Thursday, 11 August 2011

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

Salam buat semua. Dah lama aku tidak menyambung artikel ini kerana kehilangan buku panduannya. Tapi, Alhamdulillah... aku dan jumpa semula dengan buku tu. Jadi aku sambung lagi....

(sambungan daripada tulisan pada 6 Mei 2011)
Bagaimana pula dengan tempat dan masa yang sesuai dan paling afdal untuk berdoa? Para ulamak telah menggariskan 17 tempat dan maa yang bersesuaian untuk memohon doa ke hadrat Ilahi. Antara waktu yang disarankan adalah:

* Selepas azan.
* Antara iqamah dan sebelum mendirikan sembahyang.
* Antara dua khutbah Jumaat.
* Waktu sahur dalam bulan Ramadhan.
* Waktu hujan turun.
* Dalam suasana peperangan yang sengit.
* Semasa berada di sisi Kaabah.
* Ketika mengerjakan tawaf dan saie.
* Ketika berpuasa sunat atau wajib.
* Selepas membaca al-Quran.
* Ketika hampir masa berbuka puasa.
* Semasa minum air zam-zam.
* Ketika ayam berkokok.
* Semasa berkumpul di majlis zikir.

(bersambung)

Wednesday, 10 August 2011

Tiket Keretapi Masih Ada

Kepada rakan – rakan yang ingin menggunakan perkhidmatan keretapi semasa cuti hari Raya Aidil fitri nanti, tiket masih banyak untuk beberapa sektor ke Utara dan Selatan tanahair. Walau bagaimanapun, untuk perjalanan ke Pantai Timur aku rasa dah semakin berkurangan atau hampir habis.

Aku rasa terharu di atas sokongan orang ramai yang sudah semakin yakin dengan perkhidmatan keretapi di negara ini. Sungguhpun bos dekat Intercity, En Mohd Nordin Kimi telah memaklumkan bahawa jumlah tiket tahun ini ditambah lagi 10,000 keping menjadi 110,000, masih ada juga yang kempunan untuk mendapatkan tiket – tiket perjalanan.

Guna perkhidmatan tren KTMB pada cuti perayaan ini sesungguhnya perjalanan dengan menggunakan keretapi adalah:

* menjimatkan (tak perlu isi minyak dan tak perlu bayar tol)

* tidak memenatkan (tak perlu bersusah payah mengharungi jalanraya yang sesak. Boleh berehat sepanjang perjalanan)

* selesa (tak perlu berebut tempat duduk atau tempat tidur dengan orang lain. Kalau rasa lapar, boleh beli makanan di kantin. Tapi untuk musim perayaan ni, aku nasihatkan kalian untuk bawa makanan sendiri, selalunya kantin kehabisan makanan sebelum tiba di stesen akhir perjalanan)

* selamat (tak perlu nak berlumba – lumba di jalanraya)

Cuma yang selalu terjadi pada musim – musim cuti ni adalah tren selalu lambat. Aku maklum oleh kerana KTMB kekurangan koc, maka koc-koc yang sama akan diguna berulang kali. Cuma nama tren itu, kakitangan KTMB dan 'cleaner' aje yang bertukar. Biar lambat asalkan selamat. Walaupun lambat, ada kalanya keretapi yang berlepas lewat dari jadual asal, akan tiba di destinasinya lebih awal mengalahkan kereta atau bas yang tersangkut di lebuhraya – lebuhraya seluruh Semenanjung Malaysia.

Aku berdoa agar sepanjang cuti Aidil Fitri dan cuti sekolah ni nanti, tiada kemalangan atau kecelakaan yang menimpa ke atas mana – mana keretapi. Tapi kalau dah nak terjadi, apakan daya... itu semua sudah suratan.

Brighton Menang Lagi

Pusingan pertama pertandingan bolasepak Piala Carling telah berlangsung di beberapa stadium seluruh England. Walaupun khabarnya berlaku sedikit kekacauan, tetapi semangat peminat – peminat bolasepak langsung tidak menghalang mereka daripada memenuhi stadium.

Di Stadium Amex (American Express) sebentar tadi, baru saja tamat perlawanan di antara pasukan Brighton menentang Gillingham. Keputusannya pasukan Brighton menang dengan jaringan 1 – 0. Gol tunggal oleh Ashley barnes menerusi sepakan penalti pada minit ke 67 setelah Will Buckley dijatuhkan oleh seorang pemain pertahanan Gillingham dalam kotak penalti.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton akan melangkah ke pusingan kedua yang dijadualkan pada 22 Ogos 2011 dan lawannya akan ditentukan selepas undian dilakukan lewat petang ini di London.

Seramai 16,295 orang penonton telah membanjiri Stadium Amex memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing – masing.

Perlawanan seterusnya buat Brighton adalah menentang pasukan Portsmouth di Stadium Dockland, Portsmouth pada hari Sabtu 13 Ogos 2011.

TEAMS

Albion: (4-5-1) Ankergren; Calderon, Dunk, Greer, Painter; Noone, Vincelot, Dicker, Bridcutt, Buckley; Barnes. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Navarro, Sparrow, Agdestein, Taricco, Cook, Bergkamp.

Gillingham: (4-5-1) Flitney; Fuller (Fish 80), Frampton, Lawrence, Martin; Whelpdale, Montrose, Lee (Weston 58), J Payne, Spiller (S Payne 71); Kedwell. Pemain simpanan yang lain: Gazzaniga (GK), King, Richards, Rance.

Stesen Dan Perhentian Keretapi Negeri Sabah

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa. Hari ini kita akan berpuasa untuk hari yang kesepuluh, Insyallah.

Aku masih meneruskan kajian tentang keretapi di Sabah. Rupa – rupanya terdapat beberapa landasan lain yang pernah wujud di negeri ini selain daripada landasan kepunyaan North Borneo Railway (sekarang Jabatan Keretapi Negeri Sabah).

Kebanyakan daripada landasan itu dibina samada di lombong arang batu, kawasan balak, sektor pertanian dan lombong emas. Manakala kawasan – kawasan yang terbabit adalah seperti di Sandakan, Tawau, Kota Marudu dan juga Labuan.

Hari ini aku akan nak berkongsi dengan kalian tentang senarai nama stesen dan perhentian keretapi kepunyaan North Borneo Railway dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Aku kumpul senarai ini daripada beberapa salinan jadual perjalanan tren yang lama. Aku rasa senarai ini belum cukup lengkap. Jadi minta kalian yang tahu untuk bantu aku mengemaskan lagi senarai di bawah.

SEKTOR DOCK – TENOM

DOCK

KOTA KINABALU

TANJUNG LIPAT

KARAMUNSING

R. C. MISSION

V. BARRACK

SEKRETARIAT SEMBULAN

TERMINAL MUATAN BARANG

TANJUNG ARU

BATU 6

PUTATAN

MARUNTUM

BATU 10/5

LOK KAWI

BATU 11½

BATU 12/2

KINARUT

BATU 14/3

BATU 15 – 16¼

LIMAUAN

KAWANG

BATU 20 (POTTERY)

PENGALAT BESAR

BATU 22½

PAPAR

BATU 27 (ANDUS)

BATU 28 (BENONI)

KIMANIS

MANDAHAN

BONGAWAN

SUNGAI DAMIT

BANDAU

MEMBAKUT

MAWAO

BATU 48/7

LUMAT

KLIAS

WOODFORD

BEAUFORT

JIMPANGAH

LOG POINT

BATU 60 (DEUNTZER)

MONTERNIOR

BATU 62 (GRAND PARADE)

BENTAYAN

SALIWANGAN BARU

SALIWANGAN LAMA

PARANG BESAR

HALOGILAT

RAYOH

BATU 75

BATU 78

KELANDOS

PANGI

MOTOLOB

PANGI SEBERANG

MASISILAU

KAMPUNG RAYOH TENOM LAMA*

TENOM

* Tak pasti sama ada tempat itu bernama Kampung Rayoh Tenom Lama atau dua tempat

tempat berbeza, Kampung Rayoh dan Tenom Lama.

