Wednesday 26 August 2009

Tahukah Anda


Stesen Keretapi Kuang

Stesen Keretapi Kuang adalah stesen pertama siap dibina dalam Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang.

Stesen keretapi yang terletak di Km 362.970 di antara Rawang - Sungai Buloh ini mula dibina pada 25 Jun 1991 dan siap sepenuhnya pada 20 Julai 1992.

Stesen ini mempnyai 2 buah platform sepanjang 158 meter setiap satu dan dihubungkan dengan sebuah jambatan pejalan kaki berbumbung .

Pelbagai kemudahan disediakan termasuk tempat letak kereta, balai menanti, kaunter tiket berhawa dingin, kantin, bilik tetamu, bilik sembahyang, tandas serta sistem lampu yang sesuai.

Selain daripada itu, turut ditempatkan juga Pejabat Pengurus Stesen, Pejabat Bungkusan, Bilik Persemboyanan dan Komunikasi, Bilik generator, Bilik Bateri, Bilik Utility dan Bilik Relay.

Yad Stesen Kuang melibatkan panjang hampir 1 km iaitu dari km 363.700 hingga km 362.700 yang mempunyai 2 landasan utama, 2 landasan gelong dan 2 landasan sisian.

1 comment:

  1. Depoh Pengagihan Simen CIMA (Perusahaan Simen Negara Berhad/Cement Industries of Malaysia Berhad) Kuang siap dibina pada sekitar 1994/1995. Mulai detik tersebut, destinasi Tren-Tren Blok Simen Portland Biasa dan Simen Tampal Pukal CIMA ada tiga yakni Bukit Tengah, Setia Jaya, dan Kuang sendiri. Nombor Tren-Tren Blok Simen Pukal CIMA ketika itu ialah 431 Turun, 432 Naik, 433 Turun, 434 Naik, 435 Turun, dan 436 Naik.

    Pada tahun 1999, Depoh Pengagihan Simen CIMA Setia Jaya kena tutup! Antara faktor penutupan depoh tersebut ialah lokasinya terlalu dekat dengan Kawasan Perumahan SUNWAY Mentari! Tren Blok Simen Pukal CIMA ke Setia Jaya ketika itu, Tren Nombor 305 Turun dan 306 Naik dilarikan setakat Kuang saja. Apa yang saya tau, jadual ke Setia Jaya masih sama, cuma 305 Turun dan 306 Naik dilarikan setakat Kuang saja. :D :D :D

    ReplyDelete