Sunday, 26 June 2011

Stesen Keretapi Arau Ditutup?

Sewaktu aku bertugas di luar kawasan baru-baru, aku dihujani dengan banyak panggilan telefon dari kawan-kawan tentang penutupan Stesen Keretapi Arau. Aku yang tak tahu apa-apa tak mampu untuk menjawab semua soalan yang diajukan dengan segera.

Tetapi setelah aku mula bekerja di pejabat, barulah aku tahu perkara yang sebenarnya.

Untuk makluman kalian semua, Stesen Keretapi Arau bukanlah ditutup. Stesen Keretapi Arau masih beroperasi cuma tapak stesennya sahaja yang telah diubah ke lokasi baru, iaitu berhampiran dengan Kampung Titi Besi, tidak jauh dari stesen yang ada sekarang.

Stesen Arau yang lama akan diruntuhkan bagi memberi laluan kepada bangunan stesen yang baru sesuai dengan Projek Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar.

Stesen Arau yang baru kelak akan mempunyai platform sepanjang 300 meter, 200 petak tempat letak kereta, 50 petak meletak motosikal, kemudahan untuk OKU, tandas, surau, kiosk dan pelbagai lagi kemudahan untuk para pengguna keretapi.

Aku harap dengan penjelasan ini, kawan-kawan di luar sana dah faham dengan maksud 'Stesen Keretapi Arau Ditutup' tu. Raya dah dekat bro, rugilah KTMB kalau Stesen Arau ni ditutup. Ramai pelanggan dah beli tiket keretapi turun kat stesen ni. Nak tunggu Stesen Bukit Ketri dan Stesen Kodiang siap, lambat lagi. Jadi gunalah Stesen Keretapi Arau yang sementara di Kampung Titi Besi tu dulu.....

Gerai Kentang Amirul

Mengisi masa lapang dengan membuat kerja-kerja yang berfaedah memanglah baik, tambah-tambah lagi jika benda yang kalian buat tu boleh menghasilkan duit.

Inilah yang terjadi kepada anak buah aku di Johor Bahru tu. Dengan sedikit bantuan dan tunjuk ajar daripada adik bongsu aku, anak buah aku yang bernama Amirul ni dah boleh berniaga di sebuah gerai menjual 'Potato Spring'.

Gerai tempat Amirul berniaga setiap petang kecuali pada hari Ahad (sebab ada pasar malam)
Sebahagian peralatan yang telah siap disusun sebelum kehadiran pelanggan
Amirul sedang memulakan perniagaannya
Minyak dalam kuali dipanaskan terlebih dahulu untuk memudahkan kerja
Ubi kentang yang telah siap dicuci bersih sedang diproses untuk menjadikannya bergulung-gulung
Kelihatan ubi ketang sedang ditarik untuk menjadi seolah-olah seperti spring
Dah siap pun
Sebelum digoreng, ubi kentang tadi akan disalut dengan ramuan campuran tepung, air, serbuk kunyit, garam dan sebagainya
Pastikan ubi kentang tu semuanya telah disalut dengan campuran tepung
Ubii kentang bersalut tadi sedang digoreng
Pastikan ubi digoreng dengan api yang sederhana agar mendapat ubi kentang yang berwarna keemasan
Ubi kentang yang telah siap digoreng dan menunggu untuk dijual. Terdapat beberapa perisa yang boleh kalian pilih sesuai dengan citarasa masing-masing antaranya BBQ, Tomyam dan Cheese
Selamat Maju Jaya buat Amirul, semoga akan berjaya dalam bidang perniagaan satu hari nanti.

Zoo Johor

Zoo Johor yang terletak di Jalan Gertak Merah, Johor Bahru merupakah salah satu zoo yang tertua di Malaysia.

Mula dibina dalam tahun 1928 sebelum ianya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan dalam tahun 1960. Zoo ini dibuka kepada orang ramai dalam tahun 1962.

Notis peringatan kepada semua pengunjung
Peringatan kepada pengunjung yang sekadar menjadi peringatan
Panduan untuk memudahkan pengunjung melihat haiwan
Paparan sejarah ringkas tentang Zoo Johor
Papan kenyataan menunjukan beberapa spesis haiwan yang baru tiba di Zoo Johor
Gerai untuk menjamu selera juga ada disediakan
Rusa Bintik, antara haiwan yang baru menghuni di zoo ini
Pertunjukan dua ekor burung kakak tua yang diberi nama Tom dan Jerry
Orang ramai diberi peluang untuk memberi makan kepada tiga ekor unta
Papan tanda yang memaklumkan kepada pengguna tentang Aplikasi Teknologi Mikrob di Kolam Gajah Zoo Johor

Kandang gajah

Kandang keldai
Sepasang burung undan yang jinak
Sepasang angsa sedang berenang di dalam kolam buatan
Selain daripada dapat mengenal dan menyaksikan haiwan, pengurusan zoo juga ada menyediakan beberapa aktiviti air untuk para pengungjung beriadah