Showing posts with label am. Show all posts
Showing posts with label am. Show all posts

Monday, 8 January 2024

Tahun Baharu 2024

 

Selamat Tahun Baharu 2024 semoga tahun ini akan membawa kita semua ke jalan kebaikan dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Sempurnakan tugasan tahun 2023 yang masih belum selesai dengan sebaik mungkin dan laksanakan kerja-kerja yang dirancang pada tahun 2024 ini dengan teratur, terancang dan teliti demi untuk kebaikan bersama.
 
Selamat Tahun Baharu 2024

Program Baling Bercahaya 2024

PROGRAM BALING BERCAHAYA 2024

Dijemput kepada semua penduduk sekitar Baling, Kedah Darulaman dan Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan untuk hadir ke Tepian Titi Sungai Baling (yang ada tanam pokok kurma tu) pada petang dan malam ini untuk memeriahkan Program Baling Bercahaya 2024.


Program ini diadakan sempena pelancaran Takwin Kalender Pelancongan Daerah Baling Tahun 2024. 

Semua yang berminat dijemput hadir bersama keluarga.

Thursday, 2 February 2023

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar perkhidmatan data tanpa had untuk B40, veteran, OKU dan warga emas berharga RM69 sebulan mulai Mac 2023.

 


 

Sunday, 28 August 2022

Untuk Dikongsi Bersama

Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 65 bakal disambut dalam beberapa hari akan datang.
 
Tetapi tahukah kalian di luar sana tentang susunan yang betul bendera negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan yang ada dalam Malaysia?
 
Aku kongsikan bersama tentang susunan yang sebenar.
 
Semoga memberi manfaat kepada semua.
 
Sumber: Laman Sesawang Rasmi https://www.mkn.gov.my/

Wednesday, 4 May 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

  

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat serta rakan-rakan yang selalu mengunjungi blog saya ini.

Walaupun Aidil Fitri tahun ini disambut secara mengejut, tetapi kemeriahannya tetap dapat kita rasakan sama-sama.

Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

 
Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar

PENTADBIRAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

PENTADBIRAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN 
 
Hari Raya ni ramai yang pulang ke Telapak untuk "sebulek semulo" ( sebulat semula - makan minum tidur sebumbung adik beradik ipar lamai di rumah atas tanah pesaka) walaupun untuk beberapa hari chumo. 
 
Alhamdulillah. Sebulek Semulo. 
 
Antara lain ehwal penting yang dibicarakan sesama adik beradik tentunya perwarisan Tanah Pesaka Adat. 
 
Ada kalanya boleh jadi puncho perbalahan kalau tak sesamo faham. 
 
Oleh itu, sukocito Ayah Lang memberi nasihat guaman dan akademik percumo ( pro bono) ehwal ini bagi mereka yang memerlukan.
 
Ayah Lang mulakan dengan yang Togheh ( Teras) nya dahulu lah ya.
 
Peruntukan Undang Undang Bertulis.
 
1. Awal Mula Pertama Mula, Kuasa.
Kuasa Tertinggi dan Rayuan Ehwal Pentadbiran Tanah Adat terletak secara mutlak di Mahkamah Adat setiap Luak dan Wilayah seperti berikut yang di atas nya ialah : -
Tengku Besar Tampin - Wilayah Tampin
Undang Luak Johol - Luak Johol
Undang Luak Rembau - Luak Rembau
Undang Luak Jelebu - Luak Jelebu
Undang Luak Sg Ujung - Luak Sg Ujung ( pun begitu Sg Ujung tidak mempunyai Tanah Adat di bawah Enakmen Tanah Adat NS)
 
Ini mafhum serta ruang lingkup Fasal 181 Perlembagaan Persekutuan 1957 dan pindaan pindaan nya.
 
Oleh kerana statusnya ialah Fasal Perlembagaan Persekutuan, tiada sebarang Undang Undang , keputusan Executive ( Jemaah Menteri diperingkat Persekutuan, Exco NS, Ketua Pengarah dan Pengarah Agensi Persekutuan Dan Negeri ( by laws) ) yang boleh diperbuat dibawahnya yang boleh mencabar kuasa tersebut dalam semua ehwal, terutamanya ehwal Pentadbiran Tanah Adat.
 
