Monday 27 February 2012

Brighton..3 Ipswich Town..0

Tiga mata berharga dipungut oleh Brighton dalam perlawanan Liga Kejuaraan nPower menentang Ipswich Town di Stadium Amex sebentar tadi (25 Februari 2012). 

Perlawanan yang sengit itu berkesudahan dengan Brighton menang 3-0 dan semakin menghampiri zon 'play-off' untuk ke Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang.

'Birthday boy' Craig Mackail-Smith merayakan hari istimewanya dengan menjaringkan gol pertama di Amex sejak bulan September, sementara Ashley Barnes menjaringkan dua gol untuk membantu Brighton mencatat kemenangan 3-0 ke atas ipswich Town.

Kini berusia 28 tahun, Mackail-Smith membuka jaringan pada minit ke-20, sementara Barnes menjadikan 11 jaringan musim ini dengan dua gol menarik pada minit ke-65 dan 89 separuh masa kedua.

Abdul Razak yang dipinjam dari kelab Manchester City sehingga penghujung musim, membuat 'home debut' pada perlawanan ini dan telah memberikan satu persembahan cemerlang di bahagian tengah padang. Hantaran-hantaran dari beliau kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Ipswich terutamanya pada sepuluh minit pertama perlawanan.

Pengurus Brighton Gus Poyet hanya membuat satu perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 0-0 ketika menentang Hull City dalam perlawanan pertengah minggu, dengan Will Buckley kembali dalam senarai utama.

Pemain sayap Brighton itu menggantikan Kazenga LuaLua, yang disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Kemenangan berharga yang diraih di hadapan seramai 20,490 orang peminat bolasepak itu telah menyemarakkan lagi semangat para pemain Brighton yang kini berusaha untuk menempatkan diri dalam Liga Perdana Inggeris musim depan. Ipswich Town hadir di Amex dengan diiringi oleh seramai 2,429 penyokong setia mereka yang mula membanjiri stadium seawal jam 12 tengahari lagi.

Dengan kemenangan ini, Brighton kini menghuni tangga ketujuh liga dengan mengumpul 53 mata daripada 32 perlawanan, sama dengan pasukan Cardifff City, tetapi telah bermain lebih satu perlawanan berbanding pasukan dari Wales itu. Liga masih diterajui oleh Southampton (62 mata), West Ham United (61 mata), Reading (57 mata), Blackpool City (55 mata) dan Birmingham City  (54 mata).

Perlawanan seterusnya dalam Liga Kejuaraan nPower adalah menentang Doncaster Rovers di Stadium Keepmoat, Doncaster pada hari Sabtu, 3 Mac 2012.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-3-3): Peter Brezovan (GK); Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Alan Navarro, Liam Bridcutt, Abdul Razak (Kazenga LuaLua 89); Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 79), Will Buckley (Gai Assulin 79). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Inigo Calderon.

Ipswich Town: (4-2-3-1): Arran Lee-Barrett (GK); Carlos Edwards, Tommy Smith, Damien Delaney, Aaron Cresswell; Luke Hyam (Grant Leadbitter 64), Andy Drury; Jay Emmanuel-Thomas, Lee Martin, Daryl Murphy (Jason Scotland 72); Micheal Chopra. Pemain simpanan yang lain: Alex McCarthy (GK), Jimmy Bullard, Ibrahima Sonko.

No comments:

Post a Comment