Friday, 23 July 2010

Sunderland..1 Brighton..1

Brighton & Hove Albion mempamerkan persembahan yang paling cemerlang setakat ini apabila mengikat pasukan Sunderland 1 - 1 dalam siri perlawanan persahabatan di Stadio Municipal de Albufeira, Portugal.

Pasukan Brighton diberikan penghormatan berdiri oleh semua penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut sewaktu meninggalkan padang. Brighton boleh berbangga dengan persembahan mereka semalam yang menunjukkan mereka adalah sebuah pasukan yang terbaik.

Gus Poyet memulakan perlawanan dengan menurunkan barisan terkuat termasuk tujuh pemain yang baru dibeli musim ini. Gol pasukan Brighton adalah hasil sepakan penalti oleh Glenn Murray pada minit ke-42. Manakala gol penyamaan buat pasukan Sunderland hadir pada minit ke-87 jaringan Frazier Campbell.

Albion: (4-4-2) Poke; Inigo Calderon (El-Abd 88), Elphick, Gordon Greer, Marcos Painter; Elliott Bennett (Filipe Morais 75), Navarro, Radostin Kishishev (Gary Dicker 69), Sparrow (Battipiedi 83); Glenn Murray, Ashley Barnes (Baz 83). Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Jamie Smith, Hall, Cook, Hart, Holroyd.

No comments:

Post a Comment