Thursday, 26 November 2009

Teknologi Keretapi Pendular

Impian.....

Yang menjadi kenyataan....................
Syabas dan tahniah buat KTMB atas pencapaian ini. Moga keretapi akan menjadi pengangkutan pilihan nombor 1 kepada rakyat Malaysia di masa akan datang.

Norwich City..4 Brighton..1

Kunjungan Brighton ke Carrow Road, Norwich pada malam Selasa lalu (24 Nov 09), berakhir dengan kedukaan.

Kekalahan 1 - 4 kepada pasukan Norwich City di hadapan kira - kira 24,670 orang penonton sekadar mengekalkan pasukan Brighton di tangga ke 20 liga.

Gol tunggal Brighton adalah hasil jaringan James Tunnicliffe pada minit yang ke-61, yang juga gol peribadinya yang kedua musim ini.

Albion: (4-4-2) Smith (GK); Whing (Hoyte 86), Elphick, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett, Crofts, Dicker, Cox (McLeod 46); Dickinson, Murray (C Davies 84). Pemain simpanan yang lain: Pelling (GK), Navarro, Hart, Virgo.

Tuesday, 24 November 2009

Cuti Sekolah Bersama KTM

Cuti sekolah hujung tahun telah bermula. Ramai yang membawa keluarga menaiki keretapi ke pelbagai destinasi dengan selesa dan cepat.

Aku lihat hampir setiap hari tren - tren ekspres dipenuhi dengan penumpang - penumpang yang nampaknya mula ghairah kembali memilih keretapi sebagai satu mod pengangkutan yang selamat.

Selain daripada itu, tren - tren ekspres dilengkapi dengan koc buffet yang menyediakan pelbagai jenis juadah dengan harga yang berpatutan.

Ada juga tren ekspres yang menyediakan koc surau bagi membolehkan umat islam mengerjakan solat.

Anda bagaimana?

Brighton..0 Leeds United..3

Perlawanan pertama Poyet di Stadium Withdean berakhir dengan kekalahan 0 - 3 kepada Leeds United, pendahulu liga ketika ini.


Seramai 7,615 orang penonton telah hadir untuk menyaksikan perlawanan yang telah berlangsung pada 21 November itu.




Dengan kekalahan ini, pasukan Brighton kembali menghuni tangga ke 20 liga.


Albion: (4-4-2) Smith; Whing (Navarro 69), Elphick, Tunnicliffe, El-Abd (C Davies 79); Bennett, Dicker, Crofts, Cox (McLeod 69); Forster, Murray. Pemain simpanan yang lain: Pelling (GK), Virgo, Hart, Livermore.