Friday, 2 November 2012

Kad Komuter 1Malaysia

Bermula dari 22 Oktober 2012 sehingga 21 November 2012, KTM Berhad membuka gerai (booth) di beberapa buah stesen bagi memudahkan pengguna KTM Komuter membuat pendaftaran dan seterusnya  memohon untuk mendapatkan Kad Komuter 1Malaysia.

 
 
 
 
 
 
 
Dengan memiliki kad ini, kalian boleh menikmati potongan tambang sebanyak 50% bagi semua destinasi KTM Komuter iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan dari Sentul ke Pelabuhan Klang. Apabila landasan ke Gemas telah siap dan mula beroperasi, kalian boleh naik KTM Komuter terus dari Tanjung Malim ke Gemas.

Bila kalian telah mempunyai kad ini dan menggunakan kad tersebut untuk ke tempat kerja atau mana-mana tempat yang dirangkaikan dengan perkhidmatan KTM Komuter ini, kalian akan memperolehi banyak faedah yang tersembunyi antaranya:
a. Dapat menjimatkan tambang harian KTM Komuter.
b. Dapat memanjangkan lagi tempoh hayat kenderaan.
c. Tak perlu beli petrol.
d. Tak perlu bayar tol.
e. Tak perlu bayar parkir.
f. Tak perlu bersesak-sesak di jalanraya pada waktu puncak.
g. Tak perlu bangun awal untuk cepat pergi ke tempat kerja.
h. Boleh 'tidur-tidur ayam' bagi yang membuat perjalanan jauh seperti dari Sungai Gadut ke Kuala Lumpur.
i. Bagi penunggang motosikal pula, tak perlulah kalian berteduh di bawah jejambat bila hujan turun.
i. Paling penting, kalian telah membantu mengurangkan pencemaran alam.

Cuba kalian fikir sejenak dan buat perkiraan berdasarkan kepada perbelanjaan harian sewaktu pergi kerja. Mana yang lebih untung? Naik kenderaan sendiri atau naik KTM Komuter?

Bagi yang berminat dan masih belum memiliki kad tersebut, di bawah ini aku sertakan laluan (link) bagi memudahkan kalian untuk mendapatkan Borang Permohonan Kad Komuter 1Malaysia.

Borang untuk mendapatkan Kad Komuter 1Malaysia

Kad diskaun ini hanya sah digunakan untuk tempoh satu tahun mulai semalam (1 November 2012 sehingga 31 Oktober 20130.

Syukur Alhamdulillah kerana aku menjadi orang pertama yang memiliki kad tersebut..... jangan marah.... la la la la 

Majlis Korban Dan Aqiqah

Pada hari Ahad yang lalu (28 Oktober 2012), di perkarangan rumah Mak Long Rokiah Kampung Padang Cicar, telah berlangsung Majlis Korban dan Aqiqah anjuran Mak Long Rokiah sekeluarga.

Seekor lembu telah disediakan bagi tujuan korban dan aqiqah 

Pakcik Yusof dengan dibantu oleh beberapa orang kampung sedang bersedia untuk menyembelih lembu
 

 Seteleh disembelih, lembu dilapah dan sebahagian daripada dagingnya disedekah kepada yang layak menerima
 

Manakala sebahagian lagi daging dimasak untuk dijamu kepada semua yang hadir
 

Ramai juga kaum ibu yang hadir sehingga ruang di dapur dan tengah rumah penuh. Jadi ibu-ibu ini membuat kerja mengupas bawang di serambi depan

Ibu ini yang penat sekali kerana terpaksa menyediakan berbagai jenis minuman untuk disajikan kepada semua yang hadir termasuk juga tukang lapah daging, tukang masak, tukang kupas bawang dan tukang ambil gambar!

 Perut lembu direbus untuk dimakan bersama air asam

Makcik ooii.... buat apa tu?
Nak goreng ikan pekasam buat makan dengan pulut

Mak Long Rokiah melayan sebahagian kaum ibu yang hadir

 Anak-anak yang paling meriah bila waktu makan

Yang berkeluarga turut sama menikmati jamuan
 

 Serambi depan dijadikan tempat untuk menghidang lauk pauk

Khemah makan tak cukup tempat, kaum bapa tumpang makan di serambi

Antara yang dihidangkan buat semua yang hadir

Tim cuci pinggan mangkuk

Makcik bancuh air dah lari....

Pak Ngah Bakar  sedang menjami selera bersama Joe dan Pak Lang

 Giliran tukang masak untuk makan

Jiran-jiran juga meluangkan masa untuk menikmati juadah yang disediakan
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Cuaca cerah dari awal pagi hingga ke lewat petang. Lepas Maghrib pun masih ada yang datang, bukan untuk makan tetapi untuk menziarahi kerana siangnya ada urusan lain.

Insya Allah jika ada keizinan dan kelapangan, akan diadakan lagi majlis serupa ini untuk semua warga kampung saling mengenali dan mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain