Wednesday, 20 June 2012

Jawatan Kosong - Tukang K2

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

TUKANG K2

KELAYAKAN
  1. Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
  2. Mempunyai sijil kemahiran daripada IKM, ILP atau mana-mana institusi yang setaraf.
  3. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dari mana-mana institusi kemahiran.
  4. Keutamaan pada bidang elektrikal, elektronik dan mekatronik.
KRITERIA PEMILIHAN
  1. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  2. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  3. Sedia bertukar ke mana-mana lokasi di rangkaian KTMB.
  4. Bermotivasi serta boleh bekerja dengan penyeliaan yang minima.
  5. Bersedia dipanggil pada bila-bila masa untuk kerja-kerja kecemasan.
SPESIFIKASI TUGAS
  1. Memasang / menyelenggara serta menguji peralatan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.
  2. Menjalankan tugas-tugas ketukangan mengikut spesifikasi tugas yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing.
  3. Membuat laporan kepada penyelia segala kerosakan dan kemalangan yang berlaku serta merekod aktiviti penyenggaraan yang dilakukan.
  4. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa ke semasa.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, kelulusan beserta dengan salinan sijil yang berkaitan dan bagi calon luar hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 2 Julai 2012 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Semakan Jadual Baru KTM Komuter

Bermula 18 Jun 2012, KTM Komuter akan beroperasi dengan sedikit pindaan pada waktu berlepas bagi semua laluan perkhidmatannya.  Pindaan ini dibuat bagi menyesuaikan penggunaan kedua-dua tren sediaada iaitu tren 3 gerabak dan penambahan tren baharu 6 gerabak MyKomuter yang mula diperkenalkan pada bulan Mac yang lalu.

Walau bagaimanapun KTM Komuter masih mengekalkan kekerapan sediaada iaitu setiap 15 minit pada waktu puncak di sektor antara Batu Caves – Klang - Batu Caves dan Bangi - Sungai Buloh - Bangi. Kekerapan perkhidmatan di lain-lain sektor ialah setiap 30 minit sepanjang hari.

Seiring dengan perlaksanaan jadual baru ini juga, perkhidmatan tren baru 6 gerabak MyKomuter akan memulakan perkhidmatan dari Sungai Gadut ke Rawang dan Rawang ke Sungai Gadut.

Terima kasih.

Nota : Anda boleh rujuk kepada rajah di bawah untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 19 June 2012

Drama - Cikgu Limau Kasturi

Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari akhirnya hari ini dapat juga aku menonton drama TV yang bertajuk 'Cikgu Limau Kasturi'. Banyak yang dapat aku pelajari bila selesai menonton drama tersebut.

Tapi yang ingin aku kongsi dengan kalian pada ketika ini adalah gambar dua buah lokomotif lama yang terlibat dalam pembikinan drama tersebut.

Lokomotif 21104 SUNGEI BESUT

Lokomotif 21210 SUNGEI KELANG
Dalam drama yang penggambarannya dilakukan di Stesen Limau Kasturi, ada banyak babak yang melibatkan tren lokal dan tren Sumpitan Emas. Koc-koc lama terutamanya gerabak relkar yang diubahsuai sebagai koc juga dapat kalian saksikan.

Seronok dapat tonton kembali drama lama ini. Terima kasih kepada insan yang sudi untuk berkongsi drama ini di youtube....  .

Sunday, 17 June 2012

Selamat Hari Bapa

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku
Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah
Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua
Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela
Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Oh... Ayah
Oh... Ayah