Alhamdulillah... dalam beberapa jam dari saat ini, Malaysia akan menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan Yang Ke 64.
Merdeka kah kita?
Tepuk dada tanya hati. Dengan negara masih lagi bertungkus lumus menangani masalah Covid-19, para pemimpin parti-parti politik juga berkerja keras dalam usaha untuk memegang tampuk pemerintahan negara.
Syukurlah, hari ini kita telah mendapat kepimpinan yang baharu. Namun begitu, masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong. Apa nak jadi dengan dunia politik Malaysia?
Ayuh kita sama-sama berjuang untuk melawan Covid-19 untuk kembali mengharungi hidup seperti sebelum ini. Kita semua mahukan keselesaan hidup di dunia dan di akhirat. Kemelut politik tak akan berakhir sampai bila-bila.
Menghayati kemerdekaan negara adalah lebih bagus kerana ianya membawa kita ke masa silam tentang betapa sukarnya para pemimpin masa dahulu mahu meyakinkan British bahawa mereka boleh memimpin Malaya dan seterusnya membawa Malaya ke mercu kejayaan di mata dunia.
Hari ini, Malaysia sudah semakin terkenal dan dihormati oleh semua negara dalam dunia ini. Banyak jawatan-jawatan penting yang dipegang oleh anak-anak Malaysia. Tak kurang juga ramai anak-anak Malaysia yang menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing di beberapa negara maju.
Kita tak akan merdeka selagi kita mempunyai hasad dengki dan iri hati di kalangan kita rakyat Malaysia. Menjiwai kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang tetapi lebih dari itu.
Kembalilah kita ke landasan yang sebenar dalam membawa Malaysia terus menjadi antara negara yang terbaik di dunia.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
No comments:
Post a Comment