Selamat Cuti - Cuti Malaysia.
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Wednesday, 2 December 2009
Hutan Lipur Lata Bayu, Baling
Jika anda berkempatan, kunjungilah Hutan Lipur Lata Bayu, Baling, Kedah. Kawasan perkelahan ini amat sesuai untuk seisi keluarga dengan pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
Brighton..0 Charlton Athletic..2
Malang menimpa lagi buat pasukan Brighton. Dalam perlawanan Liga 1 Coca Cola yang berlangsung awal pagi tadi di Stadium Withdean, Brighton tewas kepada pasukan Charlton Athletic 0 - 2.
Semuanya serba tidak menjadi buat anak - anak buah Gus Poyet walaupun bermain di hadapan penonton sendiri yang dianggarkan seramai 6,769 orang.
Glenn Murray turun menguatkan barisan serangan Brighton setelah digantung permainan hari Sabtu yang lepas. Liam Dickinson kembali memanaskan bangku pemain simpanan. James Tunnicliffe mengukuhkan barisan pertahanan mengambil alih tempat Adam Virgo manakala Gary Dickers mengisi tempat Kevin Mcleod yang tercedera di bahagian tengah.
Turut tersenarai sebagai pemain simpanan adalah Jimmy McNulty yang baru sembuh dari kecederaan yang dialaminya pada pertengahan Oktober lepas.
Albion: (4-4-2) Smith; Hoyte, Elphick, Tunnicliffe, El-Abd (McNulty 56); Bennett, Dicker (C Davies 86), Navarro, Crofts; Forster (Dickinson 61), Murray. Pemain simpanan yang lain : Pelling (GK), Whing, Cox, Virgo.
Piala FA England Pusingan Ketiga
Selepas terpaksa berhempas pulas dalam dua pusingan terdahulu, pasukan Brighton diundi untuk menentang pemenang di antara Stockport County atau Torquay United di tempat lawan pada 2 Januari 2010.
Sunday, 29 November 2009
Ekspres Wau
Hari ini, 29 November 2009. Bermakna Ekspres Wau kini berusia 13 tahun.
Inilah satu - satunya perkhidmatan tren ekspres yang masih beroperasi setiap hari bagi Sektor Kuala Lumpur - Tumpat - Kuala Lumpur.
Majalah Jajaran keluaran Disember 1996 menyiarkan berita tentang Pelancaran Ekspres Wau yang telah diadakan di Stesen Wakaf Bahru.
Banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui oleh tren ini. Dari persembahan dikir barat di dalam koc, sambutan Hari Kebangsaan, kemalangan di Kemubu, terlanggar balak di Kuala Lentang dan banyak lagi peristiwa yang tak mampu aku ingat satu per satu.
Namun begitu, sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan ini tidak pernah luntur. Mereka sanggup untuk membayar lebih (kena denda dalam tren sebab tak ada tiket), semata - mata mahu sampai ke destinasi tepat pada masanya. Mereka beranggapan bahawa inilah satu - satunya cara pengangkutan yang murah dan selamat, walaupun ada kalanya tren terlewat tiba ke destinasi yang dituju.
SELAMAT ULANG TAHUN KE-13 EKSPRES WAU semoga akan terus memberi perkhidmat baktinya kepada seluruh penduduk di Pantai Timur Semenanjung (jangan kata tak ada orang Terengganu yang naik keretapi!)
Tahniah dan syabas buat KTMB. KTMB SELALU DIHATIKU.

Pusingan Kedua Piala FA England
Brighton | 3 | Rushden & Diamonds | 2 | |
Dickinson 3 , 86 Forster pen 22 | Tomlin 14 O'Connor 40 | |||
Penonton: 3,638 | Separuh Masa Pertama: 2-2
|
Subscribe to:
Posts (Atom)