Saturday, 9 January 2010

Perkhidmatan Set Kembar Komuter

Perkhidmatan set berkembar KTM Komuter beroperasi pada setiap waktu puncak bagi sektor Sentul - Pelabuhan Klang - Sentul. Adalah dipercayai perkhidmatan ini bermula pada awal Januari 2004.

Pada awalnya, satu perkhidmatan set berkembar beroperasi pada waktu pagi untuk laluan Pelabuhan Klang - Sentul dan satu lagi perkhidmatan pada waktu petang meliputi laluan Sentul - Pelabuhan Klang.

Jumlah perkhidmatan ditambah secara berperingkat bergantung kepada bilangan set komuter yang ada bagi memenuhi permintaan penumpang yang tinggi pada waktu puncak di sebelah pagi dan petang.

Syabas KTMB!!

Perlawanan pasukan Brighton di tempat sendiri menentang Brentford, yang dijadualkan pada malam ini, telah ditangguhkan oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Stadium Withdean diselaputi salji tebal dan dijangka suhu tidak akan meningkat di atas paras beku sehingga awal minggu depan.

Pengadil perlawanan sepatutnya memeriksa keadaan padang pada jam 1 tengahari tadi, tetapi tidak dapat hadir ke stadium atas sebab jalanraya yang bersalji.
Dengan yang demikian, perlawanan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Tarikh Baru Perlawanan

Perlawanan pasukan Brighton menentang Huddersfield Town di Stadium Withdean yang dijadualkan berlangsung pada 23 Januari 2010, telah dipinda ke hari Selasa, 9 Februari 2010 jam 7.45 petang.

Perlawanan ini terpaksa dijadualkan semula kerana pada tarikh yang sama pasukan Brighton berkunjung ke Birmingham untuk menentang pasukan Aston Villa di Villa Park dalam perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England.

Pemain Baru Brighton

Pengurus Pasukan Brighton, Gus Poyet mengumumkan Inigo Calderon (gambar) sebagai pemain baru pasukan Brighton.

Bekas ketua pasukan kelab Deportivo Alaves di Sepanyol itu menandatangani kontrak sehingga hujung musim ini. Beliau berusia 28 tahun dan bermain di posisi pertahanan kanan.


Calderon telah membuat penampilan sebanyak 250 kali di Sepanyol, kebanyakannya semasa dua musim di Alaves dan juga tiga musim bersama kelab Alicante.

Wednesday, 6 January 2010

Undian Pusingan Kelima Piala FA England

Pasukan Brighton diundi menentang pasukan dari Liga Perdana, Aston Villa di Stadium Villa Park dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA England. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 23hb (Sabtu) atau 24hb (Ahad) Januari 2010.

Dengan itu juga, perlawanan Liga Coca Cola Bahagian 1 antara Brighton dengan Huddersfield Town yang dijadualkan pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 di Stadium Withdean terpaksa diubah tarikhnya.

Sunday, 3 January 2010

Piala FA England Pusingan Ketiga

Jaringan minit ke-77 Andrew Croft telah membawa pasukan Brighton ke pusingan keempat buat pertama kalinya dalam masa 17 tahun. Gol tersebut telah membuat Torquay United tumpas 0 - 1 kepada Brighton di gelanggang mereka sendiri, Stadium Plainmoor.

Pengurus Brighton, Gus Poyet telah membuat beberapa perubahan daripada skuad yang menang 5 - 2 di Wycombe minggu lepas. Micheal Kuipers kembali mengambil tempat sebagai penjaga gol. Adam Virgo dan James Tunnicliffe menguatkan barisan pertahanan dengan Liam Dickinson dipanggil menguatkan barisan serangan. Andrew Crofts turut bersama skuad utama dengan bermain di barisan tengah.

Seramai 4,028 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Albion: (4-3-3) Kuipers; Hoyte, Virgo, Tunnicliffe, McNulty; Dicker, Crofts, Cox (Navarro 62); Forster, Murray, Forster, Dickinson. Pemain simpanan yang lain: Whing, Elphick, Hart, Davies, Bennett, Brezovan (GK).