Thursday 26 June 2014

Musim Buah Dah Tiba

Musim buah-buahan dah tiba. Lihatlah buah-buah rambutan yang telah masak tanpa ada yang mengambilnya kerana boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pokok rambutan.

 
 

Tidak terkecuali juga pada pokok mangga ni. Tak ada siapa yang mahu... buahnya banyak, isinya manis. Buah yang gugur ke bumi kerap menjadi santapan kambing dan lembu.