Sunday 13 April 2014

Jawatan Kosong - Penyelia Medan Letak Kereta Seremban 2

KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak 1995. Syarikat ini  mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :

PENYELIA
MEDAN LETAK KERETA SEREMBAN 2

SYARAT KELAYAKAN
  • Berumur  di antara  25 - 35 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai Diploma Pengurusan Bangunan / Diploma Pengurusan Perniagaan dari institusi-institusi pengajian yang diiktiraf.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman sekurang kurangnya 2 tahun dalam bidang pengurusan bangunan dan medan letak kereta adalah satu kelebihan.
  • Mahir dalam mengendalikan Komputer.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Bermotivasi, berdisiplin serta boleh bekerja bersendirian / tanpa pengawasan.
SYARAT KELAYAKAN
a)    Calon hendaklah memuat turun borang permohonan pekerjaan dalam fail PDF yang disertakan(Klik unutk muat turun borang di sini). Borang yang telah lengkap diisi beserta gambar ukuran pasport hendaklah diemailkan semula ke ktmbcp@gmail.com  pada atau sebelum jam 12.00 tengahari 16hb. April 2014.
b)    Hanya calon yang memenuhi syarat asas sahaja layak untuk memohon.
c)    Panggilan untuk temuduga hanya akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun panggilan telefon sahaja. Sila pastikan nombor telefon yang diberikan adalah betul.
d)    Sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian 03-2263 1470 / 1471.

Jawatan Kosong - Juruwang (Kontrak) Medan Letak Kereta Seremban 2

KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak 1995. Syarikat ini  mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :JURUWANG (KONTRAK) MEDAN LETAK KERETA SEREMBAN 2

SYARAT KELAYAKAN
  • Berumur  di antara  18 - 25 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mahir dalam mengendalikan Komputer.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Bermotivasi, berdisiplin serta boleh bekerja bersendirian / tanpa pengawasan.

SYARAT KELAYAKAN

a)    Calon hendaklah memuat turun borang permohonan pekerjaan dalam fail PDF yang disertakan (Klik di sini untuk muat turun borang). Borang yang telah lengkap diisi beserta gambar ukuran pasport hendaklah diemailkan semula ke ktmbcp@gmail.com pada atau sebelum jam 12.00 tengahari 16hb. April 2014.