EMU 03

C8105

T8103

C8106

EMU 04

C8107

T8104

C8108

EMU 05

C8109

T8105

C8110

EMU 06

C8111

T8106

C8112

EMU 07

C8113

T8107

C8114

EMU 08

C8115

T8108

C8116

EMU 09

C8117

T8109

C8118

EMU 10

C8119

T8110

C8120

EMU 11

C8121

T8111

C8122

EMU 12

C8123

T8112

C8124

EMU 13

C8125

T8113

C8126

EMU 14

C8127

T8114

C8128

EMU 15

C8129

T8115

C8130

EMU 16

C8131

T8116

C8132

EMU 17

C8133

T8117

C8134

EMU 18

C8135

T8118

C8136

Hindari Sifat Iri Hati Dan Dengki Dalam Diri

(sambungan)

sesungguhnya sifat dengki atau iri hati ini amat buruk kesannya kepada diri dan masyarakat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w pernah menyebut tentang kebencian Baginda terhadap sifat dengki ini dan oleh itu kita perlulah sentiasa menghayati apa yang pernah disabdakan Baginda menerusi hadisnya yang bermaksud,

"janganlah kamu bersikap dengki, kerana dengki itu melenyapkan kebaikan seperti ap yang membakar kayu'.

Pusingan Akhir Bolasepak Eropah Bawah 19 Tahun.

Pusingan akhir bolasepak Piala Eropah Bawah 19 Tahun sedang berlangsung di Perancis mulai 18 - 30 Julai 2010.

England diletakkan di dalam Kumpulan B bersama-sama Austria, Perancis dan Belanda.

Dalam perlawanan pertama, England telah mengalahkan Austria 3 - 2. Perlawanan seterusnya adalah menentang Belanda pada 21 Julai 2010.

Sunday 18 July 2010

Kata Seorang Kawan....

Pagi-pagi ni aku terima ungkapan kata-kata berikut di laman Facebook.....
... kesian kat kawan aku tu. Ada masalah agaknya dia?

Hindari Sifat iri Hati Dan Dengki Dalam Diri

(sambungan)

Perlu ditekankan sekali lagi perasaan dengki yang terdapat dalam diri seseorang itu tidak akan membahayakan atau mencacatkan orang atau individu yang menjadi sasaran, bahkan nikmat tersebut akan terus dinikmati orang tersebut, malah ia mungkin mendapat perlindungan dari Allah S.W.T. Mengikut pendapat Alim Ulamak sifat dengki ini boleh diatasi dengan amalan dan keinsafan diri. Salah seorang Ulamak Islam ada menyebut,

"Jika dalam jiwa kita ada perasaan iri hati terhadap seseorang, hendaklah kita puji perbuatan baiknya, jika kita ingin bersifat sombong, hendaklah kita cuba merendah diri, jika dalam hati kita ingin memusnahkan nikmat orang lain, hendaklah kita berdoa semoga nikmat orang itu ditambahkan, dan hendaklah kita meneladani orang-orang salaf, bila ia mendengar ada orang iri hati terhadap dirinya, maka dengan segera ia memberi hadiah kepada orang yang iri hati kepadanya".

(bersambung)

Eastbourne Borough..3 Brighton..2

Gol jaringan Agustin Battipiedi (minit ke-8) dan Radostin Kishishev (minit ke-70) tidak cukup untuk pasukan Brighton yang tewas kepada pasukan Eastbourne Borough 2 - 3 sebentar tadi.

Pengurus pasukan Gus Poyet menurunkan seorang lagi pemain percubaan iaitu Filipe Morais. Yang selebihnya adalah bayangan kesebelasan utama untuk musim akan datang. Minit ke-73, Poyet menurunkan pemain-pemain muda untuk menimba pengalaman.

Brighton: (4-5-1) Micheal Poke (Tom Godfrey 73); Inigo Calderon (George Hayward 73), Elphick (Cook 73), Gordon Greer (Sheriff 73), James Smith (Redwood 73); Elliott Bennett (Caskey 73), Kishushev (Thomson 73), Alan Navarro (Wilkins 73), Agustin Battipiedi (Barker 73), Filipe Morais (Erik Midtgarden 46); Ashley Barnes (Hider 73).