Sebarang Undang Undang Persekutuan apa tah lagi Undang Undang dan Enakmen Negeri yang diluluskan bertentangan dengan kuasa ini dengan sendirinya Ultra Vires / terbatal kerana lobeyh pulak sudu pado kuah.
 
2. Kanun Tanah Negara 1963 ( betulkan saya akan tahun nya YBhg Datuk Nazri Mustafa ) Perkara 4.2. 1.a. pula menguatkan pengesahan Perlembagaan Persekutuan dengan secara nyata menyebut.... Tiada apa apa dalam Kanun ini, melainkan disebut secara nyata ( rang yang diluluskan di Parlimen dan diterima oleh YDPA) mencacat atau mengurang atau menafikan mana mana undang undang adat yang diterima pakai semasa"...
 
3. Small Estates Distribution Act 1923 Perkara 20 hingga 25 Special Provisions Relating to Negeri Sembilan.
Di bawah peruntukan peruntukan ini, semua ehwal kehidupan sosial NS berkaitan perwarisan tanah adat diperinchikan termasuklah yang sering diperolok kan masyarakat jahil sombong luar NS adat " Masuk Suku" - disebut Pentadbiran Inggeris sebagai Customary Adoption ( Bekodin - Berkadim - Orang Luar Suku, Anak Angkat, atau Anak Saudara Perempuan dari Abang atau Adik Lelaki Di "Cecah Darahnya" ke Suku Induknya ( ibu saudara sebelah Ayah).
 
Darah Kerbau atau/dan Kambing lah sekadar simbolik ( tergantung Kodin Aur Serumpun atau hanya Kodin Pinang Sebatang). Kalau darah manusia betul, dah jadi kes Mona Fandey pulak nanti. Satu kesalahan dibawah Kanun Acara Jenayah.
 
Dikesempatan ini juga sukacita saya menempelak golongan Jahil Sombong : -
1. Akademia Ketuanan Melayu Setengah Masak yang gemar memesong malah meluluskan thesis pelajar pelajar mereka yang menyimpulkan Pentadbiran Inggeris lah yang telah melemahkan Pentadbiran Adat Tanah Adat.
 
Saya menemui tanpa syak lagi sebaliknya. Politikawan, Tok Tok Adat Malas Membaca serta khianat amanah suku dan Pentadbir Pentadbir Tanah Pejabat Tanah berbangsa Melayu lah yang bersekongkol mencacatkan kesucian falsafah Tanah Adat.
 
2. Datuk Datuk Adat Pemalas Membaca dan Sentiasa Syak Kepada Orang Orang Luar Adat membuat kupasan dan ulasan.
 
3. Politikawan Tempatan mengambil kesempatan atas kelemahan 1, 2 dan 3 merogol sewenang Tanah Adat.
 
4. Paling Jahat - Orang Semenda. ( Menantu Tamak dan Berlagak Pandai. Satu lagi kes lebih sudu dari kuah.
Ehwal 1, sukacita saya simpulkan dengan berani bahawa Pentadbiran Inggeris lah yang telah mengukuhkan kedudukan Datuk Datuk Adat , Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin kerana tanpa pembukuan hukum adat dalam perkara perkara 20 hingga 25 SEDA 1923 alamat eyh tingga kolopey yo lah Tok Tok Undang mo Tok Tok Adat kito.
 
Adapun Inggeris memahami Pentadbiran Tanah Adat lebih baik dari fahaman Tok Tok Adat hatta Tok Tok Undang sekalipun ketika itu, ialah kerana tradisi Guaman dan English Legal System di England terlebih dahulu membukukan Konsep Trust dan Equity (Konsep Amanah dan Kesaksamaan) dalam semua Pentadbiran Undang Undang mereka sehingga tanpa Trust dan Equity, Pentadbiran Tanah England dan Wales akan lumpuh.
 
Itulah yang sedang berlaku di NS sekarang. Lumpuh. Lumpuh dek maleh berfikir dan membacho.
 
