Thursday, 20 August 2009

Pembelian Elliott Bennett Dari Wolves.

Pengurus pasukan Brighton & Hove Albion, Russell Slade mengumumkan pembelian pemain muda dari Wolverhampton Wanderers, Elliott Bennett hari ini.

Pemain berusia 20 tahun itu menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Albion. Tiada pengesahan harga diumumkan oleh kedua - dua buah kelab.

Elliott dijangka akan memulakan tugas dengan kelab barunya ini pada hari Sabtu akan datang untuk pertemuan dengan Stockport County.


Huddersfield Town..7 Brighton..1

Pada hari Selasa (18 Ogos) yang lalu, pasukan Brighton And Hove Albion dimalukan oleh pasukan Huddersfield Town dengan kekalahan 1 - 7. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Galpharm, Huddersfield itu menyaksikan penjaga gol utama, Michel Kuipers dibuang padang pada minit ke 39.

Dengan kekalahan ini, kedudukan dalam liga pasukan Brighton melorot tangga ke 23 dengan hanya memungut 1 mata daripada 3 perlawanan.

Albion: (4-5-1) Kuipers, Whing, Virgo, Elphick, El-Abd; Cox, Navarro (Thornhill 74), Crofts, J Smith (G Smith 40), McLeod; Dickinson (Forster 71). Pemain simpanan lain: Tunnicliffe, Dicker, M Wright, Davies.

Lintasan Rata

Di dalam jaringan jalan keretapi di Semenanjung Malaysia, bermula dari Padang besar di utara sehingga ke Singapura di selatan; dari Gemas ke Tumpat termasuk laluan Sungai Golok di Pantai Timur serta landasan cawangan yang terdapat di Pelabuhan Klang, Batu Caves, Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas, terdapat sejumlah 144 lintasan rata.

Dari jumlah itu, terdapat lintasan rata yang mempunyai bentuk dan warna yang berbeza. Inilah keseronokan yang bakal anda perolehi sekiranya anda gemar untuk melihat pemandangan semasa menaiki tren di waktu siang.

Sunday, 16 August 2009

Jambatan Lama Tapah Road

Aku hampir tidak menyedari sewaktu pembinaan landasan berkembar elektrifikasi dari Rawang ke Ipoh tempoh hari, terdapat beberapa berubahan pada jaluran landasan.

Ini terbukti apabila minggu lepas sewaktu menaiki Tren Ekpres Rakyat (ER/1) dari Butterworth ke Tanjung Malim ketika tren hampir memasuki Stesen Tapah Road, aku terpandang kepada sebuah jambatan yang sememangnya dahulu adalah sebuah jambatan keretapi.

Lihatlah gambar di bawah ini.

Apa komen anda?

Pelbagai Jenis Alat Menukar Landasan (Point)

Apakah Maknanya Isyarat Keretapi Ini

Tips Mengisi Petrol

Tips Mengisi Petrol
Isikan petrol ke kereta/motosikal anda pada awal pagi.
Sebab: Pada suhu yang rendah petrol tidak mudah meruap, jadi anda dapat hampir jumlah liter petrol yang anda bayar.

Isikan petrol ke tangki secara perlahan
Sebab: Pada pam minyak, biasanya ada tiga tahap kelajuan pam, gunakan yang paling rendah dan anda boleh mengurangkan kadar kemeruapan petrol
Isi petrol ketika tangki kenderaan separuh penuh
Sebab: Lebih banyak ruang udara dalam tangki petrol anda, lebih mudah petrol meruap.

Jangan isi petrol jika anda dapati terdapat lori tangki sedang menambah simpanan petrol di stesen tersebut.
Sebab: Kemungkinan besar ketika mereka sedang menambah stok, habuk akan terapung dan jika ketika itu anda mengepam petrol, keladak tersebut akan termasuk sekali ke tangki kenderaan anda.

Undian Trofi Johnstones Paint

Pasukan Brighton & Hove Albion telah diundi untuk mendapat 'bye' pada Pusingan Pertama bagi pertandingan Trofi Johnstones Paint. Semua perlawanan Pusingan Pertama dijadualkan berlangsung mulai 31 Ogos 2009.

Brentford..0 Brighton..0

Akhirnya pasukan Brighton & Hove Albion berjaya memungut satu mata dalam musim baru ini, apabila perlawanan dengan pasukan Brentford di Griffin Park berakhir dengan keputusan seri 0 - 0. Perlawanan yang kurang menarik ini menyaksikan tidak banyak percubaan ke arah gol yang dilakukan oleh kedua - dua pasukan.

Kini pasukan Brighton menghuni kedudukan ke 17 dalam carta liga.

Albion: (4-4-1-1) Kuipers, Whing, Virgo, Elphick, J Wright (El-Abd 55); M Wright (Murray 64), Navarro, Crofts, McLeod (Thornhill 77); Cox; Dickinson. Pemain simpanan lain: Forster, Tunnicliffe, Dicker, G Smith (GK).