Saturday, 3 March 2012

Stadium Amex Jadi Pilihan

Stadium American Express Community akan menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak antarabangsanya yang kedua pada hari Khamis, 26 April 2012 apabila pasukan England Bawah Umur 18 Tahun akan menentang Republik Ireland Bawah Umur 18 Tahun bagi merebut 'Centenary Shield'.

Lagu Aku Dan Asmara

Semalam aku ada menulis lirik sebuah lagu bertajuk 'Aku Dan Asmara'. Seorang kawan mengabarkan pada aku yang dia tak pernah dengar lagu itu. Lagu itu telah disampaikan oleh Datuk Sarbanun Marican.

Baiklah... untuk kalian semua aku kongsikan lagu tersebut yang secara kebetulan disiarkan dalam siaran Radio Klasik Nasional pada 29 Feb 2012 yang lalu. Terima kasih kepada DJ Noraini Ibnu kerana menyiarkan lagu tersebut. Datuk Sarbanun telah menyampaikan lagu tersebut dengan diiringi oleh Orkestra RTM.


Penyanyi asal lagu ini adalah Titiek Puspa.

Sarbanun Marican - Aku Dan Asmara

Friday, 2 March 2012

Aku Dan Asmara

kini malam pun datang mendatang jua
hening sunyi di sekelilingku
tiada kawan di kiri dan kananku
lamunan mendatang jua

terlukislah keseluruhan hidupku
pahit dan getir silih lah berganti
bahagia datang telah pernah ku rasakan
namun sekejap menghilang

bila ku tanya pada diri sendiri
apa khasiat asmara
yang membikin hidup ku kini merana
tiada jawab yang pasti

helaan nafas mendalam di dadaku
timbullah kekuatan di batinku
ku ingin hidup seribu tahun lagi
kan ku musnahkan asmara....

Monday, 27 February 2012

Selamat Tinggal Port Blair

Setelah lima hari berkampung di Port Blair, akhirnya aku dan rakan-rakan pulang ke Kuala Lumpur.

Banyak kenangan pahit manis dan pengalaman baru yang telah aku perolehi sepanjang 'percutian' ini walaupun sebenarnya kehadiran aku tak ubah seperti seorang 'penumpang'.

Tempat-tempat menarik telah aku kunjungi dan ada dua tiga tempat aku pergi berulang kali kerana pemandangannya sangatlah cantik.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sering kali menemani walau ke mana pun aku pergi.

Kalau ada rezeki dan berkesempatan untuk ke luar negara selepas ini, akan aku kongsikan bersama kalian segala pengalaman untuk menjadi renungan dan panduan kita semua. Insyallah.....

Selamat Tinggal Port Blair.....

Brighton..3 Ipswich Town..0

Tiga mata berharga dipungut oleh Brighton dalam perlawanan Liga Kejuaraan nPower menentang Ipswich Town di Stadium Amex sebentar tadi (25 Februari 2012). 

Perlawanan yang sengit itu berkesudahan dengan Brighton menang 3-0 dan semakin menghampiri zon 'play-off' untuk ke Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang.

'Birthday boy' Craig Mackail-Smith merayakan hari istimewanya dengan menjaringkan gol pertama di Amex sejak bulan September, sementara Ashley Barnes menjaringkan dua gol untuk membantu Brighton mencatat kemenangan 3-0 ke atas ipswich Town.

Kini berusia 28 tahun, Mackail-Smith membuka jaringan pada minit ke-20, sementara Barnes menjadikan 11 jaringan musim ini dengan dua gol menarik pada minit ke-65 dan 89 separuh masa kedua.

Abdul Razak yang dipinjam dari kelab Manchester City sehingga penghujung musim, membuat 'home debut' pada perlawanan ini dan telah memberikan satu persembahan cemerlang di bahagian tengah padang. Hantaran-hantaran dari beliau kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Ipswich terutamanya pada sepuluh minit pertama perlawanan.

Pengurus Brighton Gus Poyet hanya membuat satu perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 0-0 ketika menentang Hull City dalam perlawanan pertengah minggu, dengan Will Buckley kembali dalam senarai utama.

Pemain sayap Brighton itu menggantikan Kazenga LuaLua, yang disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Kemenangan berharga yang diraih di hadapan seramai 20,490 orang peminat bolasepak itu telah menyemarakkan lagi semangat para pemain Brighton yang kini berusaha untuk menempatkan diri dalam Liga Perdana Inggeris musim depan. Ipswich Town hadir di Amex dengan diiringi oleh seramai 2,429 penyokong setia mereka yang mula membanjiri stadium seawal jam 12 tengahari lagi.