Sayugia, semuo pegangan tanah adat di bawah Enakmen Tanah Adat NS adalah dipegang dibawah Amanah.
 
Itu lah jugo sobab eyh Tanah Adat tidak boleh di : - inter alia ( antara lain nya)
1. Faraid - kerana tidak sempurna pemilikan nya untuk di Faraid. Malah bedoso di Faraidkan. Zalim pado Anak Anak Amanah ( Cestui Que Trust )
Faraid nieh cakap Arab. FA RA DA asalnyo. Fardhu. Fardhu atas waris simati menyelesaikan ehwal dunio arwah.
 
2. Tadbir oleh Kanun Tanah Negara secara total kerana The Curtain Principle dan The Mirror Principle KTN tidak terpakai sepenuhnya malah Teghombo yakni Salasilah Keluarga Matrilineal ( Nasab Ibu) yang disahkan oleh Buapak dan Penghulu Pesaka yang lebih utama dalam perbicaraan. Buleh angkek Curtain. Buleh tegheban buang Mirror as the Buapak and the Datuk Penghulu Pesaka deem fit.
 
Dalam perbicaraan pembahagian tanah adat, Tribunal Dato Penghulu Pesaka dan Pentadbir Tanah buleh ke hulu semulo( mengangkat Curtain dan membuang Mirror itu tadi ( Curtain dan Mirror ini kita pinjam dari Australia)
 
Andai bukan Tanah Pesaka Adat, Tribunal tidak ada daya dari sudut undang undang untuk ke hulu semula. The Curtain and Mirror Principles apply.
 
Malah dalam perbicaraan pembahagian Tanah Adat, ada positive duty nyata dibawah peruntukan Perkara 20 hingga 25 SEDA 1923, untuk disatukan semula pemilikan dibawah SATU suku dalam SATU Geran oleh Majistret dengan bantuan Dato Penghulu Pesaka.
 
Proses menyiasat transaction records ke hulu kes.
 
Adanya pelbagai Suku dalam satu Geran adalah Prima Facie ( sekilas pandang) menunjukan telah berlaku suatu pengkhianatan dalam pembahagian sebelum ini.
 
3. Tidak boleh dijual beli luar Perut apa tah lagi Suku tanpa seluruh ahli suku bersetuju secara bertulis terlebih dahulu.
 
4. Dipermainkan atau dibiarkan dipermain oleh Orang Semondo.
 
Pendekato, Pegangaan Tanah Adat ialah satu Amanah untuk Anak Anak Amanah bukan sahajo Seperut malah Sesuku Seluruh Kampung itu.
 
Cakap Omputeh under International Law eyh, kobun dian Omak kau tuh ialah The Common Heritage of Mankind Suku kau lah Jang Oi. Sodo sodo dalam suku itulah Cestui Que Trust eyh.
 
Orang Semondo, Oghang Agamo yang jumud dan bodoh sombong dan Loyar Loyar Bughok et al.... You can get lost !
Usah dibuek doso koghieng Syawal Syawal nieh. 
 
*Dipetik dari FB Mohammad Sahari pada 4 Mei 2022.

Saturday, 18 December 2021

Cuaca Hujan - Peringatan Buat Semua

Taufan Rai, salah satu ribut paling kuat yang melanda Filipina tahun ini, membadai Pulau Siargao di selatan Filipina petang kelmarin (16 Disember 2021), kata biro cuaca Filipina. 
 
Beribu-ribu penduduk di sepanjang laluannya terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.
 
Tiupan angin yang kencang daripada Taufan Rai telah membawa hujan lebat ke beberapa buah negeri terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur menyebabkan beberapa kawasan mula mengalami banjir.
 
Keluarga Malaysia yang prihatin dengan keselamatan rakyat Malaysia telah mengeluarkan beberapa amaran, peringatan dan  panduan bagi menghadapi bencana ini.




Keluarga Malaysia disaran untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Semoga Allah permudahkan segala urusan rakyat Malaysia.

