Thursday, 25 November 2021

Kalau Ku Tahu...

Kalau Ku Tahu...
 
kalau aku tahu
hidup ini perjuangan
akan aku pertahankan
segala apa yang aku ada
tetapi
aku tidak tahu
bahawa aku sedang bertahan
dalam satu perjuangan....


Impian Adik Aziana Menaiki Tren Tercapai

Salam Sejahtera

Setiap insan mempunyai keinginan masing-masing. Ada yang inginkan wang yang banyak, ada yang inginkan menjadi cantik dan jelita, ada yang inginkan rumah yang selesa dan banyak lagi.

Begitu juga dengan Adik Aziana Shaari yang menderita kerana lumpuh. Artikel sebelumnya boleh dibaca di sini.

Maka pada 24 November 2021, melalui Program CSR - KTMB Realisasikan Impian Aziana Menaiki Tren, Adik Aziana telah dapat menaiki tren komuter khas dari Sungai Petani ke Butterworth dan balik semula ke Sungai Petani.

Aku kongsikan sebahagian daripada catatan di sepanjang perjalanan itu.

Seawal jam 7 pagi aku telah berada di Stesen Sungai Petani.

Menikmati sarapan pagi di Restoran Ahsan yang terletak berhadapan dengan stesen bersama BCA Faizal International.

Jam 8.30 pagi, para wartawan telah mula hadir.

Sidang Media bersama YBhg. Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir, Pengerusi KTMB
 
YBhg. Datuk Musa menyampaikan sumbangan daripada KTMB kepada Puan Fatimah, ibu Adik Aziana
 
Dua maskot KTM Komuter turut hadir menyerikan acara.
 
Adik Aziana dibawa ke Platform 1 untuk menaiki tren komuter.
 
SCS35 digunakan sepanjang program ini dan diberikan nama Tren Khas No. 2997.

Selain daripada Ibu dan seorang Ibu Saudara, Adik Aziana juga ditemani oleh dua orang paramedik daripada Northcloud Ambulance Service di sepanjang perjalanannya.
 
Tren berhenti selama satu minit di Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal bagi membolehkan Adik Aziana melihat sanak saudara dan jiran-jirannya menunggu di tepi landasan sambil membawa kain rentang.

Anggota paramedik sentiasa memastikan Adik Aziana dalam keadaan yang memuaskan.

Sebelum meninggalkan tren, YBhg Datuk Musa sempat menyampaikan sumbangan peribadi beliau serta mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

Adik Aziana sedang mendengar penerangan tentang papan tanda kilometer yang kelihatan di luar cermin. Itu KM Post 0.

Akhirnya Adik Aziana tiba semula di Stesen Sungai Petani.

Sebelum pulang ke rumah, Adik Aziana dan ibunya diwawancara tentang pengalaman mereka menaiki tren.

Tugasan selesai.
 


Aku berharap agar Adik Aziana akan terus bersemangat dan berjuang untuk meneruskan kehidupan beliau kerana ajal dan maut itu adalah ketetapan Ilahi.