Saturday, 18 December 2021

Selangkah Selari

SELANGKAH SELARI
 
Sesekali aku bermenung
Engkau tentunya mencari
Langkah-langkah yang kau lalui dulu
Antara masa suka dan masa duka
Nanti kau akan merasa
Gagal dalam bercinta
Ketahuilah hidup ini
Adalah sementara
Hingga menunggu nafas terakhir
 
Sayangku
Engkau memang ku rindui
Lebih lagi ketika ini
Aku sendirian
Rindu merindu
Insan yang bernama .....

Notis Penutupan Sementara Operasi Tren Di Stesen JB Sentral

 


Cuaca Hujan - Peringatan Buat Semua

Taufan Rai, salah satu ribut paling kuat yang melanda Filipina tahun ini, membadai Pulau Siargao di selatan Filipina petang kelmarin (16 Disember 2021), kata biro cuaca Filipina. 
 
Beribu-ribu penduduk di sepanjang laluannya terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.
 
Tiupan angin yang kencang daripada Taufan Rai telah membawa hujan lebat ke beberapa buah negeri terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur menyebabkan beberapa kawasan mula mengalami banjir.
 
Keluarga Malaysia yang prihatin dengan keselamatan rakyat Malaysia telah mengeluarkan beberapa amaran, peringatan dan  panduan bagi menghadapi bencana ini.




Keluarga Malaysia disaran untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Semoga Allah permudahkan segala urusan rakyat Malaysia.

Landasan Berkembar Elektrik Gemas - JB Sentral (Bahagian 2)

Bertemu kembali.
 
Bahagian kedua Siri Landasan Berkembar Elektrik Gemas - JB Sentral akan merangkumi gambar-gambar antara Stesen Paloh dan Kempas Baru aje.
 
Signboard Stesen Sementara Paloh

Infrastruktur sokongan seperti bangunaan untuk pentadbiran, penyelenggaraan landasan, pembekalan elektrik dan sebagainya juga sedang disiapkan

Kelihatan bangunan Stesen Paloh yang lama di sebelah kanan gambar

Stesen Paloh yang baharu sedang pembinaan telah boleh dilalui keretapi

Stesen Sementara Kluang

Stesen Kluang yang lama cuma nampak bumbung aje

Stesen Kluang yang baharu, satu platform aje?

Sebuah lagi depoh baikpulih sedang dalam pembinaan berdekatan dengan Stesen Mengkibol

Stesen Mrngkibol yang baharu

Stesen Sementara Rengam

Di ketika ini, tren melalui landasan yang baharu

Manakala ketika ini, tren melalui landasan lama

Stesen Rengam yang baharu

Yang nampak bumbung itu adalah Stesen Rengam yang lama

Stesen Layang-Layang yang lama ini masih digunakan sehingga segala keperluan di Stesen Sementara Layang-Layang disiapkan

Stesen Sementara Layang-Layang terletak berhadapan dengan Stesen Layang-Layang yang lama

Bersebelahan dengan Stesen Sementara Layang-Layang adalah Stesen Layang-Layang yang baharu

Landasan lama masih digunakan di sekitar Stesen Sedenak yang telah dirobohkan

Stesen Kulai yang baharu

Stesen Sementara Kulai

Penghujung Stesen Sementara Kulai

Akhirnya tren tiba di Stesen Kempas Baru

Semua penumpang turun di stesen ini kerana Stesen JB Sentral ditutup sementara untuk kerja-kerja naiktaraf di beberapa bahagian bangunan stesen

Nota memaklumkan kepada semua penumpang bahawa tren akan mula dan tamat di Stesen Kempas Baru

Alhamdulillah, akhirnya hajat aku untuk naik keretapi tercapai. Selepas trip Segamat - Kempas Baru - Segamat itu, aku meneruskan perjalanan antara Gemas - Gua Musang - Kuala Lipis - Gua Musang - Dabong - Gemas pula.

Aku akan kongsikan dengan kalian sebahagian catatan sepanjang perjalanan itu.

