Thursday, 2 September 2010

Brighton & Hove Albion..0 Leyton Orient..2

Brighton kurang bernasib baik apabila tersingkir di Pusingan Pertama Trofi Johnstone's Paint kepada Leyton Orient 0 - 2 di Stadium Withdean, awal pagi tadi.

Membuat dua pertukaran pemain dari kesebelasan utama yang menang 2 - 1 ke atas Walsall, hujung minggu lalu nyata tidak memberi banyak kelebihan buat Brighton.

Midfielder Liam Bridcutt membuat penampilan pertama bersama Brighton, menggantikan Agustin Battipiedi.

Matt Sparrow juga kembali dari penggantungan tiga perlawanan, mengambil tempat Radostin Kishishev, yang mengalami kecederaan.

Gol - gol pasukan Leyton Orient adalah hasil jaringan Dean Cox minit ke-21 dan Ryan Jarvis pada minit ke-47.

Seramai 3,124 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd (Jamie Smith 53), Painter; Bennett, Bridcutt, Dicker, Sparrow; Barnes (Hart 67), Murray (Baz 53). Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Battipiedi.

Tuesday, 31 August 2010

Pemain Baru Brighton & Hove Albion

Dalam usaha pengurus pasukan Gus Poyet untuk memantapkan lagi pasukan Brighton & Hove Albion, beliau telah mendapatkan dua pemain secara kontrak tetap dan pinjaman. Pemain - pemain yang dimaksudkan adalah Liam Bridcutt dan Kazenga LuaLua.

Brighton & Hove Albion telah mendapatkan tandatangan bekas pemain tengah Chelsea, Liam Bridcutt untuk kontrak tetap selama lima bulan pada 28 Ogos 2010.

Pemain berusia 21 tahun itu yang lahir dari pasukan belia Chelsea itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan tempat bersama pasukan utama Chelsea dan dilepaskan pada musim panas yang lalu. Sewaktu di Stamford Bridge, Bridcutt telah dipinjamkan ke Watford, Yeovil Town dan Stockport County.

Sementara itu pada 30 Ogos 2010, Poyet telah mendapat khabar gembira apabila Newcastle United telah bersetuju untuk meminjam semula pemain sayap, Kazenga LuaLua sehingga 31 Disember 2010.

LuaLua yang berusia 19 tahun akan menyertai pemain-pemain yang lain di Falmer (padang latihan pasukan Brighton) hari ini sebagai persiapan bagi menghadapi pertembungan dengan Leyton Orient dalam pertandingan Trofi Johnstone's Paint malam esok (Rabu, 1 September 2010) di Stadium Withdean.


LuaLua sewaktu dipinjam oleh Brighton pada musim lalu, telah bermain sebanyak 11 kali dan membuktikan yang beliau adalah seorang pemain yang berkebolehan.

Brighton & Hove Albion..2 Walsall..1

Pada 28 Ogos 2010 di Stadium Withdean, pasukan Brighton mencatat kemenangan kedua dalam liga musim ini apabila menumpaskan Walsall 2 - 1.

Albion membuat satu pertukaran kepada barisan yang tewas 0 - 1 kepada Sheffield Wednesday minggu lalu, dengan Agustin Battipiedi tersenarai di bahagian tengah. Ini adalah perlawanan pertama buat bintang dari Argentina tersebut di dalam Liga Satu, mengambil tempat Jamie Smith yang hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Liam Bridcutt juga tersenarai sebagai pemain simpanan sesudah menandatangi perjanjian lima bulan bersama Brighton semalam.

Ashley Barnes memulakan jaringan buat Brighton pada minit ke-68 sebelum Marcos Painter menanduk masuk hantaran Elliott Bernett pada minit ke-80. Ini merupakan gol pertama Painter dalam kariernya bersama pasukan senior.

Gol tunggal Walsall dijaringkan oleh Jon Macken pada minit ke-90 perlawanan.

Seramai 6,474 datang menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-7 liga dengan mengumpulkan 7 mata hasil daripada 4 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah pada 1 September 2010 di tempat sendiri menentang Leyton Orient dalam Pusingan Pertama Trofi Johnstone's Paint Zon Selatan

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett (Holroyd 90+1), Kishishev, Dicker, Battipiedi (Jamie Smith 59); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Baz, Hart, Cook, Bridcutt.

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.

Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00

Merdeka Merdeka Merdeka


Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Sabda Rasulullah lagi mengenai konsep pemilihan ini iaitu maksudnya:

"Janganlah kamu mengahwini wanita itu kerana rupa parasnya yang cantik, mungkin rupa paras itu akan membawa kehancuran. Janganlah kamu kahwini wanita itu kerana hartanya, kemungkinan harta itu akan membawa kezaliman. Tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. Seorang wanita hamba lagi hitam yang menghayati agama, sesungguhnya itu lebih baik." Riwayat Ibnu Majah.

Begitu juga pihak wanita mestilah membuat pilihan yang mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam ketika mereka didatangi rombongan merisik pihak lelaki. Pilihlah di kalangan mereka yang akan membawa kebahagiaan kepada anak perempuan kita.

(bersambung)

Sheffield Wednesday..1 Brighton & Hove Albion..0

Brighton tewas buat kali pertama musim ini di tangan Sheffield Wednesday 0 - 1 dalam perlawanan yang telah berlangsung di Hillsbrough, Sheffield pada 21 Ogos 2010.

Gol tunggal perlawanan adalah jaringan Giles Coke pada minit ke-38.

Gus Poyet hanya membuat satu perubahan pada kesebelasan utama yang seri 2 - 2 ketika menentang Rochdale pada minggu sebelumnya. Adam El-Abd kembali menerajui bahagian tengah pertahanan, menggantikan Gordon Greer yang digantung tiga perlawanan.

Steve Cook disenaraikan sebagai pemain simpanan bersama - sama pemain antarabangsa bawah 17 tahun England, Jake Caskey.

Seramai 18.674 orang penonton hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung dalam keadaan panas terik.

Brighton berkedudukan di tangga ke-11 Liga Satu npower dengan mengumpulkan 4 mata dari 3 perlawanan.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Dicker, Kishishev (Baz 78), Jamie Smith (Battipiedi 72); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Hart, Holroyd, Caskey, Cook.