Friday, 23 July 2010

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

Islam memandang berat tentang kekeluargaan kerana keluarga adalah unit masyarakat kecil yang menjadi titik permulaan ke arah pembentukan mesyarakat yang lebih besar dan seterusnya sebuah negara yang aman dan harmoni.

Rumah tangga yang dibentuk di atas tapak yang kukuh, kesan baiknya akan menyerap ke dalam masyarakat seluruhnya. Asas pertalian sesebuah keluarga adalah bermula daripada pasangan suami isteri seterusnya melahirkan zuriat dan keturunan bersambungan semakin ramai dan menjadi penyambung generasi pewaris keluarga dan masyarakat.

Keindahan kesinambungan warisan kehidupan manusia ini telah disebut oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa dijadikan untukmu daripada dirimu itu berpasang-pasangan supaya kamu hidup tenang dengannya dan dijadikan di antara kamu berdua kesayangan dan kerahmatan. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi bukti iaitu tentang kebesaran Allah bagi yang mahu berfikir".
(bersambung)

No comments:

Post a Comment