Jumpa lagi....

Landasan Berkembar Elektrik Gemas - JB Sentral (Bahagian 1)

Salam Sejahtera. Apa khabar? Aku harap semuanya okay...

Dah lama benar aku tak naik keretapi. Aku mencari masa yang sesuai untuk kembali menikmati keindahan alam dengan menaiki keretapi.
 
Setelah beberapa tahun keinginan aku untuk menaiki keretapi terhalang, akhirnya pada 13 Disember 2021 aku  berkesempatan untuk menaiki keretapi dari Segamat ke Kempas Baru.
 
Perjalanan ini adalah yang pertama bagi aku selepas pelancaran pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - JB Sentral. 
 
Aku kongsikan bersama kalian sebahagian gambar yang aku ambil sepanjang perjalanan dari Segamat ke JB Sentral tu.
 
Stesen Sementara Segamat terletak berhampiran dengan tapak Lintasan Rata Bukit Siput

Pelapik konkrit yang digunakan untuk mengalas rel di sepanjang laluan.
 
Ini adalah bangunan Stesen Genuang yang baharu

Bersebelahan dengan bangunan stesen adalah bangunan yang akan diguna untuk membaiki keretapi

Pada ketika ini, kalian boleh melihat pelbagai jenis kenderaan rel yang digunakan untuk membina landasan

Stesen Tenang yang lama masih digunakan sementara menunggu siapnya stesen baharu

Batu balas yang dilonggokkan di sebelah landasan baharu.

Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan
 
Stesen Labis yang baharu masih dalam pembinaan

Stesen Sementara Bekok

Stesen sementara ini mempunyai ruang menunggu yang agak selesa memandangkan tidak ramai penumpang yang turun atau naik di stesen ini

Stesen Bekok yang baharu juga masih dalam pembinaan

Ini adalah Stesen Operasi Bekok. Stesen ini berfungsi untuk perselisihan tren dan bukan untuk penumpang

Di sesetengah tempat, tiang untuk talian katenari telah ditanam manakala jambatan yang lebih moden telah dibina

 Kita rehat dulu. Jumpa di Bahagian 2.

Sunday, 12 December 2021

Mesyuarat Agong MRFC 2021


Bertempat di 'One Stop Centre' Ibu Pejabat KTMB pada 11 Disember 2021, telah berlangsung Mesyuarat Agong Kelab Peminat Keretapi Malaysia.

Seramai 20 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dimulakan pada jam 10 pagi.

Pendaftaran kehadiran

Semua ahli yang hadir telah dijamu dengan nasi lemak, kuih muih dan minuman seperti kopi tarik serta teh tarik. 


Antara agenda yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut adalah:

- Meluluskan Minit Mesyuarat Agong yang terdahulu.
- Meluluskan Penyata Kewangan.
- Pemberitahuan tentang aktiviti yang dijalankan.
- Membincangkan tentang keahlian kelab.
- Membincangkan tentang caramana untuk menambah sumber kewangan kelab.
- Melengkapkan laporan tahunan.
- Pembubaran EXCO terdahulu.
- Perlantikan EXCO yang baharu.
 
Pelbagai perkara telah dibangkitkan oleh ahli-ahli yang hadir. 
 
Sungguhpun begitu Pengerusi Mesyuarat, Presiden dan Setiausaha Kelab telah dapat menjawab semua soalan yang diajukan.
Mesyuarat dijalankan dalam keadaan hangat tetapi terkawal.
 
Ahli-ahli yang hadir sedang mengundi
 
Minit Mesyuarat tersebut akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kelab, Saudara Mohd Syukri dalam sedikit masa lagi.
 
 
Senarai EXCO MRFC Sesi 2021/23 terdiri dari gabungan muka baru dan muka lama dalam kelab.

Presiden Kelab, Saudara Faizal Farid telah menangguhkan mesyuarat pada jam 12.10 tengahari. 
 
 
Mesyuarat Agong seterusnya dijangka akan diadakan pada tahun 2023.