Friday, 23 July 2010

Perkhidmatan Tren Komuter Sentul - Batu Caves - Sentul

Untuk makluman, orang ramai dipelawa untuk menaiki tren KTM Komuter bagi laluan Sentul ke Batu Caves dan Batu Caves ke Sentul secara PERCUMA ulangi PERCUMA mulai 29 Julai 2010 sehingga 4 Ogos 2010.

Bagi kedua-dua arah perjalanan, Tren Komuter tersebut akan berhenti di Stesen Batu Kentonmen, Kampung Batu dan Taman Wahyu selain Sentul dan Batu Caves.

Pelancaran Tren Pertama dari Sentul menuju ke Batu Caves ini akan diadakan pada 29 Julai 2010 jam 6.35 pagi.

No comments:

Post a Comment