Tuesday, 31 August 2010

Brighton & Hove Albion..2 Walsall..1

Pada 28 Ogos 2010 di Stadium Withdean, pasukan Brighton mencatat kemenangan kedua dalam liga musim ini apabila menumpaskan Walsall 2 - 1.

Albion membuat satu pertukaran kepada barisan yang tewas 0 - 1 kepada Sheffield Wednesday minggu lalu, dengan Agustin Battipiedi tersenarai di bahagian tengah. Ini adalah perlawanan pertama buat bintang dari Argentina tersebut di dalam Liga Satu, mengambil tempat Jamie Smith yang hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Liam Bridcutt juga tersenarai sebagai pemain simpanan sesudah menandatangi perjanjian lima bulan bersama Brighton semalam.

Ashley Barnes memulakan jaringan buat Brighton pada minit ke-68 sebelum Marcos Painter menanduk masuk hantaran Elliott Bernett pada minit ke-80. Ini merupakan gol pertama Painter dalam kariernya bersama pasukan senior.

Gol tunggal Walsall dijaringkan oleh Jon Macken pada minit ke-90 perlawanan.

Seramai 6,474 datang menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-7 liga dengan mengumpulkan 7 mata hasil daripada 4 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah pada 1 September 2010 di tempat sendiri menentang Leyton Orient dalam Pusingan Pertama Trofi Johnstone's Paint Zon Selatan

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett (Holroyd 90+1), Kishishev, Dicker, Battipiedi (Jamie Smith 59); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Baz, Hart, Cook, Bridcutt.

No comments:

Post a Comment