Saturday 26 September 2015

Majlis Korban Di Masjid As Siddiq

Bertempat di perkarang Masjid As Siddiq, Seri Iskandar pada 24 September 2015 yang lalu, telah diadakan Majlis Korban sempena Hari Raya Aidil Adha Tahun 1436 Hijrah.

Sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorban pada pagi tersebut di mana ianya adalah korban dari penduduk setempat.

Oleh kerana aku pada pagi itu ke Kampung Aji, Bota Kiri kerana menziarahi jenazah isteri jiran aku, maka aku terlepas peluang untuk mengambil gambar sewaktu lembu - lembu itu disembelih.

Setibanya aku di masjid, kerja - kerja melapah sedang dijalankan oleh orang ramai yang khabarnya sejak dari awal lagi telah memenuhi masjid (sebelum Solat Sunat Aidil Adha bermula).

Tetapi aku mengambil 'langkah selamat' dengan menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak masjid berupa nasi lemak, kuih muih, teh tarik dan sebagainya.

Sesudah sarapan aku mula menjenguk ke tempat orang melapah daging kerana kerja-kerja aku bermula apabila semua daging-daging dan tulang-tulang itu siap dibahagi - bahagikan.
 
 
 

Tetapi kerja aku bukanlah untuk mengagihkan daging korban kerana tugas itu sudah ada orang yang dilantik. Tahun ini pihak masjid telah menggunakan kupon dengan slogan '1 Rumah 1 Kupon' yang bermakna setiap sebuah rumah hanya boleh dapat sekilo daging sahaja.
 

Kerja - kerja melapah, memotong dan membungkus daging dan tulang giat dijalankan. Ramai yang membantu tak kira orang Melayu, Bangladesh, Indonesia, Nepal, Siam dan dari lain - lain negara yang pada pandangan aku adalah para pelajar IPTA / IPTS yang ada di sekitar Seri Iskandar ini.
 

Sesudah aku mengumpulkan daging dan tulang untuk dimasak, aku mula membawanya ke tempat masak untuk proses mencuci daging dan tulang.
 

Pada waktu yang sama, tukang masak telah memasak nasi putih dan kaum ibu pula sibuk menyediakan ulam - ulaman bersama sambal belacan.
 

Sementara menunggu daging dan tulang dicuci, kerja - kerja menumis rempah ratus untuk memasak kari dijalankan.

Di dapur bersebelahan, ada yang mula menumis bahan - bahan untuk sup daging.

Di bahagian tepi tempat masak, kelihatan beberapa orang sedang membersihkan perut lembu.

Suasana semakin meriah apabila kari dah nak siap.
 

Dalam masa yang sama, di khemah utama pemberian daging korban sedang dilakukan. Jom kita tengok apa yang sedang berlaku di sana....



Menjelang masuk waktu Solat Zuhur, semua yang hadir telah menikmati makan tengahari yang telah disediakan dengan penuh berselera.
 
 


Tidak ketinggalan warga asing yang mencari rezeki di sini turut makan bersama - sama dengan penduduk setempat.

Selesai makan, kerja - kerja pembersihkan telah dilakukan dan semua pulang ke rumah untuk berehat dan Solat Zuhur.

Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan berkerjasama yang baik sepanjang majlis ini diadakan.

 

Monday 21 September 2015

Permulaan Musim Yang Memberansangkan

Brighton & Hove Albion memulakan musim bolasepak tahun 2015/16 dengan bergaya sekali apabila belum tewas dalam Liga Kejuaraan selepas 8 perlawanan.

Brighton kini menerajui takhta Liga Kejuaraan dengan mengumpul 20 mata hasil daripada 6 kemenangan dan 2 seri.

Berikut adalah keputusan perlawanan liga setakat ini:
1. 07.08.2015 - Nottingham Forest lwn Brighton (menang 1 - 0) 
2. 15.08.2015 - Fulham lwn Brighton (menang 2 - 1)
3. 18.08.2015 - Huddersfield Town lwn Brighton (seri 1 - 1)
4. 22.08.2015 - Brighton lwn Blackburn Rovers ( menang 1 - 0)
5. 29.08.2015 - Ipswich Town lwn Brighton (menang 2 - 3)
6. 12.09.2015 - Brighton lwn Hull City (menang 1 - 0)
7. 15.09.2015 - Brighton lwn Rotherham United (menang 2 - 1) 
8. 19.09.2015 - Wolves lwn Brighton (seri 0 - 0)

Sungguhpun begitu, kempen Brighton & Hove Albion dalam Piala Carling berakhir di pusingan kedua apabila tewas 1 - 2 kepada Walsall pada 25.08.2015.

Adakah kemampuan pasukan Brighton ini dapat bertahan sehingga ke hujung musim? Kita tunggu dan lihat kesudahannya.

Jadual Perjalanan Tren Antarabandar

Atas permintaan dari beberapa orang kawan, aku siarkan jadual perjalanan tren terkini.



Lintasan Rata Di Antara Gemas - Rengam

Syukur Alhamdulillah aku telah dapat meluangkan sedikit masa untuk membuat satu lawatan ke Kluang pada 19 September 2015.

Pemergian kali ini dengan menaiki Tren Langkawi dari Kuala Lumpur - Kluang, Tren Ekspres Rakyat dari Kluang - JB Sentral dan Tren Senandung Sutera dari JB Sentral - Ipoh.

Apa yang ingin aku kongsikan bersama kalian adalah sebahagian daripada gambar lintasan rata yang sempat aku rakam sepanjang perjalanan dari Gemas ke Rengam.

Get Gemas Baharu

Get Batu Anam

Get Segamat

Get Paya Pulai

Get Bukit Siput

Get Genuang

Get Ladang Chua Moh San

Get Ladang Voules

Get Sime Darby

Get Paloh

Get Batang Ridan

Get Chamek

Get Niyor

Get Kluang

Get Kluang Rubber Company

Get Ladang Ellar

Get Mahamurni Plantation

Untuk pengetahuan kalian semua, semua lintasan rata yang ada di sepanjang laluan Gemas ke Johor Bahru akan dibongkar apabila Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Gemas - Johor Bahru dijalankan.

Semoga terhibur....

Wednesday 12 August 2015

Jadual Perjalanan Dan Jadual Tambang ETS

Jadual perjalanan perkhidmatan tren ETS bagi laluan ke sektor utara berkuatkuasa 18 Julai 2015. Jadual perjalanan serta jadual tambang adalah seperti di bawah:

a. Laluan Ipoh - Butterworth - Ipoh.
b. Laluan Butterworth - Padang Besar - Butterworth.


c. Laluan Ipoh 


d. Laluan KL Sentral - Padang Besar