Thursday 11 June 2009

England Menang Lagi

England terus mengekalkan rekod 100% dalam kempen kelayakan bolasepak Piala Dunia 2010 selepas mengalah Andorra 6 - 0 di Wembley awal pagi tadi. England mendahului 3 - 0 pada separuh masa pertama. Gol - gol England adalah hasil jaringan Wayne Rooney (m-4), Frank Lampard (m-29), Wayne Rooney sekali lagi (m-39), dua gol berturut - turut Damien Defoe (m-73 & m-76) dan diakhiri dengan jaringan oleh Peter Crouch (m-81).

Seramai 57,897 orang penonton telah datang menyaksikan perlawanan ini. Dengan kemenangan ini, England sudah semakin hampir untuk melayakan diri ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti.

Keputusan perlawanan laindalam Kumpulan 6 Zon Eropah ini adalah Ukraine mengalahkan Kazakhstan 2 - 1.

Berikut pula kedudukan terkini:

Pasukan

P

M

S

K

J

B

Mata

England

7

7

0

0

26

4

21

Croatia

6

3

2

1

12

6

11

Ukraine

6

3

2

1

9

6

11

Belarus

5

3

0

2

14

7

9

Kazakhstan

7

1

0

6

7

22

3

Andorra

7

0

0

7

2

25

0

No comments:

Post a Comment