Thursday, 11 June 2009

England Menang Lagi

England terus mengekalkan rekod 100% dalam kempen kelayakan bolasepak Piala Dunia 2010 selepas mengalah Andorra 6 - 0 di Wembley awal pagi tadi. England mendahului 3 - 0 pada separuh masa pertama. Gol - gol England adalah hasil jaringan Wayne Rooney (m-4), Frank Lampard (m-29), Wayne Rooney sekali lagi (m-39), dua gol berturut - turut Damien Defoe (m-73 & m-76) dan diakhiri dengan jaringan oleh Peter Crouch (m-81).

Seramai 57,897 orang penonton telah datang menyaksikan perlawanan ini. Dengan kemenangan ini, England sudah semakin hampir untuk melayakan diri ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti.

Keputusan perlawanan laindalam Kumpulan 6 Zon Eropah ini adalah Ukraine mengalahkan Kazakhstan 2 - 1.

Berikut pula kedudukan terkini:

Pasukan

P

M

S

K

J

B

Mata

England

7

7

0

0

26

4

21

Croatia

6

3

2

1

12

6

11

Ukraine

6

3

2

1

9

6

11

Belarus

5

3

0

2

14

7

9

Kazakhstan

7

1

0

6

7

22

3

Andorra

7

0

0

7

2

25

0

Wednesday, 10 June 2009

Tahukah Anda?

Projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) merupakan projek pembangunan komersial yang terbesar di Asia. Projek ini menempatkan bangunan Petronas Twin Tower iaitu bangunan yang tertinggi di dunia (sekitar 1996). Menara ini mempunyai ketinggian 451.9 meter.

Berikut adalah senarai lima teratas bangunan tertinggi di dunia:
Penglibatan KTM Berhad dalam Projek KLCC ini adalah melalui Perak Hanjoong Simen (PHS) yang menjadi pembekal tunggal OPC (Ordinary Portland Cement) untuk "Petronas Tower Raft Foundation". Sebanyak 8,000 tan simen PHS iaitu 13,000 meter padu "high strength" konkrit gred 60 digunakan bagi pembinaan kedua - dua "Raft Foundation" bangunan ini.

PHS juga adalah pembekal utama OPS untuk projek pembinaan menara telekomunikasi KL Tower. Menara ini yang tingginya 421 meter. Simen PHS digunakan sepenuhnya bagi pembinaan "shaft" menara ini.

KTMB juga memainkan peranan sebagai pengangkutan penting dalam pembinaan kedua - dua projek canggih ini. Keretapi adalah pengangkutan utama bagi Syarikat Perak Hanjoong bagi mengangkut simennya.

Sesungguhnya warga KTMB amat berbangga dengan sumbangan dan penglibatan KTMB dalam pembinaan kedua - dua projek terkemuka di dunia ini.

Signboard Part 2

Stesen Triang

Stesen Mengkarak
Stesen Mentakab

Perhentian Kerdau
Stesen Kuala Krau

Perhentian Mai

Perhentian Jenderak

Perhentian Jeransong
Stesen Jerantut
(Ikhsan daripada KTM Railway Fan Club)

Perlawanan Pra Musim 2009/10

Berikut adalah jadual perlawanan pra musim 2009/10 bagi pasukan Brighton & Hove Albion yang dikeluarkan pada 9 Jun yang lalu.

Perlawanan pertama adalah menentang kelab Havant and Waterloovile pada hari Selasa 14 Julai 2009 jam 7.45 malam. Seterusnya perlawanan menentang Juara Trofi FA, Stevenage Borough pada 18 Julai 2009, jam 3 petang. Ini diikuti dengan perlawanan menentang AFC Wimbledon pada hari Selasa 21 Julai 2009 jam 7.45 malam.

Perlawanan 'All - Sussex' menentang Crawley Town pula akan berlangsung pada hari Jumaat 24 Julai 2009 jam 7.45m malam di gelanggang lawan. Ini diikuti dengan satu lagi perlawanan di tempat lawan menentang Torquay United pada hari Selasa 28 Julai 2009 juga pada jam 7.45 malam.

Perlawanan pemanas badan seterusnya adalah menentang sebuah kelab liga yang belum dapat dipastikan lagi, sebelum bermulanya musim baru 2009/10.

Sementara itu, undian pusingan pertama Piala Carling akan diadakan pada 16 Julai 2009, dengan jadual rasmi perlawanan liga akan diumumkan pada 17 Julai 2009.

Monday, 8 June 2009

Penat la pulak....

Jam sekarang 10.58 malam.

Aku baru aje sampai dari kampung. Hari ni aku tak kerja, saja minta off dari Boss almaklum lah sekarang ni musim cuti sekolah. Banyak pasangan melangsungkan perkahwinan time - time begini.

Penat rasanya badan. Sabtu dan Ahad, kena tolong memasak kat Rumah A. Semalam lak, kena hias bilik pengantin kat Rumah B. Pagi tadi aku jadi boring lak. Lepas makan nasi lemak yang dibeli di warung tepi jalan nak masuk ke kampung, aku ke bandar membeli suratkhabar.

Kemudian balik semula ke rumah..... tido.

Tengahari pi makan kenduri di Rumah B. Pergi kejap aje, lepas tu balik rumah... aku tido lagi.

lepas Asar, macam selalu aku memandu seorang diri pulang ke Pekan L dari Pekan B. Jam 9 malam baru sampai......

Kira nak tido lagi la ni.... Esok nak pi pejabat lak....

Okaylah....
jumpla lagi lah esok.............

Sunday, 7 June 2009

England Menang 4 - 0

England mengekalkan rekod 100% dalam kempen kelayakan bolasepak Piala Dunia 2010 selepas mengalah Kazakhstan 4 - 0 di Almaty. England mendahului 2 - 0 pada separuh masa pertama. Gol - gol England adalah hasil jaringan Gareth Barry (m-40), Emile Heskey (m-45), Wayne Rooney (m-73) dan penalti oleh Frank Lampard (m-78).

Lain - lain keputusan perlawanan dalam Kumpulan 6 Zon Eropah ini adalah Belarus mengalahkan Andorra 5 - 1 dan Croatia seri dengan Ukraine 2 - 2.

Kedudukan terkini:

Pasukan

P

M

S

K

J

B

Mata

England

6

6

0

0

20

4

18

Croatia

6

3

2

1

12

6

11

Belarus

5

3

0

2

14

7

9

Ukraine

5

2

2

1

7

5

8

Kazakhstan

6

1

0

5

6

20

3

Andorra

6

0

0

6

2

19

0