Wednesday 10 June 2009

Perlawanan Pra Musim 2009/10

Berikut adalah jadual perlawanan pra musim 2009/10 bagi pasukan Brighton & Hove Albion yang dikeluarkan pada 9 Jun yang lalu.

Perlawanan pertama adalah menentang kelab Havant and Waterloovile pada hari Selasa 14 Julai 2009 jam 7.45 malam. Seterusnya perlawanan menentang Juara Trofi FA, Stevenage Borough pada 18 Julai 2009, jam 3 petang. Ini diikuti dengan perlawanan menentang AFC Wimbledon pada hari Selasa 21 Julai 2009 jam 7.45 malam.

Perlawanan 'All - Sussex' menentang Crawley Town pula akan berlangsung pada hari Jumaat 24 Julai 2009 jam 7.45m malam di gelanggang lawan. Ini diikuti dengan satu lagi perlawanan di tempat lawan menentang Torquay United pada hari Selasa 28 Julai 2009 juga pada jam 7.45 malam.

Perlawanan pemanas badan seterusnya adalah menentang sebuah kelab liga yang belum dapat dipastikan lagi, sebelum bermulanya musim baru 2009/10.

Sementara itu, undian pusingan pertama Piala Carling akan diadakan pada 16 Julai 2009, dengan jadual rasmi perlawanan liga akan diumumkan pada 17 Julai 2009.

No comments:

Post a Comment