Dengan kemenangan ini, Brighton kini menghuni tangga ketujuh liga dengan mengumpul 53 mata daripada 32 perlawanan, sama dengan pasukan Cardifff City, tetapi telah bermain lebih satu perlawanan berbanding pasukan dari Wales itu. Liga masih diterajui oleh Southampton (62 mata), West Ham United (61 mata), Reading (57 mata), Blackpool City (55 mata) dan Birmingham City  (54 mata).

Perlawanan seterusnya dalam Liga Kejuaraan nPower adalah menentang Doncaster Rovers di Stadium Keepmoat, Doncaster pada hari Sabtu, 3 Mac 2012.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-3-3): Peter Brezovan (GK); Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Alan Navarro, Liam Bridcutt, Abdul Razak (Kazenga LuaLua 89); Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 79), Will Buckley (Gai Assulin 79). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Inigo Calderon.

Ipswich Town: (4-2-3-1): Arran Lee-Barrett (GK); Carlos Edwards, Tommy Smith, Damien Delaney, Aaron Cresswell; Luke Hyam (Grant Leadbitter 64), Andy Drury; Jay Emmanuel-Thomas, Lee Martin, Daryl Murphy (Jason Scotland 72); Micheal Chopra. Pemain simpanan yang lain: Alex McCarthy (GK), Jimmy Bullard, Ibrahima Sonko.

Koleksi Rafeah Buang

Sekadar untuk mengenang Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang, aku muatnaikkan beberapa buah lagu nyanyian beliau.

Rafeah Buang - Tiada Khabar Berita
Rafeah Buang - Timang Tinggi-Tinggi
Rafeah Buang - Tunggu Sekejap
Rafeah Buang - Zuraini

Hull City..0 Brighton..0


Untuk kali kedua musim ini, Brighton dan Hull City bertarung untuk menghasilkan keputusan seri 0-0, dengan pemain pertahanan menjadi nadi utama kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di KC Stadium, Hull pada 22 Februari 2012.

Pemain kedua-dua pasukan saling serang menyerang antara satu sama lain di sepanjang perlawanan yang menarik ini, tetapi kehebatan barisan pertahanan terutamanya penjaga gol Brighton, Peter Brezovan yang dapat menyelamatkan dua keadaan genting di depan pintu golnya.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat empat perubahan daripada kesebelasan utama yang tewas 1-6 kepada Liverpool pada hari Ahad lepas, di mana beliau telah menyenaraikan pemain yang dipinjam daripada Manchester City, Abdul Razak mengambil tempat Will Buckley di bahagian tengah.

Gonzalo Jara Reyes dan Joe Mattock kembali mengisi posisi pertahanan, Adam El-Abd dialihkan sebagai pertahanan tengah dengan Lewis Dunk serta Inigo Calderon terkeluar dari senarai yang dibawa ke Hull.

Craig Mackail-Smith kembali mengetuai bahagian serangan dan Sam Vokes disenaraikan sebagai pemain simpanan. Gai Assulin juga tersenarai sebagai pemain simpanan dan beraksi pada pertengahan separuh masa kedua.

Persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain malam ini tidaklah menghampakan seramai 17,769 orang peminat bolasepak yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing.

Keputusan seri ini memberikan mata yang ke-50 buat Brighton sesudah mengharungi 32 perlawanan liga. West Ham United masih di depan dengan mengumpul 60 mata diikuti Southampton, Birmingham City, Reading, Cardiff City, Middlesbrough, Blackpool City dan Hull City. Brighton kini menghuni tangga ke sembilan Liga Kejuaraan nPower.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Sabtu, 25 Februari 2012  menentang pasukan Ipswich Town di Stadium Amex.

SENARAI PEMAIN

Hull City: (4-2-3-1) Vito Mannone; Liam Rosenior, Jack Hobbs, James Chester, Andy Dawson; Paul McKenna, Corry Evans (Tom Cairney 67); Robert Koren, Cameron Stewart, Robbie Brady (Aaron McLean 63); Matt Fryatt. Pemain simpanan yang lain: Peter Gulacsi (GK), Joe Dudgeon, Joshua King.

Brighton: (4-4-2) Peter Brezovan; Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Liam Bridcutt, Alan Navarro, Abdul Razak (Gai Assulin 77), Kazenga LuaLua (Will Buckley 67); Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Sam Vokes, Inigo Calderon.