Saturday, 29 August 2009

11 Amalan terbalik.. Betulkan segera!

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Millwall..1 Brighton..1

Pasukan Brighton And Hove Albion berjaya mencuri satu mata di The Den apabila seri 1 - 1 dengan pasukan tuan rumah, Millwall.

Gol Brighton adalah hasil tandukan Nicky Forster pada minit ke-70.

Nicky Forster dalam perlawanan malam tadi

Dalam perlawanan ini, pengurus pasukan Russell Slade telah menyenaraikan semula penjaga gol utama Michel Kuipers untuk beraksi, begitu juga dengan Adam El-Abd yang kembali mengemudi bahagian pertahanan. Sementara Gary Hart serta David Livermore hanya diletakkan sebagai pemain simpanan.

Pasukan Brighton kini menghuni tangga ke 22 dalam Liga Coca Cola Bahagian 1, naik satu anak tangga dari kedudukan liga sebelum ini.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Whing, Virgo, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett, Crofts, Navarro (Dicker 46), Cox (M Wright 87); Forster (Hart 77), Dickinson. Pemain simpanan yang lain: G Smith, Davies, Thornhill, Livermore

Wednesday, 26 August 2009

Tahukah Anda


Stesen Keretapi Kuang

Stesen Keretapi Kuang adalah stesen pertama siap dibina dalam Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang.

Stesen keretapi yang terletak di Km 362.970 di antara Rawang - Sungai Buloh ini mula dibina pada 25 Jun 1991 dan siap sepenuhnya pada 20 Julai 1992.

Stesen ini mempnyai 2 buah platform sepanjang 158 meter setiap satu dan dihubungkan dengan sebuah jambatan pejalan kaki berbumbung .

Pelbagai kemudahan disediakan termasuk tempat letak kereta, balai menanti, kaunter tiket berhawa dingin, kantin, bilik tetamu, bilik sembahyang, tandas serta sistem lampu yang sesuai.

Selain daripada itu, turut ditempatkan juga Pejabat Pengurus Stesen, Pejabat Bungkusan, Bilik Persemboyanan dan Komunikasi, Bilik generator, Bilik Bateri, Bilik Utility dan Bilik Relay.

Yad Stesen Kuang melibatkan panjang hampir 1 km iaitu dari km 363.700 hingga km 362.700 yang mempunyai 2 landasan utama, 2 landasan gelong dan 2 landasan sisian.

Signboard Part 10

Sesungguhnya makin jauh perjalanan, semakin banyak pengetahuan dan ilmu yang baru dapat diperolehi. Begitu juga dalam siri 'Signboard' ini yang rasanya telah selesai 80% signboard yang terdapat di dalam jajaran KTMB telah disiarkan di sini.

Aku tidak berkesempatan untuk mendapatkan signboard untuk laluan dari Penanti ke Alor Setar. Insyallah, jika ada kelapangan akan aku rakamkan semua signboard stesen yang terdapat di sepanjang laluan tersebut.

Monday, 24 August 2009

Mengenali Gerabak - Bogie Motor Van (BMV)

Salah sebuah BMV yang masih boleh anda lihat di Stesen Arau.

Description of Wagon: Bogie Motor Van No. 0616
Code: B.M.V
Carrying Capacity: 30 Ton
Type of Underframe: Steel
Diameter of Wheels: 2 ft 9 1/2 ins
Length Overall: 42 ft 9 1/4 ins
Length of Body Inside: 39 ft
Width of Body Inside: 7 ft 5 ins
Height of Floor from Rail Level: 3 ft 4 5/8 ins
Average Weight Tare: 17 ton
Average Weight (Fully Loaded): 47 ton 9 cwt


Tahukah Anda


KTM KOMUTER BERMULA - Keretapi Elektrik Pertama Malaysia Menjadi Realiti

Perkhidmatan komersial KTM Komuter sudahpun bermula. Laluan pertama ialah bagi sektor Rawang - Kuala Lumpur - Rawang. Pada hari Isnin, 14 Ogos 1995, dua set EMU masing - masing meninggalkan Stesen Rawang pada jam 6.15 pagi dan Stesen Kuala Lumpur pada jam 6.27 pagi untuk memulakan larian komersial pertama yang penuh bersejarah.

Bersejarah kerana KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang pertama diperkenalkan dalam industri perkeretapian di Malaysia.

Sebelum perkhidmatan komersial ini dimulakan, orang ramai telah diberi peluang untuk menaiki KTM Komuter secara percuma selama sembila hari dari 3 - 11 Ogos 1995.

Pada 3 Ogos juga, satu larian promosi khas juga telah diadakan bagi para jemputan istimewa yang terdiri daripada pengarang - pengarang media, kumpulan - kumpulan pencinta alam, persatuan - persatuan pengguna, ahli - ahli akademik, agensi - agensi kerajaan seperti Polis, Bomba, pihak hospital, Pelancongan malaysia, DBKL dan penguasa - penguasa tempatan, ketua - ketua kampung, pengetua - pengetua sekolah dan wakil - wakil dari sektor swasta.

Sebanyak 18 set EMU digunakan untuk peringkat permulaan manakala 44 set lagi tiba secara beperingkat - peringkat dari Afrika Selatan dan Republik Korea.

Sunday, 23 August 2009

Brighton..2 Stockport County..4

Minggu malang Brighton & Hove Albion berterusan apabila tewas di tempat sendiri kepada pasukan Stockport County 2 - 4.

Dua gol pasukan Brighton adalah hasil jaringan Nicky Forster (minit ke-28) dan Liam Dickinson (minit ke-59) .

Sewaktu pengadil perlawanan Stephen Gill meniup wisel penamat, Brighton hanya bermain dengan sembilan orang setelah Tommy Elphick (minit ke-62) dan Colin Hawkins (minit ke-65) dibuang padang.

Dengan keputusan ini, bermakna pasukan Brighton terus menghuni tempat ke-23 dalam Liga Coca Cola Bahagian Satu.

Albion: (4-4-2) G Smith; Virgo, Tunnicliffe, Elphick, Whing; Bennett (M Wright 58), Navarro, Crofts, Cox (Hawkins 63); Forster (Dicker 67), Dickinson. Pemain simpanan yang lain: El-Abd, Walker (GK), Thornhill, Davies.

Toomy Elphick (baju merah) sedang bergelut dengan seorang pemain Stockport County