Tuesday 20 July 2010

Lagi Perlawanan Persahabatan

Kesebelasan Brighton & Hove Albion akan menentang Kingstonian di Kingsmeadow pada hari Jumaat, 23 Julai 2010, sepakmula jam 7.45 malam.

Pasukan ini dibentuk daripada pemain skuad utama yang tidak turut serta ke Portugal dan pemain-pemain pelapis tahun satu dan dua.

Pasukan yang sama juga akan menentang Eastbourne Town pada hari Selasa, 27 Julai 2010, sepakmula juga pada jam 7.45 malam.

Kemudian dalam minggu akhir perlawanan persabatan sebelum liga bermula, pasukan simpanan Brighton akan mempertahanan Trofi Roy Hayden dengan menentang pasukan Whitehawk.

Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Culver Road, pada hari Selasa, 3 Ogos 2010, sepakmula pada jam 7.45 malam

No comments:

Post a Comment