* Tulisan berwarna merah, bermakna stesen yang kekal beroperasi sekarang.

CAWANGAN WESTON

BEAUFORT

BEAUFORT SELATAN

API – API

LUMADAN

BUKAU

LINGKONGAN

WESTON

CAWANGAN MELALAP

TENOM

BATU 88

BATU 99

LAGUT

MELALAP

Tuesday, 9 August 2011

Senarai Pemain Pasukan Utama Brighton & Hove Albion

Salam 1Malaysia. Aku hampir terlupa untuk menyenaraikan pemain dalam pasukan utama kelab Brighton & Hove Albion yang berjuang dalam Liga Kejuaraan musim ini.

PENJAGA GOL
1 Peter Brezovan
16 Casper Ankergren
19 Michael Poke Penjaga Gol

PERTAHANAN
3 Gordon Greer
4 Tommy Elphick
5 Lewis Dunk
6 Adam El-Abd
14 Inigo Calderon
20 Romain Vincelot
22 Marcos Painter
27 Mauricio Taricco

TENGAH
8 Alan Navarro
10 Matthew Sparrow
11 Craig Noone
18 Gary Dicker
25 Kazenga LuaLua
26 Liam Bridcutt
30 Will Buckley

PENYERANG
7 Will Hoskins
9 Ashley Barnes
12 Craig Mackail-Smith

Mungkin ada pertambahan pemain akan dilakukan oleh pengurus pasukan, Gus Poyet selepas ini bergantung kepada keputusan perlawanan - perlawanan seterusnya.

Tapi pada pandangan aku, pasukan kali ini masih belum mampu untuk menyaingi lain - lain pasukan yang ada dalam liga. Dapat bertahan dalam liga ini pada musim hadapan sudah cukup bagus buat The Seagulls....

Monday, 8 August 2011

Tinggallah Kasih Dalam Ingatan

Jangan bertemu mencurah rindu

Jangan berulang kisah yang lalu

Walau harapan tiada ternyata

Hanya diriku dalam derita

Jangan merayu seribu madah

Jangan memujuk kata yang indah

Biar diriku tiada berteman

Putus harapan tinggal kenangan

Hentikanlah doamu

jauhkan dariku

Usahlah dikesalkan

ini semua suratan

Tinggallah kasih dalam ingatan

Tinggallah sayang dalam impian

Kini semua sudah berlalu

Ku harap bahagia dalam hidupmu

Brighton..2 Doncaster Rovers..1

Brighton & Hove Albion memulakan musim 2011/12 dengan mencatat kemenangan 2 - 1 ke atas Doncaster Rovers di Stadium Amex pada 6 Ogos 2011.

Will Buckley telah menjaringkan kedua - dua gol buat Brighton pada minit ke 83 dan minit ke 90. Belah beliau hanya masuk ke padang pada minit ke 75 bagi menggantikan Mark Sparrow.

Walau bagaimanapun, Doncaster Rovers telah memulakan jaringan pada minit ke 39 melalui Billy Sharp.

Seramai 20,219 orang penonton telah menyaksikan perlawanan yang penuh dengan insiden dan kontroversi ini.

Perlawanan seterusnya buat Brighton adalah menentang Gillingham City juga di Stadium Amex pada 9 Ogos 2011, iaitu perlawanan Pusingan Pertama Piala Carling.

TEAMS

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Sparrow (Buckley 75), Dicker, Bridcutt, LuaLua (Noone 46); Mackail-Smith, Barnes. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Navarro, Vincelot.

Doncaster Rovers: (4-4-2) Woods; Dumbuya, Naylor, Friend, Spurr; Coppinger (Hird (89), Gillett, Oster, Mason (Bennett 75); Sharp (Barnes 56), Hayter. Pemain simpanan yang lain: Sullivan (GK), Brown.