Tuesday 31 August 2010

Pemain Baru Brighton & Hove Albion

Dalam usaha pengurus pasukan Gus Poyet untuk memantapkan lagi pasukan Brighton & Hove Albion, beliau telah mendapatkan dua pemain secara kontrak tetap dan pinjaman. Pemain - pemain yang dimaksudkan adalah Liam Bridcutt dan Kazenga LuaLua.

Brighton & Hove Albion telah mendapatkan tandatangan bekas pemain tengah Chelsea, Liam Bridcutt untuk kontrak tetap selama lima bulan pada 28 Ogos 2010.

Pemain berusia 21 tahun itu yang lahir dari pasukan belia Chelsea itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan tempat bersama pasukan utama Chelsea dan dilepaskan pada musim panas yang lalu. Sewaktu di Stamford Bridge, Bridcutt telah dipinjamkan ke Watford, Yeovil Town dan Stockport County.

Sementara itu pada 30 Ogos 2010, Poyet telah mendapat khabar gembira apabila Newcastle United telah bersetuju untuk meminjam semula pemain sayap, Kazenga LuaLua sehingga 31 Disember 2010.

LuaLua yang berusia 19 tahun akan menyertai pemain-pemain yang lain di Falmer (padang latihan pasukan Brighton) hari ini sebagai persiapan bagi menghadapi pertembungan dengan Leyton Orient dalam pertandingan Trofi Johnstone's Paint malam esok (Rabu, 1 September 2010) di Stadium Withdean.


LuaLua sewaktu dipinjam oleh Brighton pada musim lalu, telah bermain sebanyak 11 kali dan membuktikan yang beliau adalah seorang pemain yang berkebolehan.

No comments:

Post a Comment