Sunday, 12 December 2021

Mesyuarat Agong MRFC 2021


Bertempat di 'One Stop Centre' Ibu Pejabat KTMB pada 11 Disember 2021, telah berlangsung Mesyuarat Agong Kelab Peminat Keretapi Malaysia.

Seramai 20 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dimulakan pada jam 10 pagi.

Pendaftaran kehadiran

Semua ahli yang hadir telah dijamu dengan nasi lemak, kuih muih dan minuman seperti kopi tarik serta teh tarik. 


Antara agenda yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut adalah:

- Meluluskan Minit Mesyuarat Agong yang terdahulu.
- Meluluskan Penyata Kewangan.
- Pemberitahuan tentang aktiviti yang dijalankan.
- Membincangkan tentang keahlian kelab.
- Membincangkan tentang caramana untuk menambah sumber kewangan kelab.
- Melengkapkan laporan tahunan.
- Pembubaran EXCO terdahulu.
- Perlantikan EXCO yang baharu.
 
Pelbagai perkara telah dibangkitkan oleh ahli-ahli yang hadir. 
 
Sungguhpun begitu Pengerusi Mesyuarat, Presiden dan Setiausaha Kelab telah dapat menjawab semua soalan yang diajukan.
Mesyuarat dijalankan dalam keadaan hangat tetapi terkawal.
 
Ahli-ahli yang hadir sedang mengundi
 
Minit Mesyuarat tersebut akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kelab, Saudara Mohd Syukri dalam sedikit masa lagi.
 
 
Senarai EXCO MRFC Sesi 2021/23 terdiri dari gabungan muka baru dan muka lama dalam kelab.

Presiden Kelab, Saudara Faizal Farid telah menangguhkan mesyuarat pada jam 12.10 tengahari. 
 
 
Mesyuarat Agong seterusnya dijangka akan diadakan pada tahun 2023.

Monday, 30 August 2021

Merdeka Merdeka Merdeka

Alhamdulillah... dalam beberapa jam dari saat ini, Malaysia akan menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan Yang Ke 64.

Merdeka kah kita?

Tepuk dada tanya hati. Dengan negara masih lagi bertungkus lumus menangani masalah Covid-19, para pemimpin parti-parti politik juga berkerja keras dalam usaha untuk memegang tampuk pemerintahan negara.

Syukurlah, hari ini kita telah mendapat kepimpinan yang baharu. Namun begitu, masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong. Apa nak jadi dengan dunia politik Malaysia?

Ayuh kita sama-sama berjuang untuk melawan Covid-19 untuk kembali mengharungi hidup seperti sebelum ini. Kita semua mahukan keselesaan hidup di dunia dan di akhirat. Kemelut politik tak akan berakhir sampai bila-bila.

Menghayati kemerdekaan negara adalah lebih bagus kerana ianya membawa kita ke masa silam tentang betapa sukarnya para pemimpin masa dahulu mahu meyakinkan British bahawa mereka boleh memimpin Malaya dan seterusnya membawa Malaya ke mercu kejayaan di mata dunia.

Hari ini, Malaysia sudah semakin terkenal dan dihormati oleh semua negara dalam dunia ini. Banyak jawatan-jawatan penting yang dipegang oleh anak-anak Malaysia. Tak kurang juga ramai anak-anak Malaysia yang menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing di beberapa negara maju.

Kita tak akan merdeka selagi kita mempunyai hasad dengki dan iri hati di kalangan kita rakyat Malaysia. Menjiwai kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang tetapi lebih dari itu.

Kembalilah kita ke landasan yang sebenar dalam membawa Malaysia terus menjadi antara negara yang terbaik di dunia.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Monday, 12 April 2021

Selamat Berpuasa

Salam Sejahtera.

Diam tak diam, esok umat Islam di Malaysia dan di beberapa negara lain di dunia akan mula berpuasa. Pada tahun ini, jangkanya cuaca baik dan sedikit hujan di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berpuasa bukan sekadar tidak makan atau tidak minum di waktu siang, tetapi ia merangkumi penjagaan terhadap seluruh anggota badan seperti menjaga mata dari melihat perkara haram, menjaga lidah dari berkata perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendengar perkara haram seperti umpatan kecuali disusuli dengan benci terhadap umpatan tersebut.

Berpuasa juga dapat menginsafkan diri kita terhadap orang-orang Islam yang berada di dalam keadaan serba kekurangan, berpuasa dalam suasana perang, berpuasa dalam keadaan kebuluran, berpuasa tatkala dalam pelbagai tekanan oleh pemerintah dan macam-macam lagi.

Syukurlah.... di Malaysia ini kita semua dapat berpuasa dengan sempurna tanpa ada gangguan dari sesiapa. Makanan dan minuman melimpah ruah dan tiada sekatan dalam melakukan ibadah walaupun pada masa ini beberapa arahan perlu dipatuhi sesuai dengan saranan Kerajaan Malaysia untuk memutuskan rangkaian Covid 19.

Berpuasa di bulan Ramadan dengan muhasabah diri banyak mendidik hati dan jiwa serta fikiran manusia bagi mendapat tenaga untuk melaksanakan ibadah dan pekerjaan seharian. Kita sebagai manusia boleh belajar daripada pengalaman masa lalu, masa kini dan memanfaatkan keadaan sekarang dan merancang untuk kejayaan masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga Rukun Islam yang ketiga ini dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin oleh kita semua. InsyaAllah. 

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada.

Thursday, 31 December 2020

Selamat Tahun Baharu 2021

 SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

SEMOGA TAHUN BAHARU INI AKAN MEMBAWA 

LEBIH BANYAK KEBAIKAN UNTUK KITA SEMUA.

 



Monday, 31 August 2020

Thursday, 27 August 2020

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2021 Bagi Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Permohonan Kemasukan ke MRSM Tahun 2021 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah dibuka mulai 24 Ogos 2020 hingga 4 Disember 2020.

Permohonan secara online boleh dibuat pada bila-bila masa.




 

Apa khabar?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Harapan saya agar semua yang di luar sana berada dalam keadaan yang sihat dan dijauhi dari penyakit berjangkit seperti Covid-19.

Banyak yang ingin saya kongsikan bersama kalian tetapi untuk kali ini saya cuma ingin bertanya khabar sahaja. 

Jumpa lagi selepas ini.


Thursday, 4 February 2016

Aku Kembali.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya aku kembali menulis di dalam blog ini. Aku menyepi kerana aku dihimpit dengan berbagai ujian yang memaksa aku menempuhinya dengan tabah.

Tak perlulah aku ceritakan apa yang telah berlaku kerana aku masih lagi dalam proses mengembalikan diri aku ini seperti dahulu.

Terima kasih kepada semua yang telah bertanya khabar, memberi sokongan moral, membantu di kala aku dalam kesusahan dan kesulitan.

Aku akan terus menulis.....

Monday, 13 April 2015

Jumpa Kembali

Banyak perkara yang telah berlaku sewaktu aku menyepi dari menulis blog ini. Bukan aku sudah tidak mahu menulis, tetapi aku mahu melihat sejauh mana aku boleh bertahan tanpa menemui kalian... ternyata aku gagal kerana aku tidak dapat berkongsi cerita yang telah aku lalui sedangkan kalian meneruskan penghidupan kalian seperti biasa.

Aku lebih banyak menulis di Facebook lantaran ada ramai kawan di sana, tetapi menulis di sini adalah lebih baik kerana isi kandungannya mudah untuk dicari semula.

Pernah seorang kawan bertanya, apakah perbezaan antara blog dengan FB? Pada aku kedua-duanya tidak punya berbezaan kerana kedua-duanya berfungsi untuk menyebarkan maklumat....

Tepuk daya tanya hati......

Friday, 6 June 2014

Port Dickson Railway Challenge 2014

Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini. Malangnya aku rasa tarikh tutup pendaftaran dah lepas. Cuma kalian boleh beri sokongan dengan menonton pertandingan ini pada 14 dan 15 Jun 2014 nanti. Bersama-samalah kita menggalakkan pelancongan di negara